Jumaat, 29 Jun 2012

Kerani Bank Dibakar Depan Rumah


Serius, sadis sangat…sedih juga!
Seorang kerani bank baru 2 minggu bertunang
ditemui rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya
di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang malam tadi.

Mangsa, P Yoga Ambiga, 27, yang tinggal bersama kakak yang pekak dan bisu
sejak 5 tahun lalu, baru balik kerja di bank jam 10.15 malam
dia diserang (dipercayai lebih daripada seorang) hangus dibakar dalam keadaan tertiarap
penyerang dipercayai menunggu mangsa pulang dari kerja
tiada barangan milik mangsa yang hilang, motif: cemburu.

Adussssssssssss! Macam-macam sekarang ni
kalau tengok akhbar setiap hari, lagilah rasa dunia ni tak selamat
bukan Malaysia ya…dunia! Malaysia ni negara paling selamat
di Asia Tenggara, kena ingat tu!
nak parking kat pusat beli belah pun takut kena rompak
keluar sendirianpun risau sebab macam dah jadi fobia pulak
kalau tak kena ragut, kena rompak
…tambah bahaya kalau kena bunuh…stailnya rogol, bunuh bakar
asyik nak MEMBAKARRR aje kerjanya!

Moga kita akan sentiasa beringat
ada masa orang cemburu sebab kita ada “nilaian” dunia
ada masa orang cemburu bila kita naik pangkat
kena juga terima kenyataan, cemburu juga sebab tak memiliki
sebab penolakan juga…haaaa ingat mudah ke tolak cinta orang
dah sakit hati, macam-macam orang boleh buat
bukan senang tau nak tolak orang, kena ada cara
kena belajar taktik untuk lari, apalagi kalau suami orang yang mengejar
ingat senang?
ramai orang ingat senang ke bercinta dengan suami orang?
begitu juga bercinta dengan isteri orang, lagilah bala
cinta terlarang, jangan dok cari pasal

kalau boleh, aku tak mahu sakiti hati semua orang
andainya ada yang terguris sepanjang baca entri di blog ni
sepuluh jari aku hulur, ampun maaflah ya
tak ada niatpun…bukan soal takut kena bakar
memanglah takut mati dengan cara begitu
tapi lebih takut kena BAKAR kat sana nanti…
Opssssss! Entri insaf jap…


6 ulasan:

JunAina berkata...

Nauzubillah...kita berusaha dan beriktiar utk mengelakkan benda2 tersebut selebihnya kita perlu kembali kepada qada dan qadar kerana walau sejauh mana kita berlari tetapi jika itulah yang tertulis di loh mahfuz ia akan tetap terjadi.

eelobor berkata...

cuba belek balik akhbar.... nak2 ari buleh juppo kes bunuh diri, bunuh ore, tikey ore, merompak, merogol, buang anak dsb..... aduhhhh

anyss berkata...

JunAina: Usaha dulu, kemudian doa...akhirnya barulah pasrah dan redha

kes jadi lain kalau tak usaha nak elak, malah berusaha tarik perhatian untuk dikerjakan ---> salah sendirilah tu

anyss berkata...

Eelobor: Fobia nengok akhbar hu huhu entah apa dah jadi dengan dunia

kakngah berkata...

makin hari makin tk selamat lagi...

anyss berkata...

Kakngah: Selamat datang....sila datang lagi juta2 kali ya

Risau kan dengan situasi hari ni...