Masjid tidak sekadar menjadi rumah ibadat yang perlu dibanggakan. Pada masa yang sama, masjid mempunyai nilai kesenian yang tersendiri, memaparkan keindahan, nilai seni dan kehalusan ukirannya. Kita memang berbangga dengan masjid-masjid di Malaysia yang besar, indah dan tersendiri seperti masjid kristal nan terapung di Trengganu, masjid Shah Alam, masjid Putrajaya, malah mana-mana masjid terkemuka di negara kita. Setiap kali kita melangkah ke dalamnya, kita pasti akan rasa bangga dengan keindahan, keunikan, keteguhan, dan keselesaannya.
Masjid Baitul Rahman yang sedang giat dibesarkan.
Jika anda berkunjung ke Aceh, hati tentu akan terpegun dengan keindahan dan kesenian yang ada pada setiap masjid di Serambi Mekah itu.Masjid-masjid di Aceh tidak mendapat dana daripada pemerintah. Jadi, khariah di kawasan berkenaan perlu mencari inisiatif sendiri untuk dapatkan dana bagi pembinaannya. sepanjang penjelajahan dari Banda, di Aceh, melewati Lhoksamawee hingga akhirnya tiba di Langsa sejauh hampir hampir 500km, aku tidak pernah menemui biarpun satu masjid yang kecil binaannya, melainkan sangat besar tersergam. Sebahagian daripada masjid-masjid ini masih lagi dalam pembinaan. Mereka mendapat dana hasil sumbangan orang ramai, termasuk tapak untuk binaan. Selebihnya adalah kerja keras ahli kariah memungut derma secara sukarela, termasuklah dengan cara berdiri di tengah-tengah pembahagi jalan (line putih), menahan setiap kenderaan yang melalui jalan tersebut dan memohon derma. Dah lah depa bawa kereta memang laju, risiko untuk kena langgar tu memang tinggi. Keistimewaan masjid-masjid di Aceh terletak kepada reka bentuknya yang penuh dengan kesenian tempatan. Terdapat banyak tiang-tiang yang besar memegang bumbung dengan ukiran dan bentuk yang pelbagai. Sebahagian besar masjid ini pula hanya mempunyai dinding pada bahagian mengadap kiblat sahaja, bahagian lainnya dibiarkan tanpa dinding. Sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam bangunan masjid dari mana-mana arahpun. Tak timbul masalah perlu solat di kaki lima masjid kerana pintu masjid berkunci rapat.

Di bawah adalah Musolla yang terletak berhampiran dengan makam Tun Sri Lanang. Kami tiba pada waktu senja, ketika azan berkumandang memecah keheningan. Pembahagian antara tempat solat muslimin dan muslimat pula adakalanya sangat rendah dan terdedah. Memang nampak muslimah yang solat di bahagian belakang. Kita tak biasa macam tu, jadi rasa janggal pula. Tambahan pula untuk aktiviti kemaskan diri selepas selesai solat. Nak betulkan tudungpun rasa kekok, apalagi kalau nak tambah lipstik. Nak baring sesaat dua lagilah tak akan buat. Kelainan yang lain; kamar kecil di bahagian wanita dalam beberapa buah maasjid di Aceh ada sedikit persamaan dengan kamar kecil di masjid Nuiji, Beijing (sekitar tahun 2002. Menurut Cik Bintang, semasa dia ke sana pada 2009, kamar kecil di masjid Nuiji sudahpun ada perubahan. Normal macam di Malaysia). Kamar kecil itu tidak berpintu. Begini rupanya; Agak kekok sedikit untuk kita buang air kecil bila begini reka bentuknya. Apalagi kalau orangnya macam aku, ada orang melintas di sekitar tandas yang tertutup pintupun boleh merencatkan aktiviti dalam kamar kecil itu, apalagi kalau terbuka sebegini. Entah bagaimanalah nanti.
Walaupun begitu, ada dua persamaan antara masjid di Aceh dan di Malaysia. Pertama; sebahagian besar telekung di semua masjid yang kami singgah di Serambi Mekah ini juga berbau, hapak dan tidak begitu selesa untuk digunakan. Kedua, tahap kebersihan di bilik air disebahagian besar masjid ini tidak begitu memuaskan berbanding di masjid Putrajaya atau masjid biru di Shah Alam. Hal sebegini berlaku mungkin kerana pengurusan mereka tidak begitu teratur berbanding di beberapa buah masjid negara kita yang lebih terurus.

Dahlah ya, lain kali sambung bila rajin.
6 ulasan:
saya suka masjid yang banyak tiang tuu, nampak cantik dengan pencahayaan macam tu. cuma senget sikit wahahaha..sorry nak jugak kritik sebab saya dah jeles hahahaha..
besar2nya ,masjid depa. Teringat masjid kat Yan Kedah yang ada rekabentuk macam tu :)
Cik Bintang: Semua masjid kat sana memang banyak tiang ;) Masjid tu sebenarnya masjid yang ada perkampungan Dayah (pasentren), Al Huda Desa Paloh Gadeng, Dewantara, Aceh Utara. Waaaaa panjangnya dia punya alamat hu h u hu
masjidnya cantik2...tapi Muslim yang sembahyang dimasjid tu sama ke macam kat Malaysia ni? Masjid besar, cantik, teratur, tapi sepanjang 5 waktu, tak sampai 2 saf yang solat... itu kan tanda2 akhir zaman.
tapi betul kata kau nys, mana2 masjid kemudahan telekungnya mesti hapak... mencacatkan kecantikan masjid kan?
Dina: ramai sikitlah safnya berbanding kat Malaysia. kalau masjid Aceh Raya kat tengah Banda tu (bukan masjid Rahman, tapi berhampiran), boleh tengoklah ramainya. kira separuh masjid, nak penuh jugalah tu. Bahagian saf perempuan pun dalam 2 saf. may be sebab masjid tu terletak betul-betul di pusat bandar.
Isu telekung tu bukan aku penah tulis kat blog ni ke? hu huh hu payah dah nak komen bab tu. Tapi tempat yang paling selesa untuk solat guna telekung awam adalah di R&R sepanjang lebuh raya PLUS...memang mabeles dia punya telekung ;)
Setelah Tsunami mungkin kesedaran mereka semakin kukuh, mengikut kata rakan saya org Acheh sebelum tsunami memang masalah moral kalangan orang Islam di sana amat rumit.
Tak dinafikan orang Indon & orang kita memang amat pakar dalam senibina; bayangkan ukiran kayu kita.
Mungkin juga kita dulunya ada darah hindu, bayangkan kuil india bagaimana halus & seninya patung yang mereka ukir!.
iDAN: Paling bagus kat Banda, Aceh tu...jarang-jarang terserempak dengan wanita @ perempuannya yang tak bertudung. Sangat susah nak jumpa. Sejuk dan tenang je hati kat sana.
Yup! senibinanya memang sangat halus. Kraftangan yang dihasilkan juga sangat unik dan tersendiri. Setiap bangunannya memang serlahkan identiti Aceh walaupun bangunan moden.
Pengaruh hindu, arab, berbaur dengan melayu dan sekarang ni temporari hinggakan ada masanya kita macam dah kehilangan identiti. Apapun lebihnya orang, saya tetap cintakan Malaysia juga. Berbangga jadi anak Malaysia yang merdeka ;)
Catat Ulasan