Jumaat, 14 Jun 2013

Tiket Bas Raya Naik Harga?


Semalam heboh pasal Antena menara di atas Menara Umno di Jalan Macalister, Pulau Pinang tercabut, jatuh dan antena menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan. Akibatnya, 9 orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang petang semalam. Errrr hari tu jambatan runtuh kan? Kan? Kan? errrrr....penyambung jambatan je runtuh! Ada video runtuhan tu lagi...

Pagi tadi ke perpustakaan awam tepi tasik Cempaka tu, hingga jam 12 baru gerak dating ofis. Berita jam 12 mengatakan terdapat permintaan daripada syarikat bas ekspress untuk naikkan tambang bas hingga 30 peratus sempena musim perayaan sebulan lagi. Maknanya, tiket bas naik hargalah raya nanti?

30 peratus tuuuu!
Sebab tuntutan tu, maka syarikat bas tidak jual tiket awal.
Kalau tuntutan tu tak dilayan, gamaknya tak adalah tiket bas balik kampong kan? Hish! Bayangkan semua orang tak balik kampong beraya sebab bas tak mau jual tiket. Macam mana gamaknya ya…

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Itu tandanya rakyat sentiasa didahulukan. :)

Dr K berkata...

Tiap kali tiba musim raya, tu la skrip pengusaha bas.

Dah gomen lembik sangat, pengusaha bas pun bertindak macam samseng la

Amin A. R berkata...

kenapalah perlunya nak naik tambang bas....haih....mentang2 ramai rakyat malaysia masih bergantungharap pada bas ekspress....

azieazah berkata...

Balik kampung jalan kaki la gamaknya!

anyss berkata...

kakcik: seronok nengok ayat kakcik ----> rakyat mmg sentiasa didahulukan la la la

anyss berkata...

Daddy ziyyad: depa tak naik bas, tak tau rega tiket bas pun dah nak sama dgn rega tiket kapai terobang hu huhuhu

anyss berkata...

Amin: lambat kaya kalau harga tiket tak naik la la la

anyss berkata...

Azieazah: dah boleh mula dr sekarang tu...