“Peniaga
yang kehabisan bekalan minyak masak
boleh
mendapatkan bekalan di pejabat cawangan
Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara
ketika
musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata
pihaknya
menyediakan stok simpanan minyak masak yang banyak
sebagai
persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya kehabisan
atau
kekurangan bekalan minyak masak sempena cuti perayaan itu”
Wahhhhhhhhhhh hanya untuk peniaga dan
peruncit sahaja?
Akhir tahun lepas, masa balik kampong
Aku bawa balik sekotak (17kg) minyak
masak
Untuk bekalan dan kegunaan Mek
Masa kakak balik kampong sebelum itu
Dia menyaksikan bagaimana kroniknya
bekalan minyak masak
Terutama di kampong mertuanya di Tanah
Merah
Kebetulan, mertua kakak ada kedai runcit
Orang terdesak sangat tak ada minyak
masak
Sampaikan sanggup beli minyak masak yang
dah guna dalam kuali orang
Kalau tak ada minyak masak, karang nak
masak macam mana
Kalau aku tak apalah; stim, kukus, rebus
,singgang aku memang suka
Tapi untuk orang Kelantan yang lain
Mana boleh kalau tak tambah kolesterol
dalam darah hu hu hu
Mek kata “dah naik harga nanti, banyak
semula lah”
hu hu hu Mek pun dah reti nak baca
taktik sorok barang ni
taktik pilihanraya Mek tau dak?
kalau tanya Mek, dah tentu dia akan
senyum lebar
banyak makna tu!
Dengan 17 kg minyak masak yang kami
usahakan beli di Selangor ni
Mek tentu lebih lega dari orang lain
Dia boleh menggoreng dengan riang ria
walaupun hanya tiga beranak aje makan
Dan perangai Mek juga, dia suka simpan
stok
Gula ada cukup stok untuk seminggu
Kalau aku, 1kg mungkin boleh guna untuk
2-3 bulan
Bagi Mek di kampong, 1kg hanya untuk
sehari
Jangan lupa, kami orang Kelantan
Kena MANIS huh u hu
Bila aku kelihatan kurang sedikit
manisnya
berbanding jelitawan Kelantan yang lain,
sebabnya hanya satu:
aku dah kurangkan manis dalam makanan
hingga terkurang pula manis dalam
senyuman
tanpa sedar, boleh gitu ek?
4 ulasan:
minyok masok sinih susoh nok luok... huhuhuhu
Eelobor: hu hu hu 6 bln sekali ambo beli minyak masok, tu pong 2kg je beli, sapa lo ni penuh lagi botol hu hu hu
Wah..krisis myk erk....nasib baek rietta xguna sgt myk...ada lg stok kt rmah...
Henrietta: Selamat datang. Eloklah kurangkan penggunaan minyak dalam masakan ...
Catat Ulasan