Berikut
adalah satu peluang kepada adik-adik kita (akak, abang, pak cik, mak cik pun
boleh ikut juga) yang berminat dengan penulisan, seni dan budaya. ASWARA
(dahulu dikenali sebagai Akademi Seni
Kebangsaan, ASK) telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk
mengambil kursus jangka pendek.
Peserta
hanya dibenarkan untuk mendaftar dan mengikuti satu kursus sahaja dalam tempoh
yang ditawarkan. Tempoh pengajian untuk semua kursus adalah selama 14 minggu
sahaja dengan kuliah diadakan setiap Sabtu atau Ahad mengikut kursus yang kita
mohon. Jadi, sesiapa yang dah berkerja tetapi masih menyimpan hasrat untuk
belajar kursus tertentu, bolehlah mohon.
Aswara akan beri sijil untuk setiap kursus yang diikuti, bolehlah kumpul sampai penuh dinding ya. Sijil-sijil ini juga nanti boleh digunakan bagi memohon pengajian secara sepenuh masa di ASWARA untuk Diploma atau ijazah nanti. Haaaaa ni peluang bagus ya adik-adik, terutama bagi yang tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang seni. Manalah tahu kan kot ada yang nak jadi Pengarah macam Ahmad Idham tu ke...
Kursus ini
dibahagikan kepada dua, iaitu mengikutnya untuk tempoh 14 minggu ataupun dalam
bentuk bengkel atau kursus yang berlangsung selama beberapa hari (paling
singkat 2 hari, paling lama 5 hari).
Program yang
ditawarkan untuk diikuti 14 minggu masa pengajian:
Program Latihan Pembangunan Modal
Insan Seni & Budaya (Setiap hari Sabtu)
Hari Pendaftaran: 10 September 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA
kursus-kursus ditawarkan:
FAKULTI MUZIK
Kursus
Teori Asas Muzik
Kursus
Teori Lanjutan Muzik
Kursus
Penulisan Lagu (teringin sangat nak ikut kursus ni, apa daya aku masih bergelar
pelajar lagi. yang ni pun tak cukup tanah dah nak lari…)
Kursus Harmoni
Kursus Teknik Gubahan
Kursus
Ensemble Muzik
Kursus
Alat Muzik Major
FAKULTI TEATER
Kursus
Asas Lakonan
Kursus
Pengurusan Pentas
Kursus
Pengurusan Teknikal Teater
FAKULTI TARI
Kursus
Teknik Tarian Tradisional Malaysia
FAKULTI PENULISAN
Kursus Penulisan Skrip Drama
Televisyen (kursus yang sama juga ditawarkan di Finas. Ada masa nanti aku cuba tulis pasal kursus-kursus yang ditawarkan FINAS pula)
FAKULTI FILEM DAN VIDEO
Kursus Asas
Pengarahan Filem
Kursus
Penerbitan Dokumentari
Kursus
Pengarahan Video Pendek
FAKULTI SENI HALUS
Kursus Figure Drawing
PENGAJIAN TERAS AKDEMIK
Kursus Mak Yong
Kursus yang ditawarkan dalam bentuk
bengkel:
Program Latihan Pembangunan Modal
Insan Seni & Budaya Intensif (Bengkel/Masterclass)
Hari Pendaftaran : 10 September 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA
FAKULTI
MUZIK
Kursus
Asas Sistem Audio
Kursus
Muzik Komputer
FAKULTI TARI
Kursus Tari
Asia Tenggara (Cambodia)
KURSUS TARI & MULTI-MEDIA
Sila layari laman web di bawah
untuk muat turun borang permohonan mengikuti kursus dan melihat
syarat-syaratnya http://www.aswara.edu.my atau lihat
Buku Panduan Kemasukan Kursus JangkaPendek ASWARA Sesi 2011/2012
Borang yang lengkap diisi
hendaklah dibawa bersama semasa hari pendaftaran. Sebarang pertanyaan sila
hubungi Bahagian Kemasukan dan Rekod ASWARA (Cik Norzamhana Mohd Yusof dan En.
Mohd Fhais Ngadirin). Urusan melalui
telefon pada waktu pejabat:
Isnin – Khamis (8.00 pagi – 12.00
tengahari, 2.00 petang – 5.00 petang)
Jumaat (8.00 pagi – 12.00
tengahari, 3.00 petang – 5.00 petang)
Akademi Seni Budaya Dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA)
464 Jalan Tun Ismail 50480 Kuala
Lumpur
Tel: 03-2697 1777/1200 Faks:
03-2697 5513
Kalaulah semua
pelakon di negara kita ikuti kursus-kursus ni, tak lah kita menangis masa dia
orang buat lawak ataupun kita ketawa masa mereka beria-ria menangis sedih kan?
PssssT: Tahun ini, dua barang lagi dimasukkan sebagai barang kawalan sepanjang Aidilfitri 2011 ini dalam skim kawalan harga musim perayaan menjadikan senarainya 20 barangan, iaitu; Ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import, telur ayam gred A,B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang besar import, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), dan ikan kembung.
PssssT: Tahun ini, dua barang lagi dimasukkan sebagai barang kawalan sepanjang Aidilfitri 2011 ini dalam skim kawalan harga musim perayaan menjadikan senarainya 20 barangan, iaitu; Ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import, telur ayam gred A,B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang besar import, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), dan ikan kembung.
2 ulasan:
x dok hok keno nga minak ambo...
Eelobor: BUkang mulo nak jadi artis ko? kursus mok yong pong ado tuh hu hu huhu
Catat Ulasan