Isnin, 1 Ogos 2011

Rezeki Ramadhan dari Nuffnang



Waaaaaaaaaa murah rezeki hari ni
balik rumah dapat cek dari nuffnang
penebusan pertama aku sejak tampal iklan nuffnang kat blog
itupun setahun juga daftar nuffnang tapi tak letak iklan pun
masa tu tak berapa nak tahu caranya
godek sana godek sini pun terburai segala
entah macam mana
akhirnya jadi juga

Dah tampal iklan nuffnangpun
bukannya terus melekat iklan kat situ
selepas sebulan dua baru muncul
itupun sekali sekala sahaja iklan nuffnang ada di blog aku waktu tengah malam buta
namapun tengah malam buta, aku pun tak baca blog
apalagi orang nak datang baca blog aku
berbulan-bulan lamanya dok tunggu je
entah bilalah orang nak klik iklan tu
tak juga masuk syiling dalam akaun aku
maklumlah sekali klik dapat 25 sen
entah berapa ramai nak klik baru boleh masuk tabung tu kan?
Sedih bebenor rasanya ketika itu
maklumlah, dengar cerita dari blogger lain
ribu riban mereka dapat dari iklan nuffnang di blog
asyik bertambah je tabung mereka
selalu tebus je pendapatan iklan mereka tiap bulan
sedangkan aku hanya boleh baca je dengan mata terkulat-kulat

Walaupun selepas itu ada iklan melekat kat blog aku
bukan banyak mana aku boleh dapat
bukan ramai pun orang datang jengah blog ni
aku pulak tak sempat pun nak promosi bagai
atau lakukan blogwalking ke blog orang lain
masa terlalu cemburu buat aku
akhirnya, aku biarkan ajelah
orang kata kalau ada rezeki aku
memang tak akan ke mana.

akhirnya, detik ditunggu-tunggupun sampai
setelah sebegitu lama tampal iklan nuffnang kat blog
dengan harapan nak dapat pendapatan ratus ribu juta sebulan
kemudian boleh beli banglo yang dijaga dek mat Bangla
dapatlah juga merasa penebusan pertama ini
disebabkan jumlahnya sangat banyak angkanya sangat besar
niat asal nak beli kasut kerja terpaksa dipadamkan seketika
(besau bebenor sampaikan nak beli kasutpun kena tangguh!)
makanya, aku akan gunakan duit hari raya yang Nuffnang bagi itu
untuk urusan dan keperluan hari raya dan balik kampung nanti
Tau lah sikit, tapi...kalau guna yang ni,
sikit ajelah aku akan tambah nanti
nampak benar kan BANYAKKKK sangat jumlah tu hu hu hu

Malam ni, aku mimpi peluk nuffnang
sambil mintak bonus tambahan la la la


PsssT: Asalnya aku nak lekat gambar cek HSBC tu dengan penuh riak dan takbur,
selepas Syaitan kena rantai mana-mana orang persi solat terawih
niat yang terkandung riak takbur dan haloba itu aku padamkan sahaja
(baca: aku malas)
jadinya tak ada bukti aku dah dapat cek nuffnang tu hu hu hu

PssssT 2: Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh alam
semoga kita mengejar pengisiannya yang lebih baik
berbandingtahun-tahun sebelum ini.

8 ulasan:

Unknown berkata...

Kak tumpang gembira dik..
itulah usaha kamu..

boleh beli kuih raya tu...
hehehehe...

anyss berkata...

Kak Ayu: tak banyakpun, tapi...sampai pada waktu yang tepat. Raya nak balik kg kan, byk nak pakai duit. boleh top up kos balik pun dah syukur kan...

bawak balik kerepek raya je (itupun kalau stok lebih, kalau tak ada stok...kena pi beli dengan orang lain pulak ;) )

Tanpa Nama berkata...

tahniah..mmg bukan senang blogger picisan cm kita nk dpt riban2 nie..huhu..neway thanks ya sbb follow blog sy..sy dah msukkan blog nie di ruangan followers 4 di blog sy..=)

Ken Wooi berkata...

memang best dapat rezeki nuffnang :)

Connecting With My Own Soul berkata...

bestnyee. saya tak tahu macam mana. huhu. dah lama dah letak iklan. tapi still RM0.00 :( tak apalah. redha. huhu.

anyss berkata...

Faiz: selamat datang dan selamat berpuasa. Betul tu...yang seciput tu pun boleh main ilang dan muncul sesedap rasa je...tak apa, satu hari nanti kita boleh juga 100k bila gigih...jom sama2 jadi "mata duitan" ;)

anyss berkata...

Ken: bukan banyak manapun, nak buat balik kampung raya nantipun tak lepas hu hu hu tapi, tetap syukur dapat banyak tu. maknanya kena usaha lebih lagi lah kan?

anyss berkata...

difficult easy: teruja sebab ni penebusan pertama. Tak banyakpun, nak beli kasutpun tak berapa nak lepas.

kena godek2 cari maklumat tu kenapa tak berubah jumlah tu. Mungkin ada iklan dari kampeni lain, ataupun tempat letak button nuffnang tu tak strategik. Cuba google...banyak maklumat ada kat blog2 otai