Isnin, 11 November 2013

Bila Blogger Serbu Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013


Aku pernah tulis entri tentang Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 dalam entri sebelum ni.

Macam biasa, acara sebegini memang bos tak akan pergi, maklumlah dia bukannya suka seni dan budaya. Setiap tahun, aku memang akan DIARAHKAN untuk berfastival.

Acaranya malam. Boleh bayangkan betapa tak seronoknya hadiri majlis sebegini sensorang? Untuk acara Fastival Gamelan Malaysia UKM 2012, aku ajak Cik Bintang dan seorang rakan blogger Yang Ingin Kukongsi. Kak Azieazah memang sukakan acara kesenian dan kebudayaan seumpama ini, jadi…kalau dia ada masa luang, memang dia akan ikut.

Nak meriahkan lagi suasana, aku lelong-lelong jemputan kepada semua rakan KKA hingga akhirnya, genap 15 orang mengesahkan kehadiran untuk malam itu. Walau bagaimanapun, KakCik terpaksa tarik diri kerana musibah yang datang tak terduga. Tak ada rezeki tu, kakcik…insha allah, tahun depan kalau ada peluang ya.


dimulai dengan lagu Negaraku...

Persembahan pembukaan;



rasa nak sangkut hanger kat bahu mereka hu huhuhu jauh tak imaginasi?





Blogger yang datang dalam acara Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 pada kali ini terdiri dari blogger Iyra Si Reben Merah, Dak Jujie Cik Puan lawa, pemilik Nyanyi Sunyi, Bunga mawar, Cik Puan ayu pemilik Nasi Kerabu Buah Tanjung dan Puan Dokter Hanie.
 
Asalnya, nak tampal gambar mereka di hadapan Panggung Seni UKM kat sini, tapi...sebab tak pandai nak mengedit bagai, kelihatannya gambar itu tidak begitu sesuai untuk diterbitkan. Jadi tunda lain tahunlah ya...
 
Kali ini, enam buat IPT mempersembahkan gamelan masing-masing. Aku memang tak ada gambar-gambar pertunangan atau pernikahan Fizo Omar dan Mawar FAREEDA, tetapi kalau nak tengok gambar festival gamelan, Jom kita tengok gambar-gambar sepanjang Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013.


UIAM

Intro kemain panjang lagi...

Akulah Laksama paling handal ini malam hu hu hu hu


Cepat dan pantas! Persembahan Gema Gangsa UIAM sudah boleh ditonton;




Wakil Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Nampak memang ayu sopan, jangan berani nak usik ganggu...kena tembak dengan M16 aku tak tau!


Alamak! Lupa pulak dari mana persembahan ni...




Persembahan yang ditunggu-tunggu...sama macam tahun lepas, Universiti Teknologi PETRONAS Malaysia mendapat tepukan gemuruh. Memang hebat mereka ni. Baru rakamkan album gamelan...fuhhhh! memang hebat!



Ini namanya blogger tegar!

Tak cukup dengan rakaman video di telefon, rakamkan juga di kamera.


Nak tengok dengan lebih jelas? Ohhhhh! Sila jangan murka ya hu hu hu


Persembahan tuan rumah. Meriah!






Tetiba terasa nak lompat pi depan menari sama...
 
Persembahan penutup
 


Semua peserta yang menjayakan Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 pada kali ini, bersamadif kehormat.



Mohon maaf kerana ada gambar dalam Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 yang tak begitu cantik kerana tangan gegar (maklumlah dah tua huh u hu tetiba!) dan terdapat penampakan botol air mineral di bahagian bawah yang tidak dapat dielakkan.
 

Berikut rakaman keseluruhan Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013...dah boleh tengok di youtube ya...




Terima kasih kepada semua kawan yang sudi menemaniku hadiri majlis kesenian dan kebudayaan yang biasanya boleh jumpa di Istana Budaya sahaja. Semua ini percuma untuk ditonton. Harapnya, tahun depan ada lagilah ya...
 
Blogger Azieazah ada tulis entri tentang Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 ni di blognya. Bolehlah terjah tengok ya. Cik Puan Lawa juga ada catatkan di blognya dengan gambar-gambar yang lagi menarik...jemput ke sana.

 



14 ulasan:

*SiRibenMerah berkata...

hahahaha..
da kuarkan pic kak azie yek..
tak jadi la dak iyra nak update disebalik tabir tuh..

thanks ye kak Anyss Je sebab menjemput diri ini..
terharu~

Unknown berkata...

Rasanya kalau diopen utk tontonan org luar lebih menarik dan lebih meriah sbb tenguk peserta mcm lebih ramai dari penonton...
apa2pun thanks sebab mengundang kami..terimakasih daun keladi..

Murni Alfathunnisa berkata...

awat la USM tak buat festival macam ni. tak suka tauuuu! kalau dekat, memang nak je ikut serta rombongan pegi tengok festival gamelan, bukan senang nak tengok live tu. hanya mereka-mereka yang berjiwa halussss saja tau menghargai acara kebudayaan macam ni..

azieazah berkata...

Apa nak kata? Apa nak kata? Hmmm baik jangan kata apa-apa. Sebab saya sukaaa!!!! hahahaha

JunAina berkata...

Teringin nak pergi tapi banyak alasan pulak nak bagi...hehehe... Tapi memang rasa rugi sangat tak join bila negok gambar geng2 blogger kita tu berposing kat blog Kak Azie.

eelobor berkata...

lain kali ajok etep deh....

anyss berkata...

Iyra si reben merah: Sama2 kasih...gambar tu mahal harganya hu huhuhuhu

anyss berkata...

Kak Ida nyanyi sunyi: Memang open untuk public tapi publisiti memang tak ada. depa tampal kat papan digital depan UKM tu je dan kat website.

Projek dibawah unit ni memang dapat peruntukan tiap tahun & percuma, tak ada niat untuk kutip keuntungan. Jadi, ada orang ke tadak orang nak tengok tak ada masalah huhu huhu

anyss berkata...

Murni: mungkin ada sebenarnya, tetapi orang luar tak dapat info...cer tengok website dia orang rajin2 huh u h uhu

anyss berkata...

Azieazah: hu hu huhuhu

anyss berkata...

Junaina: Daku memahaminya...kalau berkeluarga agak susah sikit nak sertai acara sebegini kecuali memang satu family suka

anyss berkata...

Eelobor: dah tulis entri sebelum tu...dikir baratpun ada sebenarnya, tapi dakupun tak pernah sempat nak gi tengok

SuzieLAWAti berkata...

baca.. letak komen... rupa nya tidak keluar.... kemana berhentinya... hehehe...
(kita rasa kita lupa tekan butang 'terbitkan ulasan anda' terus tutup..).. hehehe

Terima Kaseh awak... seronok dapat jumpa awak dan datang pesta keramaian ni.. hehehe

anyss berkata...

Cik Puan Lawa yang memang lawapun: sama2, selalu bertembung komen je...tetiba bersua muka la la la

ada peluang terjah program lain pulak