Selasa, 23 Mac 2010

Apabila Bulatan Mempunyai Nilai Seni


Walaupun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagai singa mengaum untuk ramai orang menjengahnya, walaupun aku sudah ke sana pada hari pertama pembukaannya lagi, namun...catatan ini tiada kena mengenapun dengan hal itu. Catatan kali ini masih lagi merayau di bumi Aceh.

Barangkali ramai yang dah bosan. Dah jelak. Dah muak. Namun, kiranya bosan, jelak, muak atau nak muntah sekalipun, aku dengan rasa tanpa peduli, tetap juga ingin mampirkan tentang bumi Aceh yang pernah kuhirup oksigennya. Bukanlah satu kebanggaan yang tiada taranya bila dapat ke sana (walaupun memang kuakui rasa bangga itu tetap ada), namun lebih besar dari itu adalah rasa tanggungjawab untuk ketengahkan kepada paparan umum. Rasa bertanggungjawab untuk sebarkan apa yang sepatutnya diketahui oleh lebih ramai orang. Rasa perlu untuk menambah hasil tulisan berbahasa Melayu (yang kucintai itu...walaupun aku tidak pernah berarak di hadapan Istana Negara untuk terjemahkan nilai cintaku ini) secara maya agar koleksinya lebih banyak dan mudah dicapai (surf). Jadinya, apa perlu aku kesahkan sangat tentang muak, loya, bosan, jelak atau nak muntahnya sesetengah orang itu?

Paparan kali ini hanyalah tentang seni bulatan di tengah jalan raya. Bulatan jalan raya di Malaysia biasanya ditanam dengan bunga-bungaan atau pokok-pokok, kalau tidakpun semak samun. Hanya bulatan terbesar di dunia (gamaknya) yang terletak di Putrajaya mempunyai taman, Istana dan hotel berbintang-bintang. Selain dari itu, sebahagian besar bulatan di negara kita biasanya ditanami dengan pokok-pokok dn bunga-bungaan. Nampak cantik dan berseri. Indah mata memandang.


Jika anda bersiar-siar di Banda, Aceh ataupun ke mana-mana bahagianpun di Aceh dari Banda ke Langsa, anda akan dapat melihat pelbagai jenis dan ukiran serta binaan bulatan jalan raya yang pelbagai jenis dan bentuk; dari bentuk tradisi hingga reka bentuk moden. Sangat indah. Tersendiri. Menjadi identiti Aceh yang sebenarnya adalah tinggalan Belanda yang masih lagi diguna pakai hingga kini. Tengok sendirilah gambar-gambar ni...

















Disebabkan malas yang amat untuk edit betul2 gambar ni...kira halallah ya ;)

6 ulasan:

Cetusan berkata...

yang baik kena import teknologi atau pengalaman,(termasuk dari TV atau arus cetak perdana)

yang tak elok terjemahkan ke laut ..

bukan ambil semua yang tak elok dari luar budaya dan pengaruh ..

azieazah berkata...

Yang bulat tu menjadi pembetung...
Yang licin itu mudah sekali air mengalir...

anyss berkata...

ZZ: bukan semua dr luar itu baik, namun ada masanya...bila gabungkan dengan identiti tempatan, terlihat unik.
Hanya...mereka hiasi bulatan jalan itu dengan monumen, dan kita lebih utamakan alam.
Semua ini sekadar perkongsian... tiada niat agungkan mereka, kerna cintaku ini...tetap di Malaysia bertuah.

anyss berkata...

azieazah: Saya tertarik dengan monumen berbentuk mata pena (gambar kecil kedudukan ke 2 dari atas) ...sangat terkesan di sudut hati. Beberapa kali memandangnya, ada bisik yang belum habis berlagu mengocak jiwa.

kembarakemboja berkata...

hai ...bolehberi sedikit info tak..saya teringin nak ke acheh dgn family.. hrphubungi saya mat shah / noor 014 6333175 boleh beri no contact di sana

anyss berkata...

kembara kemboja: sila email saya annieyss@gmail.com