KE MAKAM BONDA ~ USMAN AWANG ~
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang~
Cerita kali ni bukan pasal perjuangan, tapi pasal makam. Errrrr dalam bahasa yang mudah fahamnya dipanggil...kubur. Selain Kuburan Masal Siron yang menempatkan sejumlah 46, 817 mangsa tsunami dalam beberapa kubur yang besar, banyak makam bersejarah yang boleh dikunjungi di Aceh. Di Banda, sendiri kita boleh ke Makam Sultan Iskandar Muda yang terletak berhampiran dengan muzium dan Rumah Aceh.
Makam sultan Iskanadar muda.
Berhampiran dengan muzium ini juga terdapat beberapa makam lain yang terjaga rapi seperti makam Sultan Alaudin Ahmad Syah, Sultan Alaudin Johan Syah, Sultan Alaudin Mohd Daud Syah, Pocut Muhammad (keturunan Tun Sri Lanang) dan lain-lain lagi. Makam Iskandar Thani, menantu Sultan Iskandar Muda. Letaknya berhampiran dengan Taman Sari Gunongan yang diperbuat khas sebagai tanda kasih sayangnya Sultan Iskandar Muda kepada Puteri Kamariah (Puteri Pahang).
Taman Sari Gunongan
Makam Tun Sri Lanang, letaknya berhampiran Batee Iliek, Samalanga. Gambar kurang memuaskan kerana kami tiba di sini pada waktu maghrib. Selepas solat maghrib kami ke kuburan ini dan snap gambar istana Tun Sri Lanang yang masih lagi dijaga rapi kini.
Biarpun hanya melihat makamnya sahaja, namun keakraban kita dengan sejarah mereka buatkan hati terasa bangga juga mampu sampai ke tempat persemadian mereka. Orang kata, di mana-mana tempatpun boleh sedekahkan bacaan ayat-ayat suci kepada orang yang dah pergi, namun di sisi makamnya...erti itu sangat berbeza. Percayalah!
9 ulasan:
salam, maaf kerana tanpa membaca posting2 terdahulu. kenapa selalu cerita pasal acheh? mmg duduk sana ker saje pgi jln mkn angin? best la dpt tgk gmbr2 sejarah
mengingati mati....
Eelebor: Saya tulis blog ini untuk berkongsi pengalaman (tak ada niat nak menunjuk atau riak). Beberapa entri ini berkaitan Aceh kerana saya baru kembali dari sana...jadinya, mahu dikongsi bersama teman-teman dan pembaca. Pada masa yang sama untuk menambahkan koleksi bahan bacaan secara maya berbahasa Melayu, sebagai tanda saya sayangi bahasa Melayu, saya perjuangkan bahasa melayu yang baik. Harap2, niat itu tercapai akhirnya.
ZZ: Yup! bukan sekadar melihat atau datangi makam yang terkenal dan indah dari sudut kesenian dan sejarah semata, namun pengertiap yang lebih besar juga ada di situ. Belajar tentang sejarah, belajar tentang hidup, juga...ingati suatu hari nanti kita juga akan ke sana. Akan bagaimanakah n anti?
ada juga org buat teguran tanpa mengenali penulis...hehehee...
aku pernah mendeklamasikan sajak tu masa sekolah dulu dan dapat tempat ke3 kerana intonasi dan cara deklamasi yang agak tepat kot... lagipun aku tak buat sajak sendiri, tempat ke3 adalah terbaik!
Memang masa sekolah je aku akrab dengan sejarah nusantara, lepas sekolah buku sejarah pun aku tak usik, walaupun ada sedikit sebanyak minat terhadap sejarah, tapi selalu lupakan. Bila baca kisah kau dan Acheh, aku rasa macam nak kenal balik sia Tun Sri Lanang (selalu dengar nama je kan)... mungkin sejarah lama boleh membuatkan kita lebih bersedia menghadapi dunia akan dtg yang juga akan menjadi sejarah... hihihi...ok! aku dah merapu!
Dina,
Apa yang tersurat dan tersirat memang sukar untuk ditafsirkan.
Kita belajar sejarah untuk exam je, itu yang dipahatkan dalam kepala kita sejak berzaman. Padahal, sejarah itulah pemamer jati diri bangsa kita.
sejarah itulah yang banyak beri pengajaran. Sekarang ni dah ada orang persoalkan wajar tidaknya hal-hal sejarah masuk dalam hubungan etnik. Itu perkembangan yang tak sihat...makin ramailah anak bumi kita ni akan buta sejarah dan lupakan sejarah.
Jauhnya dia merantau, rakan saya ramai orang Acheh, mereka begitu rapat dengan saya lantaran ketika itu mereka belajar di fakulti bekas tempat saya berkerja.
Seronoknya dapat ke sana, apatah lagi Acheh banyak berkait dengan sejarah kita Tanah Melayu.
iDAN: Yup...banyak persamaan antara Aceh dan Semenanjung. Sejarahpun kita kongsi, apalagi tokoh-tokoh. Sayangnya, ramai orang tak tahu hal ini termasuk warga Aceh sendiri.
kau x bawak balik kambing tu ke he he
Caluk: Woit! aku tau la kambing tu ensem...sondol aku pun ala2 manje gitu...mana leh bwk balik. Airasia x bagi balik tu hu huhu tapi....kambing tu memang chomellll
Catat Ulasan