Sebelum upload cerita dari serambi Mekah, saja je nak tampal entri ni dulu. Kisahnya begini;
Bulan November aku ke Bandung, kemudian Disember ke Langkawi, seterusnya minggu lepas ke Aceh pula. Ketiga-tiga borang klaim sudah dihantar (kalian ke Aceh pagi tadi hantar), namun entah sangkut di meja mana hingga kini masih lagi belum dilunaskan tuntutan. Memang macam tu gamaknya standard kerja gomen ni kan, bab klaim ni, kucing dah tumbuh tandukpun belum dapat lagi. Sebelum ni memang sabau ajelah, buat tak peduli dan ambil pusing. Berlagak macam anak Duli yang Maha Mulia je kan? Hu hu huu
Bulan Disember patutnya aku dapat bayaran penuh main KUTU sebanyak RM1800. Aku main kutu tu semata-mata nak beli kamera. Jadinya, macam konfiden je dapat bayaran tu, pertengahan bulan Disember (konon-kononnya musim perayaan xmas ada potongan harga yang kaw-kaw punya hebatnya, jadi terus je aku rembat satu kamera dengan harga RM1050-terlebih bujet sikit sebenarnya. Tapi, sebab hati tak kuat dengan godaan encik Samsung yang hensem itu, aku beli jugalah. Tapi sampai sekarang tak pernah menyesal pun beli en Samsung tu, terutama bila pergi Aceh tempohari.) terbelilah dengan rasminya En.Samsung yang merah dan chomel tu. Mana-mana pergipun aku usung ;)
Tunggu punya tunggu, nanti punya nanti, tarikh pun dah banyak berubah. Bulan Disember dah langkau ke Januari. Bayaran KUTU yang aku terima hanyalah RM800 sahaja. Masih berbaki lagi RM600. Bila ditanya bila nak bank in, jawapannya sangat mudah dituturkan: Bulan ni pakai banyak duit sikitlah, anak-anak sekolah. Boleh tunda bulan depan tak? Kini Januari dah lama berlalu, Februari juga dah habis. Mac dahpun tersengih depan muka aku ni…namun, bayaran RM600 tu masih lagi aku belum terima. Sebelum Tahun baru Cina hari tu, aku Tanya lagi. Jawabnya: “Cuti CNY nanti balik kampong nak kutip duit”. Aikkkkkkkkkkkk teknologi dah makin canggik, klik klik pun dah boleh beli tiket kapai terobang, nak bayar duit kutu kena langkau dua negeri? Dah pun masuk bulan tiga tahun yang baru, sayang oiiiiiii!
Aku ni yuran blaja pun belum bayar lagi, nasib baik dapat daftar bulan lepas. Kalau tak bayar, semester depan kantoi lagilah nampaknya. Kamera yang gah itu aku guna duit yang lain dulu, sekarang ni semua dah pakai. Pergi Aceh buatkan aku muflis walaupun masa pergi tu bergelar JUTAWAN. Mintak pendahuluan tak sempat dapat, kalau klaim, tak tunggu 2-3 bulan memang tak sah. Jadinya, ada tak sesiapa nak bagi sumbangan IDEA macam manalah nak jadi ceti kutip duit kutu dari orang yang tak reti-reti nak bayar tu? Haaaaahhhhhh tunggu apalagi? Bagilah idea!

update 8Mac 2010:
Terima kasih dengan pandangan anda terutama Inche Caluk yang cadangkan supaya upah ah long untuk kutip utang. Rasanya depa ni ada baca blog ni kot hu hu hu, tak sempat buka iklan untuk upah ahlong lagi, semalam malam, depa dah bayar. Bila semak maybank2u pepagi buta hari ni, memang dah ada penambahan jumlah baki akaun berbanding dua hari lepas yang hanya ada RM7 dinggit lebih je.
Yang klaim tu dah pasti belum dapat lagi kerana depa bayar bersama gaji bulanan. Kena tunggu hujung bulan ni dahulu, itupun kalau depa memang dah proses. kalau dapat bersama dengan gaji bulan ini untuk satu klaim pun, dah kira boleh tarik nafas sikitlah. Tak harap pun untuk dapat semuanya sekaligus.
Jam 8.45 pagi kami dah bertolak ke Porto Malai. Kami tiba jam 9.30 pagi. Ada peningkatan berbanding semalam. Sepanjang hari di sini, masing-masing ada acara sendiri. Makan tengahari kami lebih awal berbanding semalam. Aku, KM dan DJ makan semeja di kawasan tertutup yang berhawa dingin. Kami sebat semua benda yang ada dengan meriah macam orang dari Somalia. Meriah dan riuh rendah berbual tentang perkara yang tidak ada dalam acara.
Hari ini DJ akan balik KL untuk ke Bali (bercuti) keesokan harinya. Jadinya, kunci van diserahkan padaku, sementara dia ambil teksi ke lapangan terbang. Selepas minum petang (siap bungkus sandwich lagi...memang macam rombongan cik kiah), kami bergerak tinggalkan Porto Malai. Itupun setelah ambil masa lebih 30 minit untuk merakamkan sebanyak-banyak gambar yang dapat di pelabuhan Porto Malai tersebut. Telefonku entah berapa kali buat hal dan jem kerana itu. Faham-faham sendirilah berapa banyaknya gambar yang aku ambil. Bila bateri dah kurang, mulalah dia meragam dan jem. Terpaksa on dan off berkali-kali. 
Kali ini Mr.T nan ensem tu pula yang memandu. Lebih lancar perjalanan kami dan tidak tergesa-gesa. Maklumlah, Mr.T ni lebih seperti geng dan kawan-kawan, DJ tu pulak lebih bersifat abang dan ayah. Walaupun boleh bergurau dan gelak ketawa, namun rasa hormat kepadanya lebih seperti hormat sebagai orang tua (bukannya tua sangatpun, tapi caranya lebih seperti bapak-bapak kepada kami). Sedangkan, Mr.T ni lebih seperti rakan-rakan. Jadinya, kami singgah merata di mana-mana sahaja yang rasa nak singgah termasuk juga di tepi pantai nan indah untuk nikmati pemandangan matahari tenggelam. Aku dan Mr.T memang peminat tangkap gambar yang tegar, tetapi yang lain hanya menikmati. Beri peluang untuk aku yang “gila” ni nikmati keseronokan. Mungkin mereka pun perasan yang aku hanya peminat minyak gamat sahaja hu hu hu. Sekalipun tidak sempat untuk menikmati pemandangan indah dengan kereta kebel, namun, aku amat hargai sikap sporting mereka itu. Amat sangat. Nasib baik masa itu telefon dah nyawa-nyawa ikan dah nak habis bateri, kalau tidak, dah tentu sampai malam mereka kena tunggu. Singgah juga di kedai gamat. Borong minyak dan air gamat lagi! Siap kena perli, kononnya aku nak buka cawangan minyak gamat di Bangi.
Kami balik ke hotel untuk tukar uniform dan simpan peralatan kerja. Van buruk itu tidak begitu selamat untuk kami usung laptop atau kamera ke mana sahaja. Demi keselamatan harta kerajaan Malaysia dan hak persendirian, kami putuskan untuk simpannya di hotel. Tambahan pula kami perlu ambil Nani yang nak ikut sama ke KUAH.

Di sini juga, banyak perkara yang aku pelajari. Catatan pengalaman juga turut bertambah. Dan aku kian mengerti, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ada sebab musababnya. Ada hikmahnya yang kita sendiri tidak tahu. Kalaulah aku ini aku yang dahulu, belum tentu lagi akan sertai rombongan cik kiah sebegini. Belum tentu juga akan kenali mereka lebih akrab hingga akal budi sebegini.

Dah lama pulau lagenda ini tidak kujejaki. Kali terakhir awal tahun 2002 (rasanya/kalau tak silap). Banyak pembaharuan dan pembangunan telah dilakukan. Dah lebih maju, dan…lebih mahal harga barangannya berbanding pada tahun tersebut.
Matahari terbenam kami nikmati di jeti. Dia hanya tunggu saja kegilaan aku yang suka ambil gambar. Orang yang dah ada anak bujang dan dah boleh terima menantu memamngmacam tu kan, sensitif dengan persekitaran dan lebih banyak toleransi. Sebab itulah sekarang ni lelaki yang dah berusia selalu jadi pilihan wanita hari ini walaupun dah ada isterikan (bukan akulah ye...aku hanya pilih yang single sahaja. Bukannya 3 kekosongan). 