Isnin, 19 Disember 2011

Taktik dan Cara Terbaru Buli Di Jalanraya

Minggu lepas, steno boss terlibat dalam kemalangan jalan raya
keretanya melanggar sebuah kereta kancil
ada kereta lain pula melanggarnya dari belakang
kemek macam sandwich: belakang depan kena
suaminya dimasukkan ke HUKM, Cheras
kejadian berlaku jam 11.30 malam
di lebuh raya PLUS Sungai Besi
kes ini kemalangan kerana buli di jalan raya

Ceritanya begini:
mereka menyedari diekori sebuah kereta kancil
secara dekat
bila lajukan kereta nak jarakkan
kancil itu juga turut laju, kemudian menghimpit
mereka suami isteri tukar ke kiri
kancil itu juga turut ke lorong kiri tetapi memotong ke hadapan
kemudian kereta kancil diberhentikan secara sengaja dan tiba-tiba
memang tak dapat elak untuk langgar
sebuah kereta lain dari belakang juga turut menghentam
kereta belakang itu bukan geng kaki buli
tetapi memang terlanggar tanpa sengaja
bila dah berlaku kemalangan
mereka akan minta duit bayar macam-macam,
siap ugut bagai

kepada semua yang membaca entri ini
sila berhati-hati di jalan raya
walaupun bersama keluarga,
kemungkinan untuk orang menyamun tetap tinggi
jadi, sila sentiasa berwaspada.
Kongsikan maklumat ini kepada semua yang anda sayangi


PsssT: Mohon maaf, lambat sebarkan maklumat ini kerana kesibukan yang sangat panjang. Terima kasih kepada Eelobor yang PAKSA daku tulis hal ini, walaupun dah lewat hu hu hu

10 ulasan:

Cik Bayan berkata...

blogwalking dan baca entri....

Lizan berkata...

nyusahkan orang betul lah...thanks for sharing

eelobor berkata...

hehehe....adik pernah gak terkena di laluan federal hiway....

taktik sebegini memang femes laa... terutama selepas hari hujan. memang ada mereka yang di upah mencari makan dengan cara sebegini

anyss berkata...

Aynora: selamat datang

anyss berkata...

Lizan: selamat datang dan jangan serik datang lagi...ada orang, memang kerja dia menyusahkan orang

anyss berkata...

Eelobor: tabur paku atas jalan pun orang buat jugak -----> tak tau la lagu mana demer ni buleh nak makan dengan rezeki yang datangnya dari kesusahan orang hu hu hu, moga Allah buka pintu hati mereka untuk jadi baik satu hari nanti

anyss berkata...

Eelobor: tabur paku atas jalan pun orang buat jugak -----> tak tau la lagu mana demer ni buleh nak makan dengan rezeki yang datangnya dari kesusahan orang hu hu hu, moga Allah buka pintu hati mereka untuk jadi baik satu hari nanti

azieazah berkata...

Sungguh malang bila terjadi kejadian sebegini.

Sukar nak salahkan sapa.

Nizam berkata...

tak kira lelaki atau wanita memang kena berjaga-jaga sekarang..pantang ada peluang mesti ada yang ambil kesempatan

Tinggur berkata...

berhati2 dijalan raya