7 Oktober dah makin dekat
ada apa ek? dah tentulah pembentangan
Belanjawan @ bajet 2012
semua orang macam tak sabar je dok tunggu
semua orang? huh! macamlah betuk statement tu
kebelakangan ni, makin dekat dengan oktober
makin ramai pula yang singgah kat blog aku
sebab nak cari maklumat pasal Belanjawan 2012
pasal kenaikan gaji kakitangan awam,
penyelarasan gaji untuk tahun 2012,
malah
bonus untuk kakitangan awam juga
(yang ni meriahnya carian tu sebelum
raya lalu).
dari semua kata kunci tentang
kakitangan awam,
kenaikan gaji, penyelarasan gaji,
bonus dan sebagainya
paparkan betapa besarnya harapan
mereka
untuk dapat berita baik dari
Belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan nanti.
taraf hidup dah makin tinggi
harga barangpun melambung-lambung
naiknya
pergi pasar malam, takat bawa sepuluh
ringgit
perut kucing kurus berpenyakit kusta
pun tak dan kenyang
apalagi perut aku yang memang dah
makin boncit
selepas Aidilfitri dek banyaknya
makan semasa rumah terbuka
sama-samalah kita tunggu
Belanjawan 2012 adakah cemerlang untuk
golongan marhaen
macam aku
ataukah hanya untuk teruskan besarkan
lagi kantung
golongan mewah sahaja
Tak salah mengharapkan ehsan pemimpin
tertinggi
membela keselesaan hidup kita semua
setelah mereka kita pilih
dan kita bayar juga cukai tafsiran
setiap tahun
ada masa aku terfikir juga
sejauhmana 1 Malaysia dilaksanakan
dan turut mengheret masyarakat negara
kita
nun jauh di pedalaman sana
masa masih terlalu awal untuk menilai
hanya aku harapkan, nilainya bukan
seperti moto yang lain
hanya disebut tetapi sukar dilaksana
Bila Bahasa Inggeris diwajibkan lulus
dalam SPM
hati aku terus terkenang anak-anak
pedalaman
pastinya menjadi beban untuk mereka
seperti mana aku (walaupun aku bukan asal pedalaman)
yang tak reti bahasa Inggeris
yang gagal bahasa Inggeris masa SPM
dulu
nak buat macam mana
memang bebal nak faham bahasa penjajah
itu
(Errr...Malaysia pernah dijajah ke?)
kalau bahasa Budu aku memang hebatlah
sejak kecil lagi hirup budu pakai
strow
itu yang fasih mengalahkan Mr.Bean
(Err...apa kaitan Mr. Bean dalam ini
cerita?)
Eh, aku kena berhenti tang ni je
sebelum lagi melalut entah merapu
meraban tulis pasal apa tah
sama-samalah kita tunggu 7 Okhtober
depan
untuk hayati Belanjawan tahun 2012
harapan aku, memanglah tinggi kalau
naik gaji
sebabnya, setiap tahun aku bukanlah
manusia terpilih
yang akan alami kenaikan gaji
melintang menegak membujur lalu
melainkan melintang patah ajelah
nasib baik aku kerja bukan nak kejar
semua tu
tapi kalau ada, alangkah NIKMATnya
tahun depan bolehlah tempah BOEING
tak payah sesak tiap kali nak balik
raya
KECUALIlah kalau bawak macam MR.Bean bawak helikopter
Mr. Bean lagi! hu hu hu