Sabtu, 7 Januari 2012

Hari Pertama Kerja Pada Tahun Baru 2012


Sejak akhir tahun lepas hingga Rabu,
aku cuti sambil kerja [ada gitu ek?]
bila masuk kerja semula pada Khamis,
terus kelam kabut terjun mesyuarat bulanan untuk bulan Januari
mesyuarat gomen paling panjang pernah aku masuk
bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
aku yang tak sempat minum pagi
curi-curi keluar untuk santap teh dan sandwich
mana boleh tahan, penuh angin berkumpul dalam usus
sebelum aku yang naik angin
baik saja aku keluar menyantap tanpa rasa bersalah

Habis mesyuarat, kepala jadi berat
tahun 2012 bukanlah tahun santai buat kami
sasaran yang NC nak sangat besar,
berat bahu nak memikul
jadinya, aku kena kerja 4 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya
sangat-sangat menuntut banyak kesabaran
mungkin aku kena ubah cara kerja kot
kerja kena SMART, bukan KUAT
huh! Mana nak cari teori tah!

Asalnya, matlamat tahun baru aku hanya SATU:
siapkan tesis tu je sama ada hidup atau mati
lepas mesyuarat kelmarin, kena tambah juga matlamat tu:
kerja 4 kali ganda untuk capai matlamat 4 perkara
ingatkan, dah siap tesis nanti baru nak rangka azam baru
nampak gayanya, semua kena taram serentak juga

Ya…bukan senang nak berkerja dan pada masa yang sama kena juga belajar
masa untuk kerja pun dah sangat panjang
masa untuk diri belum lagi kira
tak termasuk lagi masa yang akan dituntut oleh kaum keluarga
walaupun aku tak punya keluarga sendiripun
itulah hikmahnya mengapa Allah belum temukan aku jodoh
Allah Maha Mengetahui yang aku tak mampu untuk kendalikan semuanya
jadi, usah berduka nestapa berhati lara
terima sahaja seadanya takdir perjalanan hidup masing-masing
[macam ayat pasrah pun ada hu huhu macam ayat nak ngelak lagi ada]

Hari pertama kerja pada tahun baru
setelah hampir seminggu lebih kurang bercuti rehat sakan
menikmati dingin sejuk basah lecak musim hujan di ketereh
nyatanya aku mulakan dengan Gear 5 [belum turbo]
dan balik jam 9.45 malam tanpa makan tengahari
lapar tau! Namun makan tengaharinya pada waktu separuh malam
hanya Roti Gardenia 3 keping. Cukuplah untuk lelapkan mata
tanpa dihujani nyanyian usus bersenandung

Semoga: tahun ini aku mampu capai apa yang dihasratkan
Walaupun hari ini…aku dah kantoi punchkad jam 10.05 pagi
Adehhhhhh! Benda kecil macam tu pun dah GAGAL
apalagi yang BESAR dan penuh dengan segala KEBESARAN!


PsssT: selamat berjuang untuk pasukan TRW dalam perlawanan menentang negeri sembilan dalam Piala Sumbangsih malam nanti. Gomo Kelate Gomo!

4 ulasan:

azieazah berkata...

Permulaan yang agak berterabur. Takpa, esok kasi lurus balik1

Cik Sibuk berkata...

salam,

hmm..kompeni bagi target..pastu harapkan staff kerja 4x lebih ganda..tapi gaji dorang naikkan 4x ganda gak tak?

Cam saya itu la yang buat maleh..kerja bertambah..gaji tak bertambah..

eh sori, cerita sedih lak..heheee

anyss berkata...

Azieazah: Errrr....errr...errr...ikut hati nak lurus ari ni gak

anyss berkata...

Cik Sibuk: Ada kala gaji bukan segala...ada masa, naik gaji boleh bagi sedikit ceria yang akan tambah rasa setia dan kerja kuat. Apa-apapun, bila hati sudah suka...tak kesahpun.