Entri sempena hari Jumaat:
Walaupun kerap memandang dari jalan raya,
hanya baru-baru ini sahaja aku berpeluang
abadikan keaslian dan nilainya dalam gambar
Masjid Kampung Laut terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya,
kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu.
Usia masjid Kampung Laut ini dipercayai melebihi 300 tahun
turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi
Ia diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini dan
antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara,
seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan masjid Wadi Hussin di Thailand,
Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).
Struktur asal hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat
diperbuat daripada daun rumbia dengan keluasanya hanya 400 kaki persegi sahaja
akhir abad ke-19, diperbesarkan
untuk bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara
20 batang tiang dibina menyangga binaan tambahan
yang guna teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik, tanpa sepucuk paku sekalipun
Atap daun rumbia kemudiannya digantikan dengan atap genting.
Masjid ini asalnya berada di lokasi Kampung Laut, di tebing sungai,
sering dilanda oleh banjir seperti banjir besar di Kelantan pada tahun 1926
arwah Tok Ayah dan Wa selalu cerita pasal "Bah Air Merah" ni
banjir yang teruk pada tahun 1966 telah menghanyutkan sebahagian masjid itu,
Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan untuk pindahkan masjid ini
Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di tempat yang ada sekarang.
Setiap kali melintas kawasan ni,
pasti akan nampak masjid penuh tradisi, nilai sejarah dan istimewa ini
masih digunakan untuk solat jemaah tetapi bukan solat Jumaat
ada masjid lain berdekatan untuk solat jumaat
belum campur sukarnya dapatkan tenaga pakar
ada masjid lain berdekatan untuk solat jumaat
belum campur sukarnya dapatkan tenaga pakar
dari jauh, nilai sejarah dan indahnya masih kekal
bila dekat, uzur fizikalnya tak mampu disangkal lagi
maklumlah, usianyapun dah lebih 300 tahun
kalau nak bina semula seperti struktur asal
dengan binaan yang serupa fizikal dan konsepnya
memang kos akan sangat tinggi sebab kena guna kayu bermutu
namun, aku sangat berharap agar kerajaan negeri jaga sebaiknya
atau bina semula walaupun bukan kayu asalnya
tetapi semangat itu tetap ada untuk tatapan ganerasi akan dating
harapnya, aku ada masa lapang
untuk jejak semula di masjid ini
dan berada di ruangnya tengahari nanti
dan berada di ruangnya tengahari nanti
untuk rasa sejuk dingin syahdu nikmat bernaung di bawah redupnya
insyaAllah. Teringin sangat.
Kalau berkesempatan, akan ada entrinya nanti
3 ulasan:
Jom kita pi sama-sama!
Insya Allah....esok jua ku akan melewati sambil menjeling ke sebelah semasa melalui Nilam Puri.... hehehe, Taman Guru..... tunggu aku weiiiii
terima kasih :) rujukan ini sgt membantu! ^^
Catat Ulasan