Dulu Nur kasih The Movie sekarang ni pulak Filem Ombak Rindu
merata tempat orang
berbicara tentang filem ini
apa lagi bagi yang
dah baca novel Ombak Rindu
dikarang penulis
tersohor Fauziah Ashaari, keluaran Alaf 21
ramai dah meroyan nak
masuk panggung
maklumlah novel ni memang tangkap leleh
punya
nak juga bezakan dengan filemnya pula;
lagi meleleh ke ataupun kering kontang
ala samalah macam ramai-ramai serbu
panggung sebab
tersampok dek filem Budak Setan yang diadaptasi dari novel tersohor
Lagenda
Budak Setan ditulis penulis paling kacak Ahadiat Akashah
itu zaman kami dulu, masa Dafi belum
muncul hu hu hu
Ahadiat baca ni karang, tak pepasal
dapat selipar Jepun percuma
melantun atas kepala la la la
Kenapa ramai orang nak serbu panggung
siap bawa tisu segala?
nak hayati filem Ombak Rindu ke nak tengok Maya Karin berkemban?
kalau aku...nak tengok Maya Karin bertudung litup ayu sopan
naik basikal tepi sawah yang tengah
menguning tu...fuhhhhh!
nampak manis sangat, comel...rasa nak
pinang buat kakak ipar pulak
nak juga tengok Lisa Surihani yang jelita tu
biasanya dia berlakun jadi gadis melayu
ayu yang sopan santun
penuh tradisi dan lentok anggun
kali ni...wahhhhhhhh lain sekali
wataknya
itu yang bagi suspen sikit tu
adakah si ayu manis cantik Lisa
Surihani yang menjadi pujaan jejaka Malaya itu
bukan Yusri KRU je memuja Lisa ya dek non...satu Malaya tu
berjaya memberontak dan menjiwai watak
keji Mila Amylia?
errr...tak lah keji
sangatpun, tapi kalau banding watak Izzah tu
yang semuanya baik
mengalahkan kain yang putih
dah pasti watak Mila
Amylia ni penuh dengan nilai negatif
Comel ayu manis je Maya Karin kayuh basikal kan? |
Filem Ombak Rindu dah masuk pawagam Khamis (1hb Disember 2011)
lepas
hujung minggu begini mesti ramai beratur masuk panggung
sambil lepas lelah penat kerja, sambil jalan-jalan tukar mood
sambil juga bersosial bersama rakan taulan
eratkan silaturrahim…apa salahnya, jangan tambah gejala sosial
buat wayang dalam panggung wayang sudahlah ya
“Cinta
tak kejam, hanya manusia yang tak pandai menghargai cinta”
betul
kan? ngapalah cinta aku ni tak reti dihargai
best
tak OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira ni?
tangkap
leleh wa cakap sama lu!
Berikut maklumat tentang filem ni;
Tajuk Filem: Ombak Rindu
Pengarah: Osman Ali
Penerbit: Astro Shaw Sdn. Bhd. dengan kerjasama Tarantella
Pictures
Dipawagam: 01 Disember 2011
Pelakon Ombak Rindu: Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa
Surihani
Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri
Sinopsis filem Ombak Rindu dah tau ka?
kalau ikutkan novel asal, ginilah ceritanya;
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu bila ibubapanya
meninggal
dalam kemalangan
bapa saudaranya (Taha), yang banyak hutang jaga Izzah
dijualnya Izzah kepada seorang tauke kelab malam sebab nak
duit
Sinematografi dah cantik, tapi...Maya Karin nampak macam takut jatuh dalam sungai. |
Izzah
berkenalan dengan Hariz (Aaron Aziz) anak Datuk Sufiah,
pemilik
empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG sanggup beli Izzah
dengan
harga yang mahal, maklumlah anak datuk...banyak duit
Hariz
nak miliki Izzah sebagai perempuan simpanan sahaja
tetapi
sebab Izzah ni memang bukan bercita-cita nak jadi jalang @ pelacur
atau
jenis perempuan murahan, maka dengan pujuk rayu goda manjanya
(itu
aku yang tambah nak bagi sedap cerita la la la...pengarah tak bertauliah!)
Hariz
setuju berkahwin dengan Izzah syaratnya: perkahwinan itu dirahsiakan
Izzah
juga tak boleh tuntut sebarang hak sebagai isteri
huh!
perkahwinan apakah ini?
ayat
marah manja aku je tu hu hu hu
akhirnya,
Hariz jatuh cinta gila bayang juga teringatkan Izzah
ego
je nak mengaku la la la
Akhirnya...hero dan heroin dating bawah pokok taugeh! |
Hariz
terpaksa menikahi Mila Amylia (Lisa Surihani),
anak
Tan Sri Rashdan, seorang model dan pelakon terkenal
zaman
mana-mana pun tetap ada kahwin paksa
hanya aku je tak sudi dikahwin paksa hu hu hu
bukan
hanya dalam novel Rumah Ini Dunia Aku
je yang ada
bila
Hariz koma akibat kemalangan jalan raya
Datuk
Sufiah telah menghalau Izzah, kemudian beritahu Hariz
Izzah ada hubungan dengan lelaki lain
masa
tu Izzah menumpang rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah
Pak
Dollah pula sangat marah dengan Datuk Sufiah telah pecahkan rahsia
rupanya
Hariz tu anak dia, diserahkan kepada suami Datuk Sufiah jadi anak angkat
masa
ni baru Hariz tahu Izzah tidak bersalah.
Hambek
kau! Kang dah menyesal!
Kang
dah rindu cari Izzah hingga ke kampung
tapi...akhirnya
mereka bahagia juga
kalau
novel tak happy ending, nanti pembaca boikot pulak
....errrr
tu Sinopsis Novel Ombak Rindu
bila
dah difilemkan, tak tahulah macam mana jadinya
entah
berombak entah bergelora entahkan muncul taufan
sama-samalah
tengok kat pawagam nanti kalau nak tahu
PsssT: selamat kesat air mata Cik Bintang....hu hu hu sensorang melayan badai rindu, mana best (errr...tu statement orang tak leh tengok Filem Ombak Rindu hari ni)
4 ulasan:
Cuba terjemah versi arab atau english,mana tau bomb
ZZ: nengok versi melesiya dulu deh...pah tu kita pakat terjemah rama-rama ;)
Rasanya akan buat kutipan yang baik, sebab full house tiap slot tayangan.
Ramainya pemuda2 terutama pemudi2 pergi tengok ber-geng. Jadi sambil tengok sambil jerit-jerit kecik.."owhhh hensemnya Harris, comelnyaaa dia naik motor, alaaaa Harris nangis sambil pujuk Izzah so tacingggg... hahaha.(seronok jugak tengok kelaku budak2 ni)
Siap bagi 5* tuh, puas hati katanya hahaha.
Ok lah cerita dia, tapi tak lah sedih giler. Selalu ceq ni cengeng tapi ceq tak lah nangis beriya kali ni. ada lah 2,3 part yg tacing gak. budak sebelah ceq nagis teresak-esak. hu hu.
Berdasarkan slot tadi, nampak gaya apa-apa ya pilem yang ada Aaron Ajis depa ni akan tengok. Depa suka sungguh aih kat dia neh. Kira hero pojaan hati dambaan qolbu gitu..
Filem ni nampak cantik..pelakon cantik dan tampan, lokasi cantik, lagu latar pun sodap...pendek kato memang boleh jual lah.
p/s: teringin nak tengok Bila Sena Kembali Berbunga 2- Amaruszati atau Tak Ingin Menangis Lagi - M.M dipilemkan
Cik Bintang: Tuuuuuu dia ehhh. Tak mau ulas apa-apa sebab cheQ tak tengok.
PsssT: awatnya suka sensangat criter sedih2 ni...operasi cuci mata ka?
Catat Ulasan