Khamis, 21 November 2013

Falsafah Mencapai Kejayaan


Seorang rakan sekerjaku pernah nyatakan prinsip kejayaannya:

“Kalau nak ke bulan, perlu usaha untuk naik lebih tinggi dari bulan…kalaupun tergelincir, kita tetap jatuh di bulan”

Falsafahnya itu sangat mudah. Kalau kita bercita-cita nak jadi menteri, maka kita perlu usaha sehabis daya supaya berjaya jadi Perdana Menteri. Kalaupun kerusi Perdana Menteri tu tak tergapai dek tangan kita, paling tidak kita akan jadi menteri. Tak kesahlah menteri cap ayam pun, yang penting berjaya juga jadi menteri...

Bila mengejar cita-cita ni, kenalah pula tahu apa syaratnya. Barulah cita-cita tu mampu kita kejar menggunakan jalan yang betul. Janganlah pula bercita-cita nak jadi Yang Dipertuan Agong pula andainya kita tiada berketururnan raja. Lainlah macam aku ni bercita-cita nak jadi Raja permaisuri Agong, masih lagi boleh mengurat bakal Yang Dipertuan Agong. Gitulah kekdahnya!

Semoga falsafahnya itu boleh jadi falsafah untuk kita juga.



2 ulasan:

JunAina berkata...

Kalau bercita2 tu biarlah tinggi tapi mestilah munasabah.

t.a.t.a berkata...

memang tinggi cita-cita mu itu. apa pun kalau sudah berjaya jangan lupa pada insan marhaen ini. huhu