Ahad, 13 Disember 2009

Berkali-kali Malang


Gambar chomel ni diambil dari blog sengkenit

Selasa minggu lepas, aku terkejar pergi pejabat kerana ada mesyuarat. Hujan rintik masa kelaur dari rumah, tetapi makin melebat bila dah sampai berhampiran Hotel Equatorial, Bangi. Namun selepas itu, jalan kering. Tak ada hujan pun, dan aku jadi perhatian kerana ruyup. Macamlah jauh bebenornya rumah ke tempat kerja.

Sepanjang hari pula dok pi mai pi mai merata tempat. Turun naik turun naik dan menyelinap ke banyak tempat. Tak lekat di meja sendiripun. Entah berapa banyak kalori lemah dah dibakar. Tengaharinya pula, Kak Maznah angkut mi goreng yang lebih semasa mesyuarat dan hulur kepadaku semasa dia melintas.

Asalnya nak balik awal sebab nak rehat lebih sikit. Dah lama tak cukup rehat. Balik dari Bandung ari tu pun, lompat-lompat ke Alor Star, lompat sana sini sampai tak cukup hari nak hidup. Mmmmm macam nak beli dunia je kan, tapi...tak terbeli apa-apapun. Hidup tetap kucar kacir juga.

Masa nak balik jam 6 petang, penat selongkar merata tempat, namun kunci tak jumpa. Macam-macam kunci ada di situ termasuk kunci rumah. Nasib baik asingkan kunci kapcai, kalau tidak lagi haru cerita dunia. Ketika aku putuskan untuk balik tanpa kunci pintu, pintu utama rupa-rupanya telah dikunci. Cara terakhir, hanyalah dengan memanjat tingkap. Waktu itu dah jam 9.05 malam.

Hati berazam untuk datang awal esok pagi kerana risau kalau-kalau akan ada kecurian harta benda “hak milik kerajaan Malaysia” terutamanya komputer. Baru 500 meter kapcai buruk yang hampir tanggal kat semua bahagian kerangkanya itu, tetiba sahaja geraknya terasa teroleng-oleng. Sah, pancit! Adusssssssss! Dahlah aku tengah mod kebulur tak lunch tadi, terperangkap tak ada kunci, panjat tingkap untuk keluar, sekarang pula kapcai buat hal.

Kapcai itu aku parking di kawasan masjid dan berjalan ke hadapan UKM tunggu teksi untuk balik. Tawakal sahajalah apa nak jadipun. Lebih longlai setelah sepanjang hari perah tenaga lakukan banyak perkara agar tidak bantutkan perjalanan aktiviti selepas cuti, buatkan aku tidur awal. Jam 11 malam tu kira awallah kan?

Esok pagi-pagi dah menapak ke perhentian bas. Asalnya nak singgah di mana-mana bengkel motor, tetapi jam 9 pagi bengkel belum lagi buka. Akhirnya terpaksa pergi kerja dahulu. Di pejabat, En Din beri satu nombor untuk dihubungi bagi baiki pancit itu. Adik itu (Badri) janji untuk datang jam sepuluh, tetapi menundanya hingga jam satu tengahari. Namun jam 12.30 dia dah datang. Tukar tayar dan harga tiub harganya RM18. Bagi sesiapa yang berada di kawasan UKM dan sekitarnya, kalau perlukan tukar tiup atau motor pancit, bolehlah telefon Badri melalui 0193893824.

3 ulasan:

rosnanie berkata...

salam annys, sekali sekala mandi hujan...

Annys pegi keje naik moto ek? Respek kat pompuan yg gi keje naik moto, saya tak reti bawa moto, bonceng bole ler

anyss berkata...

Rosnanie: Kalau dah rempit tu, memang bukan skali skala lah mandi ujan; berkali-kali, berkala-kala. Ada masa mmg sengaja naik moto dlm ujan...rindu main ujan kan, tapi, bukan setiap masa nak main ujan hu hu hu

Ada masa kenalah jugak reti bila situasi menuntut rempit. Lama-lama, lagi sronok rempit sebenarnya. Tapi kalau ada keta dan moto tu, lagi best sebab boleh guna ikut kesesuaian.

azieazah berkata...

Ini lah juga antara sebab MokYang tak suka kerja jauh dari rumah... letih di jalanan..

sini tak berapa best, tapi tahan juga. Sebab tak suka jauh, nanti lelah di atas jalan...

Sian Anyss.. sabor jek lah.. (masa tu mesti terfikir, kalu ada orang yg bawakkan, jemput hantar... leh tidor jer sebelah...) heheh...