Tetiba tajuk enti dah jadi macam tajuk blog Doc Faizi pulak.
Bila hari cuti hujung minggu begini, berada di rumah adalah satu ujian yang besar.
Mana hati kena tahan dari operasi pelupusan dan pembersihan rumah, mana lagi nak kena kurung perasaan dari masak yang sengaja ditiadakan barangan mentah dalam peti ais supaya perasaan itu berkurangan, namun akhirnya pengurangan itu ternyata menyusahkan diri sendiri pula. Bila tak ada satu apapun dalam peti ais kecuali botol-botol sos, kicap dan bla bla bla yang hanya mampu kita pandang sahaja, tapi tak boleh nak buat magik jelmakan jadi hidangan, perut jua yang terdera. Fuhhhhh! panjang benor ayatnya!
Itu belum kira ketukan di dinding sebelah, jeritan di rumah sebelah atau pengubahsuaian di jalan sebelah. Semuanya menjadi ujian yang membuatkan rumah ini terasa lebih panas suhunya dari biasa walaupun cuaca sebenarnya mendung.
Pada hari minggu yang sepatutnya bahagia ini, langkah terbaikkah untuk bertapa dalam senyap sunyi di ofis berhantu yang tersangat LAJU prosessor komputernya itu? Yuppppp! di ofis ada ekon percuma. Disebabkan kerja sekolah ni sebahagian daripada kerja ofis, makanya....ekon dan barangan pejabat itu memang halal untuk aku guna walaupun sebenarnya lebih banyak harta benda sendiri afdal aku gunakan dek nak cepat siapkan kerja.
Tetiba, aku rasa....komputer di ofis itu sangat sesuai untuk dibuat tukun tiruan, dibenamkan di Laut Sulu, akan lebih banyak hidupan laut dapat manfaat. Mmmmmmm kapal kayu lagi efektif untuk jadi tukun ya!
Pertama kali aku taip terus entri kat sini....biasanya tulis di word, kemudian copy paste di blog setelah melakukan editing. Entri ini terus dari hujung jari dengan perasaan yang berbaur seperti yang boleh dikesan dalam semua ayat tanpa edit ini. Sila jangan pengsan. Ia lahir dari hati yang tulus ikhlas la la la
10 ulasan:
klakar juga, hilang stress pepagi ni
Nak ngadu pada siapa kann? Bila jiran ketuk kerabg dentam dentum di hari cuti camni...
Ayah zain: terima kasih bertandang....mmg la kelakar tapi, pening jugak kepala hu huhuhu
ibu n abah: Lamanya tak saling nampak menampak ;)
----> ngadu dgn jiran kang, tak pepasal kepala kita pulak kena ketuk
Wahhh..rajin nya buat n3 edit copy paste gitu...
Alaaaaa.. stress jugak tuh.. tp bukan nk ckp la.. bila stress mmg lancar je kita taip entry.. hihihi..
Azian elias: sebab tenetku selalu semput, kalau tak buat gitu entri gagal diterbitkan asyik dok tulis banyak kali hu hu hu hu
Bila line dah LAJU pun, tabiat masih tak berubah hu huhuhu
Lagipun: kena buat editing juga, tak suka tengok entri salah eja, ayat tonggang terbalik n rosakkan bahasa
Iyra si reben merah: patutnya, bila stress & marah kena elak tampal status di media sosial mcm FB dan blog sebab kita tengah beremosi ketika tu.
Terlajak myvi boleh gostan, terlajak huplot status, buruk padahnya walaupun boleh padam hu hu hu
kecuali saya
Paling suka, ayat yang paling panjang tuh! hahahahaha
Catat Ulasan