Isnin, 21 Disember 2009

Bercerita Tentang Lagenda di Pulau Indah

Hari Pertama

Bumi Mahsuri kujejak petang Ahad nan indah. Lapangan terbangnya masih lagi kecil seperti dahulu walaupun dah bertaraf antarabangsa (ya ke?). Penumpang turun dari pesawat menggunakan tangga, macam naik Airasia pulak. Dah lama pulau lagenda ini tidak kujejaki. Kali terakhir awal tahun 2002 (rasanya/kalau tak silap). Banyak pembaharuan dan pembangunan telah dilakukan. Dah lebih maju, dan…lebih mahal harga barangannya berbanding pada tahun tersebut.

Acara berlangsung di Awana Porto Malai, tapi kami Rombongan Cik Kiah ni menginap di Seaview Hotel, Kuah. Manalah kami mampu nak tinggal di Awana yang harganya untuk satu malam melebihi RM240. Pada musim cuti sekolah pula. Jadinya, “DJ” yang jadi ketua rombongan cik kiah telah uruskan 10 buah bilik di Seaview dengan sewa RM130 semalam dan sewa sebuah van (buruk) dengan bayaran sebanyak RM45 seorang untuk tempoh dua hari. Kira okeylah tu…sempat bernafas. Adalah juga baki budgetnya sedikit untuk beli minyak gamat huh u hu.


Dah check in dan simpan barang di bilik masing-masing, 3 orang daripada kami turun semula mencari makanan. Kelaparan. Belum makan tengahari lagi. Keropok lekor panas kami kunyah sambil tunggu nasi goreng dipesan. Makannya sedap, harganya pula murah. Apalagi, makan memang sama macam orang Somalia. Kebuluran!

Dua orang lagi balik ke hotel semula untuk rehat, manakala aku pula tunggu DJ di lobi sambil caj telefon untuk jalan-jalan ke jeti. DJ memang plan untuk jogging, sementara aku pula nak jalan-jalan sambil ambil gambar sahaja. Akhirnya, kami pergi sama-sama sambil berjalan sambil bercerita. Jarang suasana sebegini dapat jumpa kalau masa kerja. Masing-masing sangat sibuk dan lompat sana sini. Kalau aku rasa diri ni sibuk, DJ sebenarnya lagi sibuk dari aku. Merata tempat dalam dan luar negeri dia pergi. Kerja pula awal-awal pagi lagi dah keluar, dah malam buta pun belum balik lagi. Ada masa dia tak balik pun. Dahlah rumahnya di Seremban. Kan jauh tu untuk travel. Memang tabik spring dengannya, entah dari mana dia dapat tenaga dan upaya. 
Matahari terbenam kami nikmati di jeti. Dia hanya tunggu saja kegilaan aku yang suka ambil gambar. Orang yang dah ada anak bujang dan dah boleh terima menantu memamngmacam tu kan, sensitif dengan persekitaran dan lebih banyak toleransi. Sebab itulah sekarang ni lelaki yang dah berusia selalu jadi pilihan wanita hari ini walaupun dah ada isterikan (bukan akulah ye...aku hanya pilih yang single sahaja. Bukannya 3 kekosongan).

Selepas itu kami ke Jeti, singgah di beberapa kedai sambil tengok-tengok. DJ beli beberapa dosen sudu pelbagai jenis dan senduk. Dia memang suka beli sudu dan senduk hinggakan emaknya pernah kata “Tak payah aku kirim apa-apanya, kamu tetap beli senduk juga”. Aku pula tahan hati je tengok pinggan mangkuk yang comel-comel tu. Gatal je tangan nak beli. Mengenangkan tinggal beramai-ramai, baiklah tak payah beli...karang tak pasal-pasal kena angkut lagi! Akhirnya aku juga beli 2 dosen sudu dan satu dosen sudu teh. Cukuplah tu, sudu kat rumah memangpun dah lama kurang. Entah siapa yang kunyah!

Dalam perjalanan ke hotel, kami singgah di Langkawi Fair Shopping Mall. Melilau sana sini, DJ beli kamera kecil Olimpus untuk digunakan dalam percutiannya pada cuti maal hijrah ke Bali. Aku pula beli beg pikul komputer gantikan beg lama yang aku beli di Nilai 3 tahun lepas yang dah koyak sedikit tali pikulnya. RM60, sama harga dengan beg lama. Kualitinya, entahlah. Aku pun tak reti nak nilai. Dah pasti hanya ok-ok aje. Bukannya berjenama yang dah pasti kukuh dan tahan lama. Kalau tahan hingga 2011 pun dah cukup. Tahan lagi lama, lagi bagus. Ingat nak beli juga beg bagasi gantikan beg lama yang kubeli lebih setahun lepas di Alamanda (dengan harga RM30 sahaja). Dah patah tulang belakangnya dek anak-anak buah yang lasak itu. Namun, harga di sini RM70 paling murah dengan kualiti yang kurang sedikit dari yang lama. Mintak RM60 pun tak dapat.
Gambar ni jadi indah bila...tetiba sahaja ada model sukarela yang tak sedarpun dia dah interprem ke dalam gambar senjaku ini ;)

Semasa DJ urut kaki selama 30 minit, aku ambil peluang ini untuk jelajah ruang kompleks beli belah ini. Tersua satu kedai beg dan berkenan dengan beg tangan yang 50% diskaun. Beg sandang yang comel diperbuat daripada kulit juga mencuri perhatian, tapi beg itu terlalu kecil untuk diisi dengan dompet, kamera dan telefon. Dengan tiga benda ini dah pasti sendat. Tak praktikal. Dahlah harganya masih lagi mahal walaupun dah diskaun 20%. Aku kan hanya beli barang yang ada diskaun lebih 50% sahaja hu hu hu. 
Balik jam 10.30 malam. Online kerana dapat wifi percuma. Sambil borak dengan cik Bintang, sambil buat kerja sikit. Borak yang banyak, buat kerjanya sikit sahaja. Bersantai yang banyak. Akibat pindah tempat tidur, walaupun offline dengan cik Bintang dah jam dua pagi, namun mata tak mahu lelap juga hingga jam tiga pagi. Adoiiii la, perlukah diangkut tikar dan bantal serta katil setiap kali kerja luar?


9 ulasan:

dina berkata...

bila nih ke langkawi? best kan... kalau banyak duit bleh soping2... hahahaa... jgn lupa upload gambar2 awana porto malai... sgt indah itu tempat... rindu sgt dgn tempat tu...

azieazah berkata...

Seronoknyer kerja macam ANYSS. Selalu berada di tempat berbeza..

Kerja banyak pun tak rasa penat, sebab pemandangan berubah ubah..

Itu pun suatu motivasi gak tu...

anyss berkata...

Dina: 13-16 dis 2009 di langkawi, ikut rombongan cik kiah la la la...memang bes soping kalau ada lebihan budget, tapi ada masanya kena pikir gak mcm mana nak angkut balik. Berat wooooo mintak dan air gamat tu
Gambor2 memang cantik seadanya ikut kemampuan kamera tepon. nanti kita kongsi2 kan.

Azieazah: Tang sonok, memang la sonok...tang nak maki orang, rasa macam nak sumpah je jadi botol gamat hu hu hu apapun, bila kita suka dgn keja kita, sedikit sebanyak tu kira abaikan ajelah.
Selalu tukar-tukar tempat pegi mcm ni mmg boleh jadi motivasi, terutama kalau pegi dengan rombongan cik kiah...meriah!

iza~de~bintang berkata...

cantik gambor2 kali ni..dah pandai pilih angle yang menarik yer :p

next time pegi lagi, banyak tempat yang takdan pi tu.

next time make sure dah ada camera compact dalam tangan, supaya makin bebas bereksperimen cari gambar comel2 :D

anyss berkata...

Iza: Timer kacih...bes ni kalau sifu yang puji la la la la (dah leh mula berlagak dah ni hu hu hu)

Tiap kali x sempat merayap semua tempat kat area pegi ni selalu je niat nak pegi lain kali jelajah sampai habis. Harap2 makbul...

Pinjam kamera leh? ;)

Tie berkata...

Wah... teringin sangat nak pergi. Belum ada rezeki laa...

Catwoman berkata...

Salam Anyss...

Wahhh, cantik gambar2 di sini.
Good job!!!


Thanks 4 coming to my blog ye.

;)

Cetusan berkata...

u pandai ekploitasi sinar dan air,

anyss berkata...

Tie: Panjang umur, murah rezeki, insyaAllah...akan sampai juga nanti.

Zyma: terima kasih :)

ZZ: buat takat yang termampu, maklumlah kamera tepon je. Tak banyak pilihan yang ada untuk eksperimen macam-macam. Telan liur je la nengok kamera orang nan canggih manggih ;)