tengah ada gerakan boikot Ombak Rindu ke?
pasal apa
nak boikot?
tak kan lah
sebab penulis novel kata
bayaran yang Fauziah Ashaari terima tak setimpal,
semua orang
dah latah terus boikot.
betullah
penjelasan orang kuat Alaf 21 tu
memanglah penulis akan dapat royalti kalau
novelnya diadaptasi
tapi
industri filem di Malaysia ni bukannya
gah manapun
jumlah
kutipan tu belum tolak harga kos
biasanya
mereka akan bayar langsam kepada penulis
penulis skrip
filempun dapat bukannya banyak mana
takat RM12
ribu
(kalau
penulis skrip glamer, tak glamer dapat RM2-3 ribu je)
penat
berjaga malam buat skrip pun tak lepas
penulis Ombak Rindu akan dapat tengok hasil filem ni
tahun depan
baru boleh lihat, bila royalti dibayar nanti
bukannya
sekarang (errr Fauziah Ashaari lagi faham pasal benda ni)
lagi pula,
bila dah tandatangan kontrak
hanya hakcipta je penulis pegang
hak lainnya
penerbit yang ada hak nak buat apa
untuk
lariskan novel.
bagi yang
belum tahu apa ada dengan Filem OmbakRindu ni
sila telaah
dulu ya sebelum masuk panggung
sekurang-kurangnya
tahu jalan cerita macam mana
kalau rajin
boleh baca novel asalnya,
boleh tengok
kat mana berubahnya novel dan filem ni
tak payahlah
boikot ya dek non semua
rugi tak tengok Aaron aziz peluk Maya Karin
rugi tak tengok Maya karin berkemban
rugi juga tak tengok pelakon cun melecun comel ayu
Lisa Surihani
Opppsss!
macam akulah pulak jadi tukang promosi filem ni hu hu hu
sebenarnya,
aku jumpa keywords “boikot Ombak Rindu”
masa semak
nuffnang minggu lepas
tapi lalai…lupa
pulak nak print skrin sebagai bukti
mmmmm tak
payah la boikot memboikot ya…
errr…macamlah
aku tauke panggung dok risau kalau kena boikot!