Jumaat, 4 Disember 2009

Bila Memiliki Tongkat Sakti Bergelar "Kuasa"


Hari ini hari Jumaat. Jumaat entah berapa kali lepas, aku berpeluang untuk sembang kosong dengan salah seorang rakan sekerja. Dah agak lama masa untuk sembang kosong sambil minum kopi aku abaikan dalam aktiviti harian kerana sibuk mengejar tarikh mati. Apalagi, dah lama tak ada sesi minum kopi, banyak perkara yang sempat kami bualkan termasuk anyam ketupat.

Rakanku itu, nak kata bendul, memang dia sendiri mengakui yang dia agak bendul sedikit. Kisahnya minggu sebelum itu buatkan aku rasa nak terjun tingkap. Memang dia benar-benar bendul!

Sejak 2006 hingga dah nak habis tahun 2009, dia tidak pernah alami anjakan gaji biar satu sen pun. Bayangkanlah, sejak 2006, tak kira harga petrol naik atau turun, atau naik semula...gaji yang diterimanya tetap sama. Sebabnya hanya satu: Boss tak suka sikapnya yang berterus terang bila tak setuju tentang sesuatu. Kini boss baru ambil tempat. Boss lama pindah untuk jadi boss kat tempat lain pula. Dengan boss baru, dia dapat “cemerlang”, jadinya tak timbul soal gaji tak naik.

Dia hanya tahu tentang “setiap tahun memang akan naik gaji walau seburuk mana laporan boss dalam pencapaian tahunannya” masa dia nak mohon ikuti PTK. Permohonannya itu tak lepas dengan alasan gajinya tak capai tahap bla bla bla. Lalunya dia terkejut ungkalah kerana dalam surat iktiraf cemerlangnya itu tertulis gred gajinya. Siasat punya siasat, barulah tahu kenapa semua itu berlaku. Pecahlah rahsia itu. Dia bakal menerima tunggakan selama tiga tahun itu, termasuk tunggakan “ketakcukupan jumlah” bonus setiap tahun yang diterimanya. “Tak banyak...bolehlah pergi umrah,” katanya merendah diri. Umrah! Fuyooooooo...nak ikut!

Pesanku kepada semua bos di seluruh dunia (macamlah ada bos-bos yang akan baca tulisan ni!): Allah beri anda kuasa, kiranya disalahgunakan, jawablah di hadapanNya nanti. Itu belum termasuk doa orang yang teraniaya.

Nota terjah: Semasa di Bandung, lebih banyak “huru hara” yang dah bekas boss lama kami (yang dah tak berapa hensemnya) itu buat dan sedang buat telah bocor dalam proses anyam menyanyam ketupat. Ohhhh...perlukah aku percaya? Atau...perlukah aku tunggu “huru hara” itu diterjahkan kepadaku dulu baru boleh percaya? Cerita di atas belum jadi bukti yang cukupkah? Adoiiii lah! Tak payah lah kot fikir sangat, dia pun dah tak jadi bos aku lagi kan. Kesian sel-sel otak aku yang kian mereput dek aktiviti berfikir benda-benda tak perlu ni...hu hu hu boleh gitu?

Sebenarnya, kepalaku tengah pening-pening lalat berhujan pagi tadi sebab nak kejar meting. Sementara isi masa untuk "cha alif but" ...tunggu hujan rintih berhenti dan serlahkan warna pelagi sebenarnya, maka entri ini aku upload. Apa-apapun, cerita itu mungkin boleh dikutip sebagai pengajaran dengan konon-kononnya menjadi "kutbah" untuk hari ini. Eh, baik ajelah stop taip dulu kan...sebelum lalut pening-pening lalat ini makin panjang. Selamat berhujung minggu. Jom tadah hujan kat Jelebu weekend ni...

3 ulasan:

azieazah berkata...

Syukur, kalu dah rezeki tak ke mana..

Sedih bila baca tang naik gaji, tang sikap bos bla bla bla..

Kang terluah pulak pasal kitaorang yg dah 3 tahun gak tak pernah rasa naik gaji, no bonus, elaun kena potong dlls... kan dah terluah?

takper, rezeki anak-anak adaaa..

Cetusan berkata...

terima kasih..pengajaran..bumi bulat, masa ada kuasa org takut, risau bila pencen..kena jentik..

rosnanie berkata...

salam anieys

memang ada bos yang lagu tu, tp kira memang kawan anieys tu agak 'bendul' la kot, tak naik gaji sampai 3 tahun, tp tak pernah komplen. Cuma mungkin disebabkan kebendulan dia tu, dapat jgk dia tunggakan. Itulah hikmahnya, dgn duit tu dapat g umrah. Bayangkan kalau selama ni memang naik gaji cam biasa, dia pulak takde simpan2, mungkin dia tak dpt g umrah masa terdekat ni

syukur , alhamdulillah