Ada sesetengah orang, sangat gemar makan di hotel. Kononnya nampak kaya. Mewah. Rasanya lebih sedap (jarang-jarang makan memanglah sedap, cuba kalau setiap hari hu hu hu). Hinggakan dia sangat bangga setiap kali makan di mana-mana hotel. Jenuh canang satu dunia; makanan kat hotel tu sedap, teh tarik di hotel ni best, kek di hotel nun sangat mengikut citarasanya.
Betul ke sedap makan kat hotel?
Kalau tanya aku (perlu diingatkan ya, aku ni minah kampung yang setiap harinya makan kat tepi jalan dan longkang entah mana-mana je), jawapan aku mudah sahaja: ada tempat sedap, ada hotel tak sedap langsung tapi buat masa ini, tekak aku tak boleh terima dah.
Ohhhhh itu jawapan bagi orang yang biasa makan kat tepi jalan dan tepi longkang. Orang yang biasa makan bersama aroma longkang yang semerbak baunya hu hu hu.
Kalau ada pilihan, aku lebih gemar makan di gerai Mak Cik Munah mana-mana yang lebih terasa umphnya. Lebih rasa pedasnya, lebih sekata masinnya. Lebih terserlah asli ramuannya. Sekali sekala nak makan di hotel banyak bintang (bergantung juga jenama hotel mana yang memang telah diketahui nilai sedapnya itu) bolehlah juga. Tapi, janganlah hampir sebulan berturut-turut ya…tekak aku dah kembang ni.
Kopi ini terasa sedap ditekak bila diminum sambil cuci mata…
Aku dah tak lalu nak telan masakan hotel lagi. Aku dah tak tertelan mehun goreng dan nasi lemak yang biasa ditelan mat dan minah saleh itu. Aku nak nasi lemak Pak Cik Mat (bukan nama sebenar) yang selalu aku beli tepi longkang dekat rumah aku tu. Walaupun nasi lemak sambal kerangnya hanya RM2.50 sahaja sebungkus, nasi lemak itu lebih lazat berbanding yang aku makan pagi tadi dengan harga RM20 sepinggan. Lebih ada umph. Lebih terasa manis, masin dan pedasnya. Lebih terasa dan rata lemaknya. Lebih wangi aromanya biarpun bercampur dengan wangian longkang.
Aku dah rindu dengan asam pedas. Aku dah terkenangkan tomyam. Dah terbayang paprik campur. Aku dah teringat dengan sambal belacan. Aku dah termimpikan budu yang dibenamkan dengan tempoyak. Sebulan aku tak jumpa semua benda tu tau. Tau tak? tau tak? Tolonglah tau
Ohhhhh ampunkanlah daku…akan sebegini hingga selepas xmas nanti. Ohhhh masih lama lagi tu… lama untuk orang yang merindu.
4 ulasan:
As'salam..
selalunya yang mahal tue x menjaminkan rasanya tapi yang murah tue la sedapnya.. x guna kalau makan kat hotel tapi rasa out..better makan kat warung tepi jalan dah sure sodap...
hehehe, tak boleh tahan nie tengok lauk2 sedak nuh....
sedap lagi masak sendiri kat umah heheheh
Amy: wsalam. ada orang pentingkan jenama, ada orang pentingkan rasa. Saya pentingkan anak tekak hu hu hu
Eelobor: kak kita masak lagi sedak dumah tu ;)
Ieda: bila nak masak untuk saya?
Catat Ulasan