Jumaat, 15 April 2011

Nak Bangga Tak?

Bangga tak bila orang asing mampu berbahasa Melayu dengan baik?
Tahu budaya melayu, malah tahunya itu melebihi daripada kita yang berbangsa Melayu.
Kala bertutur, terpenuh sopan, terisi bidalan dan simbolis terpenuh makna.
Fahami adab resam Melayu dan pantang larang yang ada. Bangga tak?
Sedangkan orang bermata biru itu tak pernah jejakpun bumi Melayu ini,
tak pernah rasapun budu, sambal belacan, tempoyak atau cencaluk,
Bangga tak?

Bangga tak?
Bangga tak bila ada anak melayu mengatakan “I’m sorry...i tak fasih cakap melayu...”
Padahal, hanya beberapa tahun sahaja dia merantau ke negeri mat saleh untuk menimba ilmu tentang “dunia Melayu”.
Sedangkan, seabad hidupnya telan masak lomak cili api entah berapa tempayan,
hirup sambal belacan entah berapa belanga.
Bangga tak?
Bangga tak?

Kalian bangga tak?

11 ulasan:

Unknown berkata...

saya bangga menjadi orang melayu

eelobor berkata...

sori, ai not unde sten wat yu seying. ebot wat? ai kam prom new kasel

ZaridaIshak berkata...

bangga sebagai anak Malaysia... dan bangga dengan diri sendiri...

azieazah berkata...

PENGALAMAN MOKYANG SENDIRI:

adik yang terpisah lama kini bersua di alam maya, sudah 15 tahun merantau jauh merata negara omputih.

Tidak lagi fasih menulis dlm Bahasa Melayu, masih boleh baca dan faham, tapi untuk reply, tak jumpa perkataan Melayu yang tepat, lalu dia membalas tiap chat kami adik beradik dlm bahasa Inggeris.

Pernah MokYang tanya, “can we just chat in Melayu?”

Dia jawab “I’ll try my best..”

Sedih dan kesal juga, bila dia hidup dikelilingi terlalu minimum orang Melayu, lalu diri sendiri menjadi sebahagian majoriti.

Mujurlah tinggal di kawasan Muslim dan rumah sebelah masjid. Jika tidak, tak tahu juga tentang bab-bab yang lain tuh.
Minta dijauhkan...

Soal bangga, aduh pedih rasanya.

anyss berkata...

Nas: selamat datang. saya juga bangga, apalagi kalau boleh cakap melayu dengan mat saleh

anyss berkata...

Eelobor: hu hu hu ingatkan Ulu Kelang hu hu hu

Yang baik: selamat datang. Memang BANGGA sesangat

anyss berkata...

MOK Yang: 15 tahun dia merantau merata tempat, masih boleh dimaafkan. Sebulan dua lagi dia akan boleh cakap melayu semula.

Yang saya sedih tu, Kanda mamat tu belajar 3-4 tahun je pun luar negara, macamlah tak pernah balik. 3-4 tahun tu bukannya 15 tahun. Yang dia belajar tu pulak, tentang bahasa melayu, orang melayu, budaya melayu...apa ke hey nyeee sampai tak reti nak cakap melayu.

ni yang nak bako ni! bako! bako! hu hu hu

anyss berkata...

Mok Yang: Bagi dia lebih masa...balik seminggu dua, dia boleh cakap UTARA punyalah, jangan risau ;)

zacky786 berkata...

bangga sbg anak/org melayu .. melayu ok .. bkn melayu yg ikut budaya barat, ikut cara permakaian org barat.. bangga kpd org melayu yg masih kekal kn sifat ketimuran dan islam pd diri msing2 .. tu baru blh di banggakan..!

Yaya Azura berkata...

baru pergi 4 tahun dah berbelit lidah cakap melayu ?

jom pakat gedebush orang itu! haha!

iDAN berkata...

punyalah teruknya hatiku ini; bila baca novel Melayu yang membahasakan diri I & You aku langsung hilang minat nak teruskan bacaan...

entah kenapa aku tak bangga org kita memuja Bahasa Orang Putih sampai meletakkan ianya di muka surat novel kita...