Selasa, 6 September 2011

Sesudah 7 Hari Dia Menjengah


Dahhhhh pun seminggu kita sambut Syawal
semalam pergi pejabat
suasana masih lengang
ramai cuba elak sesak dengan tambah cuti sehari lagi
kepada yang dah mula bertugas
mood masih lemau
sama ada sebab perasaan masih di kampung halaman
ataupun penat perjalanan panjang belum habis lagi
dengan jem segala
aku pula...mamai kerana mendapat pakej yang cukup sempurna;
batuk, migrine, demam dan selsema.

seharian di pejabat semalam
lebih banyak berada bawah meja
(bersama bantal, totto dan selimut)
kesan ubat batuk tidak benarkan aku siapkan apa-apa
kecuali tolong DJ polish dan setting report kami

Nak tulis entri baru pun tak ada selera
walaupun juta-juta cerita penuh dalam kepala
kalau jenguk cermin
terkejut tengok muka sendiri
dah lah tak berapa nak manisnya
tetiba berubah jadi muka panda dah pulak.

kepada rakan-rakan yang dah mula berkerja
kerja sungguh-sungguh ya
aku nak sambung tidur sat lagi
ini hari ke tiga aku alami lebihan tidur
biasanya tak berapa nak cukup atau tak tidur langsung
tak tahulah jam berapa bangunnya nanti
(harap-harapnya masih bangunlah ya
masih banyak benda aku kena siapkan sebelum ke alam sana)

Mmmmmm tetiba terbayangkan nasi beriani
panas-panas dengan ayam pedas yang meleleh-leleh sambalnya
ada sesiapa nak tolong buat tak?
Plzzzzzzzzzzzzzzzzz!!! Plzzzzzzzzzzzzzzzz!!!
Huh! demam sikit je, mengada je yang lebih!
hu hu hu



8 ulasan:

ondscene berkata...

Salam cik annieyss. Selamat hari raya maaf zahir batin dari saya. Terimakasih kerana selalu melawat blog saya dan selalu memberikan pandangan/komen. Tidak terlewat rasanya ucapan ini dan semoga anda selalu ceria dan berbahagia.

Itula...beraya sakan tu..kan dah da demam...!!!

azieazah berkata...

Kalu ada orang rumah, lagi best mengada-ngada!

eelobor berkata...

sama lah, susahnya nak cari mood balik nak update entri. semale gi krijo po nga tok krijo jah sero

eiela berkata...

pakej tuh,,semoga cepat sembuh. rajin-rajin makan ubat.

anyss berkata...

Abang Sham: selamat hari raya aidilfitri. Hu hu hu 13 jam dlm jem kot sebabkan demam hu hu hu

anyss berkata...

Azieazah: hu hu hu tolong carikan orang yg boleh dingada2kan, leh? hu hu huhu

anyss berkata...

Eelobor: mama ada sini pong x de mood jugak dih hu hu hu

anyss berkata...

eiela: selamat datang dan selamat hari raya aidilfitri. terima kasih. kesan ubat buatkan saya mamai dan weng dan 3 hari hu huhuhu ----> sabo je lah hati!