Rabu, 22 September 2010

100Penulis Mencari Editor

Anda ada blog? Gemar menulis? Berdisiplin bila menulis, sekurang-kurangnya satu entri seminggu? 100 Penulis sedang mencari anda...

Fulamakkkkkkkk ada gaya jadi promoter tak?

Sebenarnya dah lama aku nak tulis tentang ni, tapi selalu je terlupa. Maklumlah, sejak usia jadi 18 tahun 2 setengah hari ni...daya ingatan dah makin menyusut pulak. Jadinya, kali ini aku nak beritahu tentang peluang untuk jadi ahli atau editor di 100 Penulis.

Aku dah jadi ahli sebelum puasa ari tu lagi. Tarikh dah lupa. Masa tu masih tak ramai lagi yang jadi ahli. Kalau tengok kat blog aku ni, mesti ada yang perasan ada button lip lap lip lap 100 Penulis ni.

Bila join 100 Penulis, anda boleh tulis entri satu kali seminggu mengikut jadual ditetapkan admin. Selain boleh kenal dan beramah mesra sesama editor, boleh juga tambah pembaca lain. Boleh kenalkan blog sendiri kepada orang lain.

Sekarang ni dah 95 orang penulis berdaftar yang ada, namun begitu admin mungkin boleh terima anda walaupun jumlah tu dah lebih 100 orang penulis kerana kemungkinan untuk batalkan keahlian ahli lain yang tak aktif. Setakat nak tulis satu entri seminggu, tak kan payah benar kot. Tak nak tulis panjang-panjang, bacalah terus apa yang aku salin dan tampal dari blog 100 Penulis berkenaan seperti di bawah:

Tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk memberi kesempatan kepada 100 orang editor bergabung bersama-sama. Kesemua editor ini boleh menulis entry untuk apa jenis isi kandungan sekalipun. Bebas membincangkan hal isu semasa, tutorial, promosi blog, promosi produk, promosi affiliate, bisnes online dan sebagainya. Juga boleh menggunakan blog ini sebagai pengumuman kepada update terkini di blog masing-masing yang sedia ada (ala-ala sinopsis/ringkasan beserta backlink ke blog anda sendiri).

Kepada yang berminat bolehlah menghantarkan emel kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, untuk menerima undangan menjadi barisan editor blog ini. Atau anda boleh tinggalkan komen di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Jadi jika anda juga seorang yang tidak mempunyai masa untuk menyelenggara satu blog sendiri, maka blog 100penulis.blogspot.com inilah jawapannya. Hanya taip dan tekan publish. Mudah kan? Selain dari menjimatkan masa, kita semua boleh berkongsi trafik/pelawat.

Jom kita mulakan!
» Step 1: Add our code to your website
Get banner code from the sidebar.

» Step 2: Submit your details to 100penulis[at]gmail[dot]com

Your name: (YOUR USERNAME / Nama pena blog anda)
E-mail: (BLOGGER.COM LOGIN / email untuk login ke blogger.com)
Website title:
Website URL:

JANGAN APPLY SEKIRANYA ANDA :

Tidak serius


• Mempunyai banyak email dan banyak username - mengelirukan admin dan editor lain utk tujuan rekod dan jadual


• Tidak kerap memeriksa email untuk terima invitation


• Email anda mempunyai autoresponder


• Anda sekadar mahu sertai untuk kepentingan diri sendiri


• Tidak dapat online sekurang-kurangnya seminggu sekali

Mmmmm tu amaran KERAS pihak admin. Ada berani sahut cabaran? Aku dahhhh, kalau ada sesiapa yang aktif menulis secara maya, nak asah bakat menulis kat sini...nak join, jomlah!

29 ulasan:

eelobor berkata...

nak jadi yang ke 101 leh tak? ehhehe

Cetusan berkata...

tak nak...(ada nada ego tak)

anyss berkata...

Eelobor: leh kot hu hu hu

ZZ: Tak leh! kena nak gak!

Raja Fiqri Fauwaz berkata...

:) dah join..

anyss berkata...

Raja Fiqri: Mmmmm selalu gak nengok Raja Fiqri komen ;)

anyss berkata...

Raja Fiqri: Mmmmm selalu gak nengok Raja Fiqri komen ;)

Kujie berkata...

alamak..awal2 lagi dah tak boleh join.

amaran merah no 5 - sekadar utk kepentindan diri sendiri.

blog saya tuk diri sendiri....tak layak lah utk ikut serta.

Ken Wooi berkata...

saya tulis blog okay la.. kalau tulis serious.. tak boleh.. =P

anyss berkata...

Kak Kuji: Selamat hari raya aidilfitri,

Saya sangat percaya amaran no 5 tu tak berkaitan dengan kak kujie. Maksud kat situ: tidak gunakan trik di 100 Penulis untuk bolot "sesuatu" kepentingan macam sistem klik-klik nuffnang atau seangkatan dengannya. Maknanya, menulis secara berhemah, dan Kak Kujie memang sangat jaga bab-bab etika berblog.

Saya sangat percaya tulisan kak Kujie memang dialu-alukan di sana.

anyss berkata...

Ken;

Sila ke 100penulis dan tengok dulu kat sana. Saya percaya Ken juga boleh ukut serta sebab macam-macam jenis blogger ada kat sana, dan m ereka juga bukannya nak ilmu tahap ilmiah untuk menulis kat sana. Sangat menarik.

ken pun boleh tulis ;)

abigemok berkata...

nak juga, tp blog sendiri pun susah nak hapdet, ni kan pula nak nulis tpt lain.. huhu

anyss berkata...

Kyuubi: sekali seminggu je tulis kat situ...tapi kalau, seminggu sekalipun terbabas dan tak aktif...kena tendang hu hu hu

student berkata...

Salam anyss,

insyaALLAH saya berminat lah..:)

dina berkata...

sekarang sangat sibuk, tapi teringin nak join.... huhuhu... tunggu masa aku jadi semakin senggang

anyss berkata...

Student: pi daftar cepat...karang tak sempat

Dina: Hu hu hu selamat kerja keras

anyss berkata...

Student: pi daftar cepat...karang tak sempat

Dina: Hu hu hu selamat kerja keras

humble.yat berkata...

dah join..batch terawal lg..moh reramai join..tak susah pun..kan anysss?

anyss berkata...

Humbleyat: Betul! betul! betul! tak susahpun. Boleh kenal kawan2 baru lagi....

lalatipah berkata...

As6
sedang blogwalking..untung kn kite join,ngeeeeee~

latest entry: http://kujiey6466.blogspot.com/2010/10/konvokesyen-part-1-oh-yeah.html

ckynwan berkata...

as6

hai hai hai editor 100penulis! hehehe

saya pon editor juge.kekeke

Latest entry : aku bukan nak merungut dan tak bersyukur.tapi.......

anyss berkata...

sYazY dZaiMa: Selamat datang...sila datang lagi banyak2 kali ya :D

anyss berkata...

cYkN WaN: Selamat datang! selmat datang! rajin2 datang ya ;) mmm belum berkesempatan lagi baca entri...nanti free sikit saya pi ya...

Chip berkata...

As6

Salam anyss...nie lawatan sambil belajar kejap...ahaks! Selalu sibuk sangat dengan blog sendiri, tak sempat nak lawat selalu blog anyss nie...

anyss berkata...

Chip: wsalam. Selamat datang...bila free rajin2lah datang ya ;)

Mr. Asada berkata...

AS6

hahaha.. tiba2 orang yg membaca ayat pemulaan entry ni pun cam hebat je jadi promoter. hihi =P

salam ceria dari asada.. lalala~

anyss berkata...

ASaDa: opsssss! hu hu hu
selalu2 lah datang ya ;)

hentakbelipat berkata...

As6
salam perkenalan bro! as in the same family dkt 100blogger ni saje nak kenal lagi kan..so peace! n always put ur life up!

latest entry: http://petisuaraku.blogspot.com/2010/10/siri-cerita-yang-cutting-edge-ini-satu_25.html

anyss berkata...

Hentak belipat: selamat datang ;) rajin2 lah jejalan sini ya ;)

100penulis berkata...

singgah sebentar.. check AS6 hehe