Sabtu, 5 Disember 2009

Peluang Kedua




Bilakah kali terakhir anda memaafkan orang lain dan berikannya peluang kedua?

Selalu kita dengar tentang kata-kata ahli bijak pandai tentang memberi “peluang ke dua” kepada orang lain. Orang lain pun sama macam kita, ada masa terlalai, ada ketika alpa dan berbuat silap. Lantaran itu perlukan peluang ke dua.

Mampukah kita beri peluang ke dua kepada orang lain? Sebaik-baik insan adalah memaafkan kesilapan orang lain, itu kata-kata orang bijak pandai. Ada masa, bukan sahaja peluang kedua, malah entah peluang yang ke berapapun sanggup kita berikan kepada orang lain, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang. Itu sepatutnyalah dan sebaiknya yang perlu kita beri. Maklumlah orang itu adalah orang yang kita sayang. Namun, berbaloikah? Berertikah peluang itu kepada mereka? Ataukah dipersia tinggalkan keping hati yang carik?

Ada cara tak nak maafkan orang, kemudian berikan dia peluang kedua? Ada cara tak nak ubati hati sendiri dan lupakan apa yang pernah berlaku sebelum ini? Kalau orang itu memang benar-benar bererti dalam hidup kita, dah pasti kita mampu pujuk hati sendiri dan bersedia memaafkan silap tersebut (dalam kes ini dah tentulah silapnya itu agak menggugah hati kita, kalau setakat berebut cakelat je, baik lerr tak payah cakap...pujuk dengan seguni cakelat, dah tentu semua gaduh-gaduh manja itu akan berlalu). Maklumlah, dia kan orang yang kita paling sayang. Kalau setakat benda kecil sahaja, tanpa dia minta maafpun kita sudah maafkan dia. Kita dah lupaannya lebih cepat dari kilat. Lebih laju dari internet.

Bagaimana pula dengan orang yang timbangan sayang kita kepadanya tu tidaklah berat sangat, tidaklah sebesar mana, tidaklah sampai boleh “musnahkan hidup” kita kiranya dia tak ada? Bagaimana kalau orang itu hanyalah orang yang “adanya dia pun tidak menambah, perginya dia tidak jejaskan apa-apa”? Bagaimana kalau dia itu hanyalah aksesori sahaja dalam hidup kita? Hadirnya buatkan kita senyum lebar, perginya dia tidak pula menyebabkan kita menangis terguling-guling sepanjang Dataran Merdeka.

Perlukah peluang kedua? Situasi bagaimana perlukan peluang kedua? Andai hati terguris sakit, dada tercalar pedih, bagaimana mahu dibebaskan diri dengan kata maaf yang mencipta peluang kedua itu?

Entah mengapa terlalu banyak persoalan yang tak terjawab. Entah kenapa minda seakan tidak berfungsi lagi mencari jawapan. Bijakkah terus membiarkan persoalan berlegar tanpa kitar jawabnya? Mmmmm wahyu belum turun lagi. Hanya legarnya di kepala.

4 ulasan:

Unknown berkata...

anyss

sllunya kita balik kpd asal atau kepangkal jln.... bayangkan yg hidup kt ini selagi jantung berdenyut selagi nafas berombak... kita masih blh mendabik dada... tapi bayangkn hidup hanya sementara entah hari ini esok lusa atau sekelip mata kita kaku tak bernyawa....

alangkah ruginya hidup dlm keadaan tiada nikmat..tiada redha.. tiada memaafkan... tiada simpati... slgi namanya manusia ... nafsu menguasai diri... jk insan ... penuh simpati... mana satukan dipilih.

sllunya kan anyss... yg miskin harta benda mudah mjd insan, jd kt yg serba serbi ada, ttp belajar utk menjd insan.

wlpun susah ttp nk jd insan ... kerna hati tenang dan lapang.

azieazah berkata...

Memaafkan kesilapan orang, wajar. Berkali kali pun boleh, tetapi tanyalah hati, sejauh mana kita ikhlas?

mulut menyebut maaf, tapi bila bersua, adakah wajah kita tidak lagi seikhlas dulu? tidak lagi dapat melayan tawa, kadang2 gelak dibuat-buat saja...

sejauh tidak dapat melupakannya, asal tidak menaruh dendam.

kot kot, rindu dendam plak nanti..heheheh

rosnanie berkata...

Depends on situation. Ada masa kita boleh maafkan dgn mudah, ada masa simpan di hati sampai bila2. Peluang kedua, kalau diberi mesti dgn seikhlas hati, sebab tak mustahil kita akan dikecewakan sekali lagi

anyss berkata...

izan: menjadi insan memang sukar...

Azieazah:Skali skala rindu dendam, apa salahnyeee

Rosnanie: berulangkali kecewa dengan sebab yang sama, dari insan yang sama...masihkah ikhlasnya tetap sama?