Isnin, 27 Jun 2011

Kopi Luwak Tu Halal ke Haram?

Isu panas ni. Pertamanya, apa dia kopi luwak?
Kopi luwak merupakan jenis kopi yang dikumpulkan daripada hasil proses pencernaan luwak, iaitu sejenis musang yang hidup di hutan-hutan Indonesia. Bagaimana kopi ini diperoleh?

Kena tunggu musang yang makan kopi ini dahulu, kemudian...tunggu lagi hingga musang berkenaan menajiskan (opppssss! Ada ka istilah ni? Kalau aku tulis, musang ni akan “berakkan” biji kopi, rasa macam bahasa kasar pula. Jangan kata aku mencarut ya!).
Biji kopi yang dimakan musang ini dipercayai adalah biji kopi yang paling bermutu tinggi. Harganya juga mahal. Kalau ikut harga pasaran, kopi ni sangat mahal harganya; 10 kali ganda (harga termurah dipasaran). Masa tanya inche google nan ensem, harga 500g kopi ini mencecah usd90. Fuuuyoooooooo! Nak kena buru musanglah pulak kan! (bela musang nak kena ada lesen ya!). Sila google untuk tengok imej kopi ni ya...errr lagilah rasa tak lalu nak minum kopi ni (Opppps! maaf...imaginasi aku tanpa batasan kali ni. Ampun!)

Majlis Ulamak Indonesia (MUI) pada julai 2010 telah menghalalkan kopi luwak ini melalui fatwa nombor 4 dengan syarat biji kopi ini masih terbungkus lagi kulitnya, dan sekiranya ditanam akan tumbuh. Tetapi sekiranya biji kopi berkenaan didapati pecah kulitnya (terhadam) dan tidak tumbuh sekiranya ditanam, hukumnya haram dimakan. Errrr...maksudnya juga, biji kopi itu perlu dibersihkan dahulu ya sebelum diproses...bukannya diproses bersama najis musang tu!
Biji kopi yang dinajiskan musang, jika biji itu dapat tumbuh, ia dikira mutannajis (terkena najis), jadi ia boleh dimakan. Kalau tak tumbuh, bermakna ia dah jadi sebahagian daripada najis. Jadi tak boleh makan.

Kru tv al-hijrah telah ke jakarta untuk menyelidik tentang status halal kopi luwak. Sekarang ni, JAKIM melalui panel kajian syariah dengan kerjasama MARDI tengah menguji biji kopi luwak yang dibawa pulang dari jakarta masih dalam proses kajian untuk menanam atau menumbuhkan semula biji kopi ini sebelum dikeluarkan fatwa halal atau haram minum kopi luwak ni. Masih lagi mengkaji, melakukan ujian lanjut dengan kerjasama jabatan kimia. Jadi keputusan hukum halal atau haram minum kopi luwak ni di malaysia masih lagi belum difatwakan. Masih dalam kajian. Dianggarkan keputusannya diperolehi selepas ramadhan.

Sila bersabar menunggu ya...


Psssst: kalaupun kopi ni halal, terima kasih ajelah kepada sesiapa yang nak belanja kopi luwak ya...belanja aje aku minum benda lain. Errrr...bukan tak sudi, tekak rasa kembang sikit je. Banyak benda lain lagi seisi alam ni yang boleh ditelan kot selain kopi musang ni ;)

PssssT: Aku dah jatuh chenta dengan Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajidterutama bila dia cerita bab IsraQ MikraJ dalam rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah semalam. Ohhhhhhh!


KEMASKINI:


Berikut adalah fatwa dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,  JAKIM berkaitan Hukum Meminum Kopi Luwak(Musang).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.






19 ulasan:

Nurul Jannah berkata...

rase cam tak sanggup je nak minum..huhu

Cetusan berkata...

Ada lidah ada rasa. Ada hukum pilih

Cetusan berkata...

Butir moktan telan ada najis? Baja jadi pokok. Biji rambai tumbuh meliar

Tanpa Nama berkata...

Assalam...pernah tgk cerita pasal nie kat majalah 3...pelik plak ada jugak org beli.mahal plak tuu...huhuhu.macam-macam...

Sharinginfoz berkata...

memang pelik betul kopi ni, yang penting cari yang halal dan baik

Anaasuria berkata...

kalo dah jadik pokok, dan kopi tu dituai dari pokok tu, rasanya sanggup kot minum.. tapi kalo amik bulat2 dari 'puh' (bahasa lembut) musang tu memang ler tak kosa...

nurmisnan berkata...

Kopi luwak adalah yg terbaek
kerana musang yg memakan biji kopi tersebut
memilih biji kopi yg terbaek sahaja..
sebab itu harganya mahal... =)

kopi ipoh timbang lg kawww ohhh
sedikit mahal tapi ummpphhhh!!

anyss berkata...

Nurul: Selamat datang...dah habis minum baru bagi tau ok tak?

anyss berkata...

ZZ: Fatwa belum keluar lagi di Malaysia...sila sabaQ dulu, jangan minum lagi. kang jadi macam bir yang sekejab halal sekejab haram tu pulak kang ;)

moktan kita telan, bukan butir yang keluar bersama bla bla bla tu.

anyss berkata...

Adam: Wsalam. Tu la pasal, kalau google, boleh jumpa ramai mat saleh teruja minum kopi ni...tapi, bila nengok gambar biji kopi sblm proses ni, lagi tak teringin nak minum opsssss!

anyss berkata...

Sharinginfoz: musang memang pilih kopi yg terbaik sahaja...sanggup tak proses dan makan selepas perut musang proses semua tu? Errrrr....

azieazah berkata...

Banyak lagi benda lain yang lebih enak untuk dimakan dan dihayati...

Dah la mahal, susah nak dapat. Baik bagi sokongan pada kopi2 buatan tangan yang digoreng sendiri oleh makcik2 kat kampung, or para ibu tunggal yang berniaga kopi kampung. Ada gak pekdah. :)

Gambar Merapu Seorang Menantu...

anyss berkata...

Anaa: memang la jadi pokok kopi yang akan berbuah. kemudiannya musang tu datang makan buah dan keluahkan "puh" (ek? memang bahasa lembut gitu ek?), maka berlumba-lumbalah manusia kutip poh musang tu, pergi cuci dan buat kopi. Sedia untuk dihidangkan la la la

(fuihhhhh...panjang nyeee citer, tidak termasuk kena kejar musang yang tak nak keluarkan "puh' dia tu ;) la la la )

anyss berkata...

Nur misnan: selamat datang. Memang kopi terbaik sebab musang hanya pilih yang terbaik je untuk makan. Kita lak kena kejar musang la la la

Opssssss! ipoh white kopi tak soh cerita, memang terbaikkkk punya. pekena satu jug pun tak sedar ;)

anyss berkata...

Azieazah: sangat benarlah juta2 kali cara ini ;)

Kakcik Seroja berkata...

Harga kopi tu sangat mahal, kan? Tak sanggup rasanya kakcik nak minum (bukan sebab mahal, tapi......) :)

noor berkata...

minumlah kopi yg lain...kopi kg emm baunya harum enak sekali

Ann Huda (Ate) berkata...

Ohh kopi luwak nak di bawa masuk ke Malaysia ke?

Sebagai seorg penggemar Kopi Ate mmg tahu Kopi luwak itu mahal dan terkenal karena keenakannya..tapi Ate tak terpikir nak mencoba. Ada was2, so lbh baik tak minum takut jadi jatuh haram pula. Ate hanya teringin mencoba Kopi Aroma dari Bandung yang disimpan selama 5 hingga 6 tahun sebelum diproses.

redbox berkata...

Assalamulaikum semua,

Untuk pada aku yg x brapa tau ni..aku masih rasa ia najis sbb bila biji kopi ni dalam najis musang tu...mesti sedikit sebanyak najis tu dah menyerap dlm biji kopi tu...x ke dah bercampur aduk nama nya tu..just my two cent lah