Isnin, 29 Mac 2010

Ada Apa dengan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Semua orang dah cerita tentang kehebatan dan kemeriahan IKLBF 2010 gegak gempita di banyak blog. Walaupun aku dah pergi pada hari pertama IKLBF berlangsung (Jumaat 19 Mac), tetapi tak ada apa yang aku beli kerana pada hari tersebut aku hanya jadi Cik Kiah yang mengetuai rombongan. Tambahan pula, kakak bawa dua orang anaknya, tugas aku bukan sahaja jadi pemandu (nasib baik tak tersesat barat kecuali tersalah masuk dan tersalah keluar kawasan parking di The Mall sahaja. Lainnya, semua berjalan lancar), tetapi juga tukang kawal dan kepung ct si kanak-kanak ribena tu.
Suka posing
Muka letih
Along dah penat la ct...jangan main lagi! Atok yang nengokpun turut penat.
Ini namanya sungai...mmmm macam longkang je!

Tiba masa untuk dia tidur, tanpa peduli keadaan sekeliling, dia tidur je dengan nyenyak. Tak meragampun. Walaupun aku duduk di pentas semasa masuk Karangkraf dengan gempita suara deejay dan lagu-lagu yang diputarkan (betul-betul berada di hadapan corong pembesar suara), dia tidur tanpa berketik. Nyenyak je. Kemudian kami ke Dewan Tun Razak diseberang sungai. Aku terus sahaja ke PTS dan duduk di kerusi hadapan pentas, manakala adik, kakak dan seorang anak buah yang lain teruja jelajah setiap gerai. Janjinya kami jumpa kat PTS. Terima kasih PTS, sediakan kerusi dan pentas kecil yang boleh jadi tempat persinggahan untuk orang-orang yang macam kami ni. Macam musafir pulak!

Bila adik juga berhenti dan tadah punggung di kerusi hadapan pentas di PTS, aku curi peluang sekejab ke gerai Creative Enterprise dan jumpa Mok Yang. Sekejab sahaja, hanya jenguk. Janji akan datang semula pada Khamis nanti. Tiga jam kemudian, dia bangun. Itupun penat kejutkan. Letihlah katakan. Walaupun kami balik dah agak lewat, jam tujuh petang, namun hakikatnya aku hanya sempat menjengah sekali imbas ke MAPIM dan DBP tanpa sempat belekpun. Selebihnya lebih banyak kejar ct.

Mewarisi bakat melukis ayahanda Jaafar Taib; Iwan. Dulu aku panggil dia jejaka idaman Malaya. Dia dah tak cam akupun rasanya, maklumlah...dah makin jelita la la la ;)
Khamisnya aku batalkan untuk pergi semula kerana tiba-tiba sahaja ada urusan terdesak yang perlu aku selesaikan segera. Sabtu 27hb Mac aku memang dah khususkan masa itu untuk ke majlis pelancaran buku Aku, Dia dan Gitar (Nurfa). Orang kata beri sokongan moral kepada penulisnya. Beli novel pada masa pelancaran ini boleh dapat pakej yang menarik...sehelai baju T, sebuah novel dan beg kertas. Harganya hanya RM19.90 (ke RM19? Yaaaaa ampun...tetiba je jadi lupa hu hu hu kira halallah ya. Lagipun pakej istimewa tu dah pun habis. Nak dapatkan lagi dah tak dapat dah...). Jangan jeles ya! Cantik dan comel kan?

Barisan penulis yang lancarkan novel pada hari tersebut; Nurfa nan chomel berada di tengah-tengah. Pinky girl. Rasa bahagiakan...sambut ulangtahun kelahiran, sambut kelahiran novel sulung. Tahniah! Tahun depan 2 novel lagi ya ;)

Berserta air mineral dan kek yang comel lagi...kebetulan, tak sempat sarapan pun pagi tu. Jadinya...ngap je sebelum majlis pelancaran bermula.

Selepas itu terlari-lari anak mencari lokasi untuk pelancaran novel Faisal Tehrani pula. Sudahlah manusianya bersesak, dok pi mai pi mai...akhirnya terus ke gerai Ameen Books bertanyakan staf di sana. Terus rembat novel Bahlut (Faisal Tehrani), Beruk (Azizi Abdullah) dan Rawa (Isa Kamari). Tentu Faisal Tehrani kagum sebab inilah pertama kalinya aku beli novel dia (setelah dia hasilkan 19 buah novel. Ampunnnn ya, Tuan Haji Muda...buku-buku tuan haji boleh tahan tahap mahalnya walaupun nipis. Dan aku akui intinya buatkan buku tuan haji sangat bernilai. Hanya kali ini aku lebih terdorong untuk belinya kerana isu dalam novel ini sendiri. Jangan rasa hati ya tuan haji, kalau kena dengan isunya, BETA memang akan beli hu hu hu). Sempat juga minta autograf dengan Cikgu Azizi untuk novel Beruk. Sebenarnya, ini pertama kali aku pergi jumpa penulis untuk minta autograf. Tak pernah buatpun sebelum ini kecuali novel yang ditulis kawan-kawan. Padahal, peluang untuk aku berbuat begitu sangat terbuka luas.

Novel pertama tuan haji Faisal Tehrani yang aku beli, novel pertama penulis Indonesia yang aku beli di tanah Malaysia ;) Cantik kan caver novel dari Seberang tu...Terlihat gigih berjuang meredah arus kehidupan. Sendirian di bawah sinar bulan...kalau rembulan dah tenggelam di wajahmu, maknanya...
Akhirnya terlari-lari pula ke surau, seterusnya menyeberang jalan ke tingkat 4 The Mall untuk bersarapan dan makan tengahari. Usah tanya jam berapa ketika itu. Mengejar masa sejak pagi (buat kerja sikit sebenarnya dan kemalasan yang melampau untuk mencari makanan) buatkan terbabas untuk makan. Selesai makan, terus ke surau untuk asyar dan redah kesibukan dalam pesta buku semula hingga jam tujuh malam sebelum kembali ke Bangi.

Ingatkan pesta buku dah habis dari diari harian. Ahad, aku cadang ke kedai buku di Wisma Yakin dengan senarai panjang buku yang diperlukan. Namun, tidak satupun aku peroleh kat sana. Akhirnya, terpaksa juga redah kepadatan manusia di pesta buku di PWTC. Ke Creative Enterprise lagi sekali tetapi Mok Yang tak ada, hanya berbual-bual seketika dengan kak Zah. Sempat sambar 2-3 buah buku termasuk buku ini;

Dina, beli tak buku ni? Kalau belum, sila ke Creative semula ya...mesti kau tengah jeles dengan aku kan?

Sekalipun manusia sesak di mana-mana sahaja, tetapi akhirnya perlu aku akui sesuatu...poket dah makin nipis sejak balik dari PWTC petang tadi. Hanya 14 buah sahaja aku borong, namun harganya cecah hingga RM350, belum termasuk senarai panjang yang mohon pengedar carikan. Entah berapa panjang bilnya akan sampai nanti.


13 ulasan:

azieazah berkata...

Bila baca entri ini terus teringat, MokYang pun terlupa nak cari buku Faisal Tehrani “Ketupat Cinta”. Padahal booth Ameen Kreatif tu sebelah CESB jer... adooiiii... kalut..

Dah agak dah, Kak Zah sebut ada penulis yg guna nama lain sering berlegar-legar di blog Azie... datang borak2 dengan dia.. (Rasanya masa tu MokYang ada di surau Perkim..)

Kak Zah pun tanya, siapa, tapi MokYang dapat agak dah mesti ANYSS...

thanks ANYSSS.....

iza~de~bintang berkata...

Pakej t-shirt, novel tu menarik. Pandai depa buat strategi, tentu remaja suka.

Eh eh baru perasan, Cikgu Azizi tu kecik jer orangnya tapi karya2 dia besar. Kecil-kecil cili padi hehe.

Nanti2 leh pinjam Rembulan Tenggelam Di Wajahmu tu. Tajuknya indah, ilustrasi dia pon cantik. Cerita tentang kehidupan. Aduh banyaknya nak baca hehe.

Nursuzry berkata...

aku jeles!!!!!

Cahaya Kekasih berkata...

azieazah: ketupat cinta saya ada beli thn lps tapi masih belum sempat nak membaca..huhu

anyss: wah...pegi pwtc eh....x beli bookmarks saya ke..hehe...

anyss berkata...

Azieazah: Bulan puasa kot baru ingat...Mmmmmm penulis blog ek?

Cik Bintang: Yaaaaa remaja macam daku ini memang suka hadiah2 n novel yang chomel hu huhu...

Nursuzry: Ish! ish! ish! jeles tang mana?

Cahaya kekasih: Alahai...dah basi pun ketupat tu ya ;)

Book marks? Mmmmm tang mana ada jual tu? Yaaaa ampunnnnn tak sempat jengah tiap geraipun. Tak sempat jengah blog anda juga sebelum pegi PWTC...FREE ada tak? :D

dina berkata...

anyss, buku skrip tu aku dah pegang, dah belek, dah kelek, tapi sampai rak novel tah apa yg aku ingat tertinggal lak terus byr mana yg ada, itupun ain yg bayarkan... takpe, nanti aku beli je di bangsar! sori tak sempat nak borak lama2 dgn kau, anak aku dah terkelepet kat tepi dinding the mall sebab letih! huhuhu

Awanama berkata...

Aslmkm.
Membalas ziarah ni :)
Waaa, byknyer org pergi ke sana. Sekarang Kak G dah jarang baca buku ... baca working papers etc pun dah letih.
Sejak dulu ingat nak menulis secara professional, tp sampai sekarang tak juga buat :(

Meowwwww berkata...

Meowwwww

anyss berkata...

Dina: Hu hu hu kaya gak Ain tu ya, bayarkan buku untuk mak dia...anak berbudi ;). Sahlah bisikan hatiku yang kata "ko belum beli lagi buku tu" kuat jugak deria ke 6 aku ni ya :D

Lain kali kita jumpa n lepak2 sambil mandi sungai lak...masa tu aku tengah enjoy dengan hidup selama 3 bulan sebelum "bunuh diri" semula dengan kerja

Kak G: Terima kasih sudi menjengah. Mmmmm rugi betul orang profesional macam kak G tak sebarkan ilmu melalui penulisan untuk ganerasi akan datang. Masih belum terlambat untuk menulis kak G...pesta buku ada tiap2 tahun ;)

anyss berkata...

Meowwwww: Pissss! pissss! pissss!1 siyohhhhhhhhhhhh! Nahhh tulang ikan sardin...pi main jauh-jauh!

anyss berkata...

Azrul: Kucing dah jadi isu sensitif...jangan mengiawwww sebarang

WanJumaa berkata...

Anyss, banyaknya buku berjiwa sastera! Jeles:) Pertama kali juga beli karya FT, tapi bukan Bahlut:) dan jeles lagi, saya tak sempat ngap Beruk!

anyss berkata...

Juma Karamah: membaca jendela ilmu...kalau boleh semua buku nak angkut, namun upayanya hanya setakat itu.
Itu stok bacaan untuk bulan April yang perlu segera dikhatam. Sempat tak?
Galakan membaca patutnya lebih meluas di Malaysia kan...potongan cukai perlu naik hingga RM5 ribu untuk setiap tahun. Barulah ramai orang membaca ;)