ni cerita TERKINI. Cerita GEMPAR ooohhhh sangat SADIS
tak sangka betul boleh berlaku
Hujan sangat lebat petang tadi
Sejam dua sahaja tetapi sangat lebat
Siap dengan petir segala
Sebab banyak kerja nak buat
Aku terperuk sahaja di pejabat tak pandang kiri kanan
Tak hiraukan dunia kecuali keluar masuk bilik air
Dah minum neskepe ais berkoyan
Sejuk dingin begini sangat seronok ulang alik
Masuk bilik air
Kalau boleh nak angkut mangkuk tandas letak sebelah meja
Senang!
Cik Bintang kata Kajang dilanda banjir besar
Metro Kajang dimasuki air
Nak kata tak percaya, memang hal begitu pernah berlaku
Dua tiga tahun lepas beberapa buah kereta masuk sungai
Di belakang metro Kajang
Terus saja aku masuk Facebook
Dah ramai yang update pasal banjir yang melanda Kajang ni
Aku kongsikan dua video kejadian banjir yang berlaku di Kajang ni
sebagai tontonan kalian
Nak tengok video banjir ni?
Video tentang seorang wanita yang terperangkap dalam banjir
Dia panjat bumbung van, tetapi arus deras buatkan van itu juga senget
Nasib baik ada orang prihatin
Hulurkan tangga untuk dia panjat ke dalam bangunan
Silalah ke Facebook sedara siayawchong kita ni untuk menontonnya
Mmmmm dah masuk youtube pun...boleh jengah sini ya
banyak gambar-gambar pasal banjir di Kajang ni juga ada
kat wall dia
nak tengok kat youtube pun dah ada
sangat cepat berita musim sekarang ni
tak payah tunggu TV3 buat Berita Terkini
lebih terkini dari berita di tv pulak
Bila bencana begini
Susah sebab banjir tu satu hal, libatkan nyawa juga
Susah nak balik rumah juga hal yang lain
Tapi, dah lepas banjir pun masih juga susah
Bayangkan harta benda kena tenggelam air begitu
Kereta dah sah tak boleh hidup
Motor salah hari hanyut masuk longkang
yang penting nyawa ya...sila selamatkan dulu
8 ulasan:
SALAM,
MASYAALLLAH, MOGA TIADA YANG KEMALANGAN ..... BBB HUJAN LEBAT JUGA TAPI ALHAMDULILLAH. TKASIH ATAS PERKONGSIAN
lebih baik berita terkini sebegini sebab ianya telus berbanding buletin utama sepatutnya di tukar slogan kepada buletin umno
http://pensildanbukunota.blogspot.com/2011/12/freebies-doodle-muslimah-2.html :D
Patut bubuh bendera partai yg dia suka dibelakang van..terus masuk paper
LF: dato', rasanya ni kali kedua Kajang banjir sakan sejak saya tinggal di Bangi. awal tahun 2000 dulu pernah sekali...dua tiga biji kereta masuk sungai kat belakang Metro Kajang tu
Eelobor: macam dah jadi trend sekarang ni, nak tau berita terkini buka FB atau blog...kalau dulu2 serbu cari radio ;)
masih ramai lagi blogger beretika menulis online, yang tak beretika tu dua tiga kerat je. Jadi, usah tolak berita online begitu je...
Yasmin: selamat datang walaupun sekolah lambat lagi buka ek
ZZ: ini entri kemanusiaan ----> la la la tak ada kaitan dengan mana-mana bendera
Catat Ulasan