Sebelum upload cerita dari serambi Mekah, saja je nak tampal entri ni dulu. Kisahnya begini;
Bulan November aku ke Bandung, kemudian Disember ke Langkawi, seterusnya minggu lepas ke Aceh pula. Ketiga-tiga borang klaim sudah dihantar (kalian ke Aceh pagi tadi hantar), namun entah sangkut di meja mana hingga kini masih lagi belum dilunaskan tuntutan. Memang macam tu gamaknya standard kerja gomen ni kan, bab klaim ni, kucing dah tumbuh tandukpun belum dapat lagi. Sebelum ni memang sabau ajelah, buat tak peduli dan ambil pusing. Berlagak macam anak Duli yang Maha Mulia je kan? Hu hu huu
Bulan Disember patutnya aku dapat bayaran penuh main KUTU sebanyak RM1800. Aku main kutu tu semata-mata nak beli kamera. Jadinya, macam konfiden je dapat bayaran tu, pertengahan bulan Disember (konon-kononnya musim perayaan xmas ada potongan harga yang kaw-kaw punya hebatnya, jadi terus je aku rembat satu kamera dengan harga RM1050-terlebih bujet sikit sebenarnya. Tapi, sebab hati tak kuat dengan godaan encik Samsung yang hensem itu, aku beli jugalah. Tapi sampai sekarang tak pernah menyesal pun beli en Samsung tu, terutama bila pergi Aceh tempohari.) terbelilah dengan rasminya En.Samsung yang merah dan chomel tu. Mana-mana pergipun aku usung ;)
Tunggu punya tunggu, nanti punya nanti, tarikh pun dah banyak berubah. Bulan Disember dah langkau ke Januari. Bayaran KUTU yang aku terima hanyalah RM800 sahaja. Masih berbaki lagi RM600. Bila ditanya bila nak bank in, jawapannya sangat mudah dituturkan: Bulan ni pakai banyak duit sikitlah, anak-anak sekolah. Boleh tunda bulan depan tak? Kini Januari dah lama berlalu, Februari juga dah habis. Mac dahpun tersengih depan muka aku ni…namun, bayaran RM600 tu masih lagi aku belum terima. Sebelum Tahun baru Cina hari tu, aku Tanya lagi. Jawabnya: “Cuti CNY nanti balik kampong nak kutip duit”. Aikkkkkkkkkkkk teknologi dah makin canggik, klik klik pun dah boleh beli tiket kapai terobang, nak bayar duit kutu kena langkau dua negeri? Dah pun masuk bulan tiga tahun yang baru, sayang oiiiiiii!
Aku ni yuran blaja pun belum bayar lagi, nasib baik dapat daftar bulan lepas. Kalau tak bayar, semester depan kantoi lagilah nampaknya. Kamera yang gah itu aku guna duit yang lain dulu, sekarang ni semua dah pakai. Pergi Aceh buatkan aku muflis walaupun masa pergi tu bergelar JUTAWAN. Mintak pendahuluan tak sempat dapat, kalau klaim, tak tunggu 2-3 bulan memang tak sah. Jadinya, ada tak sesiapa nak bagi sumbangan IDEA macam manalah nak jadi ceti kutip duit kutu dari orang yang tak reti-reti nak bayar tu? Haaaaahhhhhh tunggu apalagi? Bagilah idea!

update 8Mac 2010:
Terima kasih dengan pandangan anda terutama Inche Caluk yang cadangkan supaya upah ah long untuk kutip utang. Rasanya depa ni ada baca blog ni kot hu hu hu, tak sempat buka iklan untuk upah ahlong lagi, semalam malam, depa dah bayar. Bila semak maybank2u pepagi buta hari ni, memang dah ada penambahan jumlah baki akaun berbanding dua hari lepas yang hanya ada RM7 dinggit lebih je.
Yang klaim tu dah pasti belum dapat lagi kerana depa bayar bersama gaji bulanan. Kena tunggu hujung bulan ni dahulu, itupun kalau depa memang dah proses. kalau dapat bersama dengan gaji bulan ini untuk satu klaim pun, dah kira boleh tarik nafas sikitlah. Tak harap pun untuk dapat semuanya sekaligus.
8 ulasan:
perghh tangguh tangguh yang bahaya nie.
Lor ingat kan nak kutip derma untuk mana2 anak kecik yg nak kena bedah ka, ghupa2nya orang besar pun semput jugak yer.
Haih tak patut depa buat camtu. Boleh buat tuntutan di alam sana tu, depa lupa kot.
nak kaya buka ceti gadai hee..
Naz: Sabar itu sebahagian daripada iman, sayangku ;)
Iza cik Bintang: Bukan semput lagi, tak juga lelah...dah pindah jadi wabak hu hu hu...alahai!
ZZ: x de niat nak jadi kaya pun...hanya nak tuntut "hak" yang patut aje. Tak pernah klaim mintak intrest jugak. Itupun tak leh bayar? Mmmm pinjam dgn along sanggup lak bayar interest hu huhu
upah along tolong kutipkan he he, biaslah lumrah manusia, pk susah sendiri aje tp x pernah pk susah org
Caluk: Cadangan paling memberangsangkan...boleh diterima pakai tu. So, bagi sesiapa yang tak dax keja sangat tu, leh la mohon jadi ceti aku ya...mmmmm, bukan duit kutu je leh kutip ni, dah boleh kutip macam2....(bercita2 nak dok rumah yang bayar cash la plak lepas ni kalau ada orang sudi jadi ceti kutip utang la la la)
aku ingat nak minta derma kilat tadi... hehehe... aku tengah nak baca semua yg tertinggal... aduhai, kisah acheh tu best... tapi takkan sal makan dgn masjid je, pembangunan, anak2 yg terselamat dulu, peradaban diorang sekarang... ada perbezaan tak...
Dina: Orang di Aceh tidonya lena, makannya kenyang...orang di Bangi yang kebuloran setelah balik dari Aceh hu huhu hu...walaupun berat hati, aku balik tanpa bawa buah tangan untuk teman2 disebabkan benda2 yang tak patut sebegini.
Cerita tentang Aceh masih banyak belum di tulis dan akan di pos dalam entri akan datang. namun begitu, ada banyak juga cerita yang tidak boleh diletakkan dalam entri...bukan sahaja libatkan orang tertentu tetapi mampu gugat hubungan dua hala Malaysia-indonesia. Jadinya, kena interview aku kalau nak tahu hu hu hu
Catat Ulasan