Ahad, 14 Ogos 2011

BIASISWA KHAS TENAGA AKADEMIK IPTA 2011

Berikut adalah peluang kepada para pelajar kita yang telah berada di IPT untuk mendapatkan tajaan (biasiswa ya...bukannya pinjaman. Kalau biasiswa, tak payah bayar. Dapat ni memang raya sakan, tapi bila dah dapat...bukan senang nak pikul tanggungjawab. Perlu pertahankan CGPA sepanjang masa).

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar yang telah mendapat tawaran tempat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama secara sepenuh masa mulai sesi 2011 di institusi pengajian tinggi awam di dalam kursus-kursus di IPTA seperti berikut;

Sarjana Muda Sains Kimia
Sarjana Muda Sains Fizik
Sarjana Muda Sains Biologi
Sarjana Muda Sains Matematik
Sarjana Muda Senibina

Keistimewaan

  1. Peluang mengikuti 1 tahun pengajian di luar negara jika berjaya mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik pada setiap semester dengan pindahan kredit (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara).
  2. Berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi jika sekiranya terpilih menjadi tenaga akademik IPTA.

Syarat-syarat:

(a) Syarat-syarat Umum

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia; 
  2. Berumur tidak melebihi 22 tahun semasa memohon; 
  3. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama (semester 1) dalam kursus-kursus IPTA yang ditetapkan; 
  4. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak. Sekiranya telah ditaja, pemohon perlu menghentikan tajaan asal; 
  5. Pelajar perlu menandatangani perjanjian yang mensyaratkan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia khususnya IPTA tertakluk kepada kesesuaian dan berjaya dilantik selepas tamat pengajian. 

(b) Syarat-syarat Khas

  1. Pemohon perlu mempunyai kombinasi kelayakan seperti berikut: 
  2. Pelajar baru di tahun pertama, semester satu; 
  3. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A+) di peringkat SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf; 
  4. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.50 di peringkat asasi IPTA/Matrikulasi/STPM; 
  5. Penerima biaya hendaklah memperolehi prestasi akademik sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 pada setiap semester mulai semester pertama bagi melayakkan mengikuti pengajian di luar negara (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara); 
  6. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CGPA di bawah 3.00 pada dua (2) semester berturut-turut akan ditahan elaun wang sakunya dan hanya disambung kembali selepas mendapat PNGK 3.00 dan bayaran yang ditahan tidak akan dikebelakangkan; 
  7. Tertakluk kepada perjanjian, jika sekiranya penerima biaya memperoleh PNGK/CGPA di bawah 2.75 pada dua (2) semester berturut-turut atau melanggar syarat-syarat kontrak pembiayaan akan ditamatkan dan dituntut gantirugi. 


Calon tak layak memohon: 

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan; 
  2. Pelajar-pelajar lepasan Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi; 
  3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Universiti / Foundation; dan 
  4. Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa. 

Perhatian:

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).
  2. Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan 
  3. Hanya pemohon yang layak sahaja boleh membuat permohonan. 
  4. Sila lengkapkan borang permohonan dalam talian (on-line) dengan jelas, betul dan teliti. 
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos 2011 (Isnin), jam 12.00 tengah malam. 
  6. Borang yang telah dicetak hendaklah disahkan oleh pihak universiti (TNC Akademik/Dekan/Timbalan Dekan Fakulti) sebelum dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPT. 
  7. Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. 
  8. Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang "SIMPAN & CETAK" dan seterusnya mencetak 1 salinan borang permohonan untuk dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT. 
  9. Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan hendaklah sampai ke Bahagian Biasiswa tidak lewat dari 13 September 2011 di alamat berikut: 

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. PUTRAJAYA.
(u.p.: Unit IPTA) 

Semakan panggilan temuduga adalah pada 19 September 2011 (Isnin) mulai jam 2.00 petang.

Dapatkan maklumat lanjut tentang biasiswa Khas tenaga akademik IPTA.  

PssT: kepada adik-adik yang sentiasa cemerlang setiap semester, peluang ini sangat rugi untuk dilepaskan. Ini antara cara kementerian pengajian Tinggi melatih tenaga akademiknya semenjak awal lagi. Kalaulah terpilih, memang tak akan rugi  ------> promosi lebih pulak aku kan? macam jual kerepek pulak!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Wah, sekarang dah ditukar. dulu, pas habis degree baru boleh apply. Kenapa la dulu takda. Kalo ada, takyah susah2 pinjam PtPtn...

anyss berkata...

Fareed: pelung macam ni payah nak jumpa...bila dah ada, baik rembat aje. Untung betul adik-adik kita ni