Semalam, aku dah dapat semua maklumat tentang SBPA yang
dok kalut cari sejak beberapa minggu lepas. Jadi, aku kongsikan di sini…sepanjang
minggu ini semua entri hanyalah berkaitan dengan pelaksanaan saraan baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah aku potong-potong jadi beberapa entri (mungkin hingga 10 entri).
Moga ada yang mendapat manfaat;
STRUKTUR
PERKHIDMATAN
Kumpulan Perkhidmatan: Struktur perkhidmatan di
bawah SBPA adalah terbahagi kepada empat (4) kumpulan perkhidmatan iaitu
Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan
Profesional, dan Kumpulan Pelaksana.
6. Kumpulan Premier merupakan lapisan teratas dalam
struktur Perkhidmatan Awam yang menyandang atau memegang strategic and key
positions.
7. Kumpulan Pengurusan Tertinggi terdiri daripada
Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas. Jawatan Utama dimaksudkan sebagai jawatan
di peringkat pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang
berperanan strategik menerajui jentera pengurusan organisasi sesebuah
Kementerian/ Jabatan/ agensi. Manakala Jawatan Gred Khas pula ditetap berdasarkan
pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman pegawai yang tidak melaksana peranan
ataupun tugas yang bersifat pengurusan dan strategik.
8. Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan
Pengurusan dan Profesional adalah dikekal dengan lapisan gred jawatan/ gred
gaji sebagaimana sedia ada.
Kumpulan Pelaksana diperkenal bagi menggantikan
Kumpulan Sokongan. Lapisan gred bagi Kumpulan Pelaksana adalah mengikut
kelayakan masuk minimum seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Kelayakan
masuk minimum ke Perkhidmatan Awam ditetapkan pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah (PMR).
PENGGELARAN
GRED JAWATAN/ GRED GAJI
12. Penggelaran gred jawatan/ gred gaji dikemas
kini selaras dengan pembentukan Jadual Gaji Sebaris (JGS) yang menggantikan
Jadual Gaji Matriks (JGM) dan pemansuhan gred jawatan/ gred gaji 1 hingga 10.
13. Penggelaran gred jawatan/ gred gaji adalah
berasaskan kepada syarat kelayakan masuk minimum yang ditetapkan atau yang
setara dalam skim perkhidmatan.
14. Pembentukan gred jawatan/ gred gaji baru ini
adalah berdasarkan kombinasi antara kod kelayakan masuk minimum dengan kod
gaji. Kod pertama bagi gred jawatan merujuk kepada kelayakan masuk minimum,
manakala kod kedua merujuk kepada gred gaji.
SEMAKAN
SEMULA SKIM PERKHIDMATAN
15. Semakan semula skim perkhidmatan adalah
berdasarkan perubahan semasa yang memerlukan Perkhidmatan Awam yang relevan
untuk menarik dan mengekalkan modal insan terbaik dan menguasai kemahiran
pelbagai (multi-skilling) selaras peningkatan ekspektasi pelanggan. Urusan
penyemakan semula skim perkhidmatan merangkumi penggubalan skim perkhidmatan
baru, penambahbaikan skim perkhidmatan sedia ada dan penjumudan skim perkhidmatan.
16. Sebanyak 21 Klasifikasi Perkhidmatan sedia ada
dikekalkan berasaskan persamaan peranan, bidang dan fungsi seperti di Lampiran
B1.
17. Berikutan daripada semakan semula skim
perkhidmatan, sebanyak 11 skim perkhidmatan baru digubal dan 78 skim
perkhidmatan dijumudkan. Dengan ini, jumlah keseluruhan skim perkhidmatan di
bawah SBPA adalah sebanyak 234. Senarai skim perkhidmatan adalah seperti di
Lampiran B2. Indeks pemindahan skim perkhidmatan SSM kepada SBPA adalah seperti
di Lampiran B3 dan jadual pemindahan gred SSM kepada SBPA adalah seperti di Lampiran
B4.
Format Iklan
Jawatan
18. Pelantikan mulai 1 Januari 2012 hendaklah
mengikut skim perkhidmatan di bawah SBPA. Format iklan jawatan hendaklah
diasaskan kepada skim perkhidmatan berkenaan mengikut contoh seperti di
Lampiran B5. Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Melalui Penggabungan/ Naik
Taraf/ Penarafan Semula/ Pemansuhan Fungsi Di Bawah SBPA
19. Dengan pelaksanaan SBPA, 78 skim perkhidmatan
di bawah SSM dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/
pemansuhan fungsi pada 1 Januari 2012. Senarai skim perkhidmatan seperti di
Lampiran B6.
20. Bagi pegawai yang pernah ditawarkan opsyen
tukar lantik dan bersetuju menerima skim perkhidmatan yang berkenaan di bawah
SSM, tetapi pegawai masih belum memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan,
sekiranya pegawai menerima opsyen SBPA, gaji pegawai dipindahkan ke gred setara
di SBPA secara Khas Untuk Penyandang (KUP) sehingga pegawai memenuhi syarat
yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Setelah memenuhi syarat skim
perkhidmatan tersebut, gaji pegawai dipindahkan ke matagaji sama dan sekiranya
tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran di
gred lantikan skim perkhidmatan tersebut.
Kedudukan
Skim Perkhidmatan Jumud Sebelum SBPA
21. Semua jawatan jumud sebelum SBPA akan
dimansuhkan mengambil kira fungsi skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi
diperlukan. Penyandang jawatan jumud ini akan ditawarkan opsyen bertukar ke
skim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA. Senarai pemindahan jawatan jumud
ke skim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran B7.
Sekiranya terdapat penyandang di skim perkhidmatan jumud selain senarai
tersebut, agensi perlu memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Bahagian Pembangunan
Organisasi) untuk tindakan susulan.
22. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak
bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) akan dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta
227) yang dibaca bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah
Skim Pencen akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.
PEMBANGUNAN
MODAL INSAN
Latihan Sektor Awam
23. Pembangunan latihan berteraskan transformasi
minda dan pengukuhan kompetensi bagi membangunkan keupayaan intelektual,
kemahiran dan sahsiah akan dilaksanakan melalui strategi berikut:
23.1 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi diberi peluang lebih luas untuk
mengikuti kursus pendek di institusi latihan terkemuka dalam dan luar negara
bagi meningkatkan lagi daya kepimpinan. Ketua Jabatan hendaklah mengenal pasti
bidang yang perlu diberi keutamaan untuk kepentingan perkhidmatan seperti
pengurusan dan kepimpinan, kemahiran perundingan, komunikasi berkesan,
linguistik dan hubungan antarabangsa.
23.2 Kumpulan Pelaksana disediakan kemudahan Cuti
Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti latihan kemahiran teknikal dan
vokasional di bawah SkillsMalaysia.
Program
Bersepadu Potensi dan Kompetensi
24. Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi
(PROSPEK) diperkenalkan sebagai sistem baru penilaian kompetensi dan potensi
pegawai yang lebih menyeluruh bagi menyandang jawatan di gred yang lebih
tinggi. PROSPEK terdiri daripada Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan
Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP). PKP bertujuan untuk mengenal pasti
kompetensi dan potensi pegawai, manakala BKP bertujuan membangun dan menilai
kompetensi dan potensi pegawai untuk menyandang gred jawatan lebih tinggi.
25. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
yang terlibat dengan pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan perlu mengikuti PKP
dan BKP sebelum dipertimbangkan kenaikan pangkat. Bagi pegawai yang tidak
terlibat dengan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan, pegawai akan
dinilai melalui PKP sahaja.
26. Pegawai Kumpulan Pelaksana disyaratkan melalui
PKP untuk dinaikkan pangkat. Pegawai Kumpulan Pelaksana di gred lantikan yang
berkhidmat 15 tahun dan lebih boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat secara KUP
tanpa PKP. Walau bagaimanapun, bagi kenaikan pangkat seterusnya pegawai
dikehendaki melalui PKP.
6 ulasan:
lagi pendek x de ke panjang nak baca he he
nok sign kor dok eh?
semuga ianya memberi kebaikan kepada semua kakitangan kan
caluk: hu hu hu copy n paste je...tak mau nanti salah faham pulak
Eelobor: sign je. Ikut pengalaman orang lama yang pernah tak sign perubahan sistem begini, banyak benda dia rugi dan diabaikan. Sebab orang tak akan semak apa dah jadi dengan orang yang guna sistem lama.
Walaupun ni adalah "pilihan masing-masing", sebenarnya tak ada pilihan apapun ----> pendapat den la
kak Ina: insyaAllah, kita harapkan begitulah.
Catat Ulasan