Selasa, 19 November 2013

Kemalangan 2 treler, MPV dan Kereta dekat Terowong Menora


Laluan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora mengalami kesesakan teruk sejauh 10 kilometer berikutan kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di kilometer 257.2 hala utara kira-kira jam 4.30 petang Isnin kelmarin. Sehingga jam 8 malam kesesakan masih berlaku di kawasan berkenaan. PLUS mengubah laluan dua lorong ke selatan menjadi laluan sehala untuk melancarkan trafik.

Seorang maut, tujuh cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kereta di Kilometer 257.2 hala utara Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Terowong Menora.

Seorang pemandu treler yang membawa muatan siling, M Ukesparen, 31, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira jam 7 petang. Bapa mangsa yang menjadi kelindan treler berkenaan cedera parah di kepala manakala seorang penumpang Toyota Avanza patah tangan kiri. Mereka dirawat di HRPB manakala penumpang lain yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan.

PsssT: Betul ke kehilangan remaja di Villa Nabila tiada kaitan dengan kena sorok makhluk halus? Mana dia hilang? mana dia sembunyi?

Menurut Mazidul, remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, bukannya di Villa Nabila. Sila baca sendiri entri penemuan remaja yang kononnya hilang di villa Nabila ni di blog Mazidul...malas nak ulas panjang. Mmmmmm buat penat je kena main dengan budak-budak ni. Isi masa lapang musim cuti sekolah kot. Apa apapun, tahniahlah kepada pihak berkuasa yang berkampung di villa Nabila penuh misteri tu semata-mata nak selamatkan satu nyawa. Bazir tenaga je… Nak kata April Fool, lambat lagi…
 
 

1 ulasan:

Dr K berkata...

Namanya..November Fool!