Khamis, 19 April 2012
Pengalaman Ngeri Dalam Pesawat Rosak Enjin
kalau ada yang baca mstar semalam
seorang blogger Ahirudin Attan dikatakan
menceritakan pengalaman cemas dalam pesawat MAS
Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin
ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
ke London malam Isnin dalam blognya, Rocky's Bru
anda boleh baca pengalaman cemas berkenaan bawah tajuk
Penumpang Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS
Pesawat berkenaan berlepas jam 11.40 malam telah patah balik
ke KLIA semula dan melakukan pendaratan kecemasan jam 2.05 pagi
setelah dua jam berlegar di ruang angkasa KLIA untuk buang bahan api
sebagai langkah keselamatan bila mendarat
dalam kejadian ini 351 penumpang dan 21 anak kapal selamat.
Alhamdulillah. Trauma dengan kejadian itu
dah pasti akan ambil masa untuk pulih
Cuti sekolah lepas, anak buah aku Siti Hajar
gembira nak balik kampong dengan kapal terbang
bila dah naik…takut pula dia tang memecut naik
dan mendarat…ada gegar sikit sampai trauma budak tu
mengigau-ngigau beberapa hari
Terdiam juga aku beberapa saat bila tengok berita perdana
Mungkin bagi orang lain, itu cerita biasa
Tapi kalau kita pernah alami, walaupun boleh kata
“perkara biasa” namun hakikatnya hati tetap kecut
Gegar sikit langgar awanpun dah bergegar jantung
Percaya tak kalau aku kata aku pernah alami peristiwa macam ni?
Masa awal-awal kerja dulu, aku banyak buat tugasan luar
Boleh kata setiap hujung minggu
MAS tu dah jadi macam bas, naik bas pun tak sekerap naik MAS
Hingga sampai tahap dah tak boleh masuk kabin lagi
Dah tak tahan dengan bau pewangi udaranya
Hingga aku pernah cadangkan dengan MAS supaya
Tukar pewangi udara yang lain…kalau tak, aku muntah
Ada MAS nak dengar cadangan aku, tak ada punyalah!
Lainlah kalau aku ni permaisuri mana-man sultan
Hu huh u perbandingan yang sangat melampau kan?
Satu kali aku diarahkan ke Kota Bharu
Bukan senang untuk aku dapat Kota Bharu dan balik kampong
biasanya orang lain dah rembat awal-awal
entah macam mana kali tu giliran aku
jadi aku balik awal sehari dan balik kl lewat sehari
dapatlah dua malam kat kampong
masa penerbangan balik KL aku sengaja pilih awal malam
jam 7.45 tak silapnya, taklah lewat untuk keluarga datang hantar
sampai KLIA pun tak lewat sangat, sedang elok sahaja.
Petang tu hujan. Masa pesawat bergerak ke landasan utama
hujan masih lagi gerimis, landasan basah
belum sampai landasan utama tiba-tiba rasa hentakan kuat
terus kapal terbang terhenti kat situ
senget sikit aku rasa. masa terhentak tu
pramugari sedang tunjukkan langkah-langkah keselamatan
hampir terlentang dek berhenti mengejut itu
Masa tu aku kat tepi tingkap
walaupun gelap boleh nampak suasana dah kelam kabut kat luar
kat dalam pesawat tak ada orang tahu apa yang jadi
tapi hati aku rasa tak sedap
akhirnya penumpang diarahkan ke terminal semula
bila turun pesawat baru nampak enjin dah cecah tanah
pesawat memang senget, tayarnya terbenam dalam tanah
masa ni masih lapangan terbanbang sultan Ismail yang lama tu
Walaupun ada pesawat ganti lain jam 12 tengah malam
diri yang sangat penat menunggu tetap rasa tak selesa
macam-macam terbayang macam-macam
faham ajelah imaginasi aku ni bukan dekat, jauh memanjang
macam-macam sangkut kat kepala otak
risau tetap ada kalau-kalau jatuh
kalau-kalau angin kuat
kalau-kalau yang macam-macam
itu baru kemalangan yang berlaku di bumi
perasaan terbawa-bawa hingga awan juga
apalagi bila mereka terpaksa tunggu berjam-jam di atas sana
perasaannya lagilah berkocak sebab tak boleh jangka
setiap saat berpeluh, boleh sakit jantung…
belum kira apa akan berlaku bila mendarat nanti
dalam dok risau macam-macam tu
dok gagah jugak tak telefon kampung
kalau telefon, kang dapat arahan balik KL dengan bas
padahal Isnin dah nak kerja...
kalau tak jumpa dan rasa pengalaman sebegini
ramai yang lalai dan lupa
betapa bererti dan mahal harganya nyawa itu…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D
salam.
wooo...ngeri betul pengalaman macam tu. kalau setakat utk dijadikan ukuran betapa bergunanya nyawa takpelah, tapi kalau 1st time naik flight yg rosak enjin tapi terus takde chance nak renung balik kehidupan ni cemana lah agaknya eh...nauzubillah...
pape pun asal kapten amik tindakan yg bijak dan semuanya selamat, dah kire ok. syukur...
peehhhhhhhhhhhhh
kecut perut tau baca kisah kamu..
sure prob dengan tayar atau sayap..
adoiii
nak kata, tapi diam2 tau..
kak ayu tak pernah naik kapal terbang...
hahahahha... pitamm
Sherwiena: selamat datang...free nanti saya singgah ya
GB: wsalam. hu hu hu sbb tu gaji pilot mahal, insuranpun mahal gak...
Kak Ayu: dengarnya tergelincir...jalan licin. masa tu hujan renyai...mungkin juga pilot x biasa dgn airpot tu coz pilot dr IraQ yang bawa masa tu...
Ok saya tak bagi tahu sesiapa pun akak x pernah naik kapai terobang...hu hu hu
Catat Ulasan