Kalau anda seorang yang kuat makan, suka makan dan kerap makan, silalah bertandang ke Aceh. Ia bagaikan syurga bagi penggemar makanan. Sebabnya? Tengok sendirilah hidangan kami bila makan di sana. Sangat meriah. Makan sepuas-puasnya macamlah sebelum ini kami baru balik dari Somalia. Me ketam. Ketamnya masih lagi hidup dalam balang kaca. Yummy...memang sedap, tambah lagi waktu itu memang semua orang tengah kebuluran.
Duduk sahaja di meja, kita akan dihidangkan dengan semua masakan yang ada dalam restoren tersebut. Mereka akan kira apa yang kita makan sahaja. Macam kejutan budaya pula, asal melintas je makanan kat depan mata, terus rembat, makan hingga kekenyangan. Agak-agaknya, apa yang Pak Sani fikir pasal kami? Kebuluran ke teruja? Apa-apa sahajalah Pak Sani...asalkan semua jenis makanan tempatan dapat kami rasa. Bukan senang nak dapat peluang macam itu lagi.
Dan harganya...boleh tahan juga. Bila bandingkan apa yang kami makan, dengan 5 orang makan pula...rasanya RM20 seorang itu terlebih dari berbaloi dah. Sangat-sangat berbaloi, sedangkan kami makan macam tak ingat dunia. Adusssssss! Nasib baik 5 hari sahaja. Baliknya...berat bertambah lagi 2 kg. Ulangan ya...hanya 2 kg...alahai, kena diet ni!
Manisan yang dipanggil “gula yu”? (ampunnnnn ejaannya tak tahu, tapi sebutannya macam itulah). Gula Yu ni adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada kelapa muda, dicampur dengan gula melaka. Sangat manis dan lemak, tetapi...sedap!
Rojak buah. Sama sahaja dengan rojak buah di Malaysia tapi hirisannya lebih kecil. Rasanya? Mmmm seikhlasnya, aku lebih suka rojak Malaysia. Paling tidak, pernah rasa rojak di Aceh kan? Pulut bakar. Rasanya lemak tetapi tidak diletakkan walaupun sedikit gula. Sangat sedap kalau dimakan panas-panas. Kalau kat Kelantan, dah pasti akan diletakkan serunding daging atau kelapa (orang kelantan panggil pulut lepa, orang KL panggil pulut udang/pulut bakar). Yummy sedapnya.....tetiba je terkenangkan pulut lepa masa tengah hirup neskepe panas di Idi sambil sms Cik Bintang yang tengah merindu la la la (agak-agak, Cik Bintang akan cakap ke dia tengah rindukan daku yang tengah melahap pulut bakar tu?) Penuh meja. Tak ada ruang kosong yang tidak dimanfaatkan. Piring mereka kecil sahaja dan muatannya pun taklah penuh melimpah. Namun, agak susah juga nak makan dengan aman kerana meja yang sangat sarat dengan pinggan lauk yang tersusun penuh. Dan, sangat sukar untuk menemui sayur. Kalaupun ada, jarang-jarang jumpa ulam atau sup sayur.Walau bagaimanapun, akhirnya...ranap!
Di sini juga ada sate, tapi...cara makannya berbeza sedikit dari di Kajang. Bersama nasi dan sup. Rasanya? Sukar nak terangkan terutama bila makannya pada jam 10 malam saat mata memang dah benar-benar mengantuk dan hati hanya meminta bantal la la la...pada masa tersebut, andai diberi pilihan antara bantal dan makan sate ini, kami nak pilih bantal untuk tidur kerana terlalu keletihan dalam perjalanan yang sangat panjang. Sepanjang 5 hari berpetualang di Aceh, kami sentiasa cari peluang untuk menikmati jus aprikot (macam tu eja? Belasah ajelah!). Lemak, manis dan menyegarkan. Ampunnnnnnnn! Lupa nak snap gelas apokat hu hu hu.
Secara keseluruhan, kita tak akan hadapi masalah untuk makan kalau berada di Aceh. Pertama, makanannya memang sedap dan dah biasa kita makan. Ada masakan Minang, makanan tempatan yang lain pun tak jauh bezanya dengan apa yang ada di Malaysia. Hanya, kat sana masakan karinya sedikit berbeza. Mereka buat rempah sendiri, tak guna serbuk kario. Rasanya macam gulai kat tempat kita. Apa yang paling pasti, orang Kelantan tak akan rasa kekok di sini kerana semua masakannya sangat manis. Apa yang berbeza dengan manis di Kelantan adalah, pada masa yang sama terasa pedasnya. Manis campur pedas. Kalau di Kelantan, manis campur manis sahaja. Payah nak jumpa masakan yang pedas.
Di sini, kiranya kita tak boleh terima tahap kemanisan yang tinggi itu, kena pesan (minuman) dengan slogan tambahan “kurang manis”. Itupun masih lagi manis sayang oiiii. Ini pengalaman orang Kelantan yang tak suka manis hidup di bumi Aceh. Tapi kan, masa tu, tiba-tiba teringatkan mek. Sebabnya? Mek susah nak sesuaikan diri kat tempat orang terutama bila melibatkan makanan. Jadinya, Aceh adalah tempat yang paling sesuai untuk bawa dia jejalan. Boleh gitu? Ada sesiapa nak belanja bakal mak mertua? ...sila isi borang untuk ditemuduga ya ;)

12 ulasan:
mak ai lauk berpuluh2 ahaha
Naz: Orang Malaysia memang kaki makan...mengalahkan orang Somalia la la la kononnya "biar mati sebab terlebih makan, bukannya mati tak cukup makan"
kaya dengan makanan kat sana ye... sekali makan berpuluh2 pinggan datang... hehehehe... kalau aku dah rambang taktau nak makan yg mana dulu... huhuhuhu
Dina: memang rambang mata. Dan semuanya nak rasa sebab kat sanalah kita boleh rasa yang original walaupun boleh juga cari kat sini.
Jadinya, semua orang lupakan pasal kolesrol, diet dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Nikmati sepenuhnya hu huhu
mmg makan besar lah....hehehe
Eelobor: balik dengan perut yang berat hu huhu
msti juta2 kan harga bayaran he
ZZ: x sampai 1 juta pun...dalam RP270 ribu je. 5 orang makan, lebih kurang RM100 keseluruhan.kira-kira RM20 seorang.
Ikutkan harga untuk orang sana, orang Malaysia ni kebulox lah rupanya, tapi...ikutkan harga kat sini, dengan nikmat dunia yang kita dapat tu, kita tak akan kesahpun untuk bayar RM20 sekali makan macam telan anak gajah tu coz sekali masuk pizza pun dah terbang lebih RM50 kan.
Sesekali bolehlah buat macam tu...banyak-banyak kali macam kufur dengan nikmatlah pulak...berlebihan.
Saya sebenarnya suka masakan bening, rebus atau singgang tapi tenguk dalam gambar tu macam banyak amat rendang, tumis atau kuah kacang ala jawa pun ada.
Sesekali makan okeylah kut! tapi mana mungkin lawan enaknya masakan singgang dari Kelantan kan?.
iDAN: Sayapun sukakan jenis sup, asam pedas, dan singgang juga. Kat sana jarang jumpa. Sayur memang susah sikitlah nak jumpa, penuh dengan lauk je.
Walau bagaimanapun, masakan berbentuk lemak ni boleh tahan juga rasanya. Sedap. Namun, untuk nikmatinya sebegini seetiap hari untuk sepanjang hidup, memang sangat-sangat tak sesuai. Kolesteral memang tinggi. Namun, untuk mereka yang kerja keras (sama macam ayah kat kampung tu), walaupun semuanya jenis yang bersantan, kesan sampingan (penyakit) susah nak hinggap sebab gaya hidup sihat mereka tu.
Sebab jarang-jarang makan hidangan sebegitu (rasa bukan lagi boleh dipanggil makan, tetapi lebih kepada 'mentekedarah'), kira halal lah ye :D
Ya ampuunn banyaknya lauk weh
Greenlava: Memang sangat banyak, tak pernah lagi sebelum ni makan dengan lauk pauk yang banyak sampai sebegitu sekali. namun, mereka hanya akan kira lauk-lauk yang kita jamah @ makan sahaja. Kalau nak jimat, habiskan semua lauk-lauk yang kita makan tu tanpa merasa semua hidangan tersebut. Karang membazir pulak kalau tak habis kerana bayaran perlu dilunaskan asal kita rasa lauk berkenaan. Yang tak nak makan, tak payahlah kita usik kan...
Walau apapun, berbanding di negara kita, kira masih murah lagilah tu
Catat Ulasan