Rabu, 16 Disember 2009

Gambar dengan pelbagai cerita

Aku memang suka ambil gambar. Aku juga suka tengok dan simpan gambar-gambar yang cantik. Gambar-gambar yang pelik. Gambar-gambar yang unik. Gambar-gambar yang ada nilai seninya. Gambar-gambar yang tersendiri juga. gambar yang ada ceritanya yang tersendiri. Masalahnya, aku belum ada kamera. Kamera yang selalu aku pinjam dengan adik dulu tu dah rosak. Nasib baik laki dia yang rosakkan, kalau tak...penuh anak telinga aku kena leter.

Ada masa aku nak hasilkan gambar-gambar yang cantik dan penuh dengan nilai seni, tapi kamera digital yang tidak boleh nak zoom pun itu agak membataskan kebolehannya. Apa lagi bila guna telefon sahaja. Lagilah terbatas.

Pernah terfikir tak yang ada masanya gambar-gambar yang pernah kita ambil entah bila masanya tu sebenarnya menarik untuk disimpan dan ditengok semula pada waktu yang lain?

Layan je lah sebahagian daripadanya...

1. Burung pun nak makan dalam pinggan



2. Gaya seorang Tukang Sihir yang berjaya...mewariskan ilmu kepada anak-anaknya




3. Di kaki limapun jual ilmu








4. Topi keledar yang hebat









5. Nasihat yang sangat baik





6. Bukan selalu jadi sang pemula

7. Pertama kali belajar suap makanan sendiri

5 ulasan:

azieazah berkata...

ANYSS... sama juga dgn MokYang, sangat suka snap apa saja..

sbb MokYang berkata sendiri, “cuma aku ada pic ini, dan amat jarang sama dgn koleksi orang lain...dan bukan kita cilok dari Google”

Sbb tu MokYang ada Moblog di web KgMMS tu... koleksi gambar semua hantar di sana, di komen orang warga Kampung MMS dan tersimpan di akaun moblog..

bestttt

rosnanie berkata...

paling suka dgn nasihat di tangga tu, tp tetap tak guna kalau nampak lif...hehehe.. kira nak senang jer, badan pn bagai dipam pam

iza~de~bintang berkata...

Saya pon suka jugak amek gambor plus suka jalan2, dua hobi yang mengeringkan kocek, tapi tetap meriang-ria-kan hati. So tak dapek nak nolong. Must do, kalau tak angau pulak nanti tido tak lena huehehe

dina berkata...

betul la nis, kdg2 kita tak perasan pun gambar tu amat menarik perhatian... tapi kalau kemana2 dgn my shah, dia akan merungut, "semua benda nak tangkap (gambar)" hahahahaa

anyss berkata...

Azieazah: Yup...betul tu. Tak cantik pun, hasil kerja kita sendiri. Kalau cantik, hati lebih puas

Saya hanya upload gambar2 tertentu sahaja, bukan semua dlm koleksi. Maklumlah, hakcipta gambar pun kena jaga juga kan...kedekut pun ada gak hu hu hu

Rosnanie: Itulah pasal. Nak turun tangga tu macam dipaksa terjun dalam perigi lak hu hu hu

Iza: Jom pi Langkawi...naik kabel car n keliling pulau

Dina: Nasiblah badan...
Banyak kali saya bernasib baik. Masa di Langkawi ditemani kanda Jo (ikut je gila2 saya suka amik gambor) dan Taufik. Mereka berdua ni juga maniak ambik gambar, kira oklah kan. Ada kala...jumpa juga orang yang bosan dgn peerangai ambik gambar ni...tapi, ada aku peduli? hu hu hu