Selasa, 27 September 2011

Permohonan Online Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ambilan Januari 2012.


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM bagi ambilan Januari 2012.

Nama Program : Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF  
Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)  
Tempoh Pengajian : 1 1/2 Tahun (18 Bulan)

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Oktober 2011.

Kepada adik-adik yang berminat menyebarkan ilmu dan jadi pendidik, bolehlah mula beratur secara maya untuk hantar permohonan. jangan tunggu-tunggu lagi, selain dapat GAJI, guru juga dapat pahala yang berterusan selagi ilmu tersebut digunapakai. Bayangkan berapa banyak ilmu yang kita sebarkan digunapakai orang lain sepanjang hayat mereka. Kan berterusan dapat pahala biarpun kita dah tak ada. Untung tau...itulah namanya pelaburan yang sebenar!

3 ulasan:

lian berkata...

Hello! Salam sejahtera! Adakah permohonan ini hanya untuk orang yang beragama Islam?

lian berkata...

Hello, salam sejahtera! Adakah permohonan ini hanya untuk orang yg beragama Islam? TQ

anyss berkata...

Lian masil; Selamat datang. Sila ajukan pertanyaan berkenaan kepada pihak bertanggungjawab (kementerian pelajaran Malaysia)dan lihat iklan secara keseluruhan di http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/iklan.html untuk dapatkan lebih banyak info.