Jumaat, 27 April 2012

Hari Panas, Hati Panas…semuanya PANAS!!!!!



Fuhhhhh!!! Masih juga panas
Hari yang panas, hati lagi panas…
Ekon pulak kena 24 darjah je, tak boleh lebih
Kalau lebih karang, jadi Jebat Derhaka pulak...melanggar titah
Ingat tu, walaupun penjawat awam dah dapat kenaikan gaji baru
Ekon kalian kena tetap 24 darjah jugak-jugak pada musim panas menyengat ni
Lagilah panas hati kan…siap melekit segala kat mana sempat peluh tu
Aduyaiii…bertambah lagi kos kena beli perfume
Dah tak boleh pakai perfume cap ayam serama dah
Karang bau tengik ketiak hangit pulak!
Tak pepasal keluar pekeliling baru penjawat awam perlu sentiasa wangi!

Pepagi tadi ada la pulak mamat ni
Berebut parking dengan aku kat Hentian Kajang
Hangin satu badan! Masuk LHDN nak hantar borang BE
Alih-alih pak guard tak berapa nak hensem tu suruh masuk kaunter
Jumpa pegawai depa la pulak
Macam tak ada kerja je dia orang ni nak jumpa aku
Macamlah aku ni Fasha Sandha…errrr
Fasha Sandha dah berinai kecil ek semalam?
Hari ni kan nak nikah…ke dah nikah?
Haikkk…Fasha Sandha nikah dengan Jejai lah
Siapa lagi…
Schawal mana nikah lagi…baru tunang pun
Alaaa siapa tu…Scha Al-yahya, dah gabung dengan Awal Ashaari
Jadilah Shawal…mmmm tiap hari tu hari Raya untuk mereka he he he
cantik kan gambar pra perkahwinan Scha dan Awal ni...
terserlah bahagianya tu...

Mmmmm sila abaikan apa yang tak patut kat atas
Kepala tengah mamai kena sambal belacan tadi
Terkejut badak pun ada juga sebenarnya
Ye lah…Hattan dah pun bergelar Datuk
Teringinlah pulak aku nak jadi Datinnya
Aduhhhh! Usah terpedaya dengan ayat tu
Biarlah Hattan sendiri cari Datinnya
Daku ni pemalu, tak pandai nak bawak diri kalau jadi datin
Kang orang meluat pulak aku asyik tutup muka
Bila jurugambar hala moncong kamera he he he

Ok sambung balik tang kena jumpa pegawai LHDN tu
Walaupun hanya 10 nombor hadapan aku tetapi
Sangat lambat bergerak sebab setiap orang memang lama di kaunter
Maklumlah nak semak bagai
Nasib baik ramai yang dah cabut tak tahan menunggu
Jadi beberapa nombor tak ada orang, cepat sikit giliran aku

Sampai kaunter, pegawai dia orang yang kononnya nak jumpa aku tu
Tak tengok pun borang manual yang aku isi
Selamba badak je dia cakap “masukkan dalam peti pungutan”
Habis tu, untuk apa aku buang masa merasa dinginnya ekon pejabat mereka?
Ini sudah menaikkan darah!
Kan tadi aku nak sumbat dalam peti tu
Si pak guard yang tak berapa nak hensem tu mintak masuk kaunter
Dah masuk kaunter buang masa bagai
Suruh je masuk peti pungutan?
Bengang tak? Sakit hati tak? Panas tak? Hangin satu badan tak?
Hari Jumaat tau...banyak-banyak bersabar ya!

Terima kasih, kak Mai…belanja hari ni
Kurang sikit panas hati ni…
Sempat jugak aku balik rumah mandi sekejab
Kurangkan PANAS!!!! Apa yang ada
Jom, nak pergi kerja pulak…banyak lagi dating ada hari ni
Errrr…meeting, salah taip pulak!

PssssTT: Tak apalah Fasha Sandha kahwin dengan Jejai pujaan hati Malaya tu,
doakan mereka hidup bahagia dan kekal abadi dunia akhirat
kalau Allah dah kata jodoh mereka, lari macam mana pun
tetap akan kahwin juga...
Norman Hakim kahwin dengan Memey, Abby Abadi redha je
(pepandai aku pulak kata dia redha...)
bila Jejai kahwin dengan Fasha Sandha, peminat kenalah redha ya
Nora Danish pun tak kata apa kan...tak perlulah kita pulak yang latah lebih
errrr....ke aku yang latah ni?
Fuhhhh! Jom pi keja!
Neskepe ais SATU!!!!!! Fuhhhhh! meme panas!




2 ulasan:

beautiful_rose berkata...

hehehhe entry panas ye....
kat sini ujan je.asal petang je hujan,kalau tak petang malam kang hujan.sejuk ok la tapi kekadang rutin macam terganggu sikit. =)

owh,pasal kuih tu letak keledek,mak yang cadangkan.sebab nak bagi dia terbentuk bulat cantik tak leper.rasa pun lebih sedap.tak perlu letak banyak letak sikit je... =)

anyss berkata...

Mawar Cantik: Selamat datang. Sikit je keledek tu...berapa sikit? seketul? 2 ketul? 3 ketul?