Selasa, 29 Disember 2009

Bercerita Tentang Lagenda di Pulau Nan Indah

Hari Kedua.

Pagi-pagi dah bangun dan bersiap sedia untuk ke Porto Malai. Sarapan seawal 8 pagi, kemudiannya menunggu van yang kami sewa di lobi. Sambil menunggu, sambil borak. Terbabas juga anyam ketupat. Bercerita tentang macam-macam hal. Sebenarnya, hanya kali ini kami berkesempatan berkumpul sebegini. Kalau di pejabat, masing-masing terlompat sana sini dengan kerja sendiri. Hanya sempat ber”hai-hai” tiap kali selisih sahaja. Dah sekumpulan macam rombongan cik kiah ni, masa untuk berbual, gurau mesra dan berjenaka memang boleh dikatakan sepanjang hari (kecuali masa kerja). Masa sebeginilah baru boleh kenal mereka. Pepatah pun ada kata, “Nak kenal siapa temanmu, maka kenalilah dia semasa dalam perjalanan”. Dan pepatah itu punya kebenarannya berkali-kali.

Tengah kepoh berbual kosong di hadapan kaunter, mataku terpandang satu wajah yang hingga ke Padang Mahsyar pun aku tetap akan ingatinya. Dia yang angkut barang-barang dalam rumahku semasa aku “terkurung” di kampung untuk tempoh yang lama, dia yang cucuk setiap ahli keluargaku untuk menghukum aku dengan apa yang tidak pernah aku lakukan, dia yang mengada-adakan cerita tentang aku hingga cerita itu pergi sejauh ke Brunei. Dia yang berpura-pura baik di hadapanku, sedangkan hakikatnya...malas untuk aku sebutkan. Dan pagi itu, dia pandangku tanpa apa-apa reaksi seakan aku tak pernah wujud dalam hidupnya. Seakan-akan dia tidak pernah bersalah padaku. Dengan muka plastiknya. Aku pula, sedaya upaya cuba menahan rasa gelihati nak ketawa terbahak-bahak dengan lakonan plastik itu, hanya mampu tersenyum hingga disedari teman-teman yang lain. Senyum kagum. Teramat kagum dengan kelicikannya itu. Kalau begitulah sikapnya berterusan, sangat adil andai aku masih lagi tidak halalkan apa yang dia ambil dan maafkan apa yang pernah dia buat. Urusan dengannya di dunia telah selesai...di akhirat, belum tentu lagi. Maaf, kenyataan itu amat kasar bunyinya, namun aku bukanlah manusia hipokrit yang hanya lakonkan watak-watak suci sahaja. Aku sedar, sarjan setan masih berleluasa dalam diri ini. Jadi kawan-kawan, jangan ikut perangai tak senonoh aku ni ya...jadilah hamba Allah yang baik dan memaafkan (macam pelik je bunyi permintaan ini kan hu hu hu).


Penat tunggu. Penat borak. Acara di Porto Malai bermula jam 9 pagi, namun kami dapat van jam 10.30 pagi. “ingatkan datang shopping”, selamba badak aje abang bomba tu cakap bila kami katakan yang kami dah sangat lambat. Nak marah dah tak kuasa. Geram kalau dilayanpun makin keruhkan suasana. C60 yang dah nak runtuh itu terpaksa juga kami masuk walaupun tersumbat. Dah beritahu, kami 10 orang, namun katanya muat. Akhirnya bersumbat-sumbat macam sardin tanpa kuah. Dahlah ekonnya kena pakai yang original. Bukan tak ada, tapi tak rasa sejuk. Lagi lah panas bila berhimpit. Masing-masing lencun. Macam-macam bau ada walaupun memasing guna perfume mahal dari luar negeri.
Mula-mula kena hantar abang bomba tu dulu, baru ke Porto Malai. Namun, kami menuju ke utara, sepatutnya ke Barat. Dah berpuluh kilo meter lajak baru sedar. Akhirnya patah balik ke Kuah dan gerak ke Barat. Itupun setelah GPRS dapat capaian. Peta sahaja tak begitu membantu. Lagi pula terlalu ramai co-pilotnya. DJ yang jadi pilot pula terpaksa bersabar dengan kami yang macam-macam kerenah. Apapun, sepanjang jalan, gelak tawa tetap bersambung. Ada sahaja yang buatkan ketawa pecah. Stress memang tak ada kecuali dua orang yang memang tak mampu nak berdepan dengan rombongan cik kiah sebegitu. Maklumlah, orang dah kerja senang, hidup dan selesa, susah sikitlah nak terima keadaan sebegitu.

Jam 11.30 kami sampai di Porto Malai disambut Pengarah PPA sendiri dengan senyum sinisnya. Pertanyaannya “baru landing?” kami terima dengan senyum lebar. Dalam hati mahu je jawab “baru berlabuh”. Ketika berarak masuk dewan, semua mata memandang rombongan cik kiah, termasuk TNC yang tengah berucap di pentas utama. Tetiba saja glamour rombongan cik kiah.

Hari pertama di langkawi dan Porto Malai kami jalani dengan meriah. Serius, namun pada masa yang sama berbaur dengab senda gurau. Aku yang sebelumnya rasa sangat terpaksa untuk datang dengan tugas di pulau terpenuh lagenda ini, mula terasa lapang diri. Mula nikmati seadanya atur cara program dengan lenggang-lenggang kangkung. Nikmati pemandangan indah di teluk Porto Malai dengan dada lapang sekalipun tak sempat pun untuk menenangkan hati dan melapangkan minda, mencari saat sesuai untuk berfikir tentang kehidupan. Tiap saat ada sahaja pengisian yang dimanfaatkan. Rakaman foto yang dibuat juga sebenarnya dalam keadaan yang sangat tergesa dan terlompat ke sana sini. Hanya, aku agar berterima kasih dengan rakan-rakan serombongan cik kiah yang benar-benar memahami dan berikan peluang beberapa detik untuk rakaman tersebut. Mereka bagaikan tahu aku bukannya kaki shoping tegar, namun perakam gambar yang tegar.

Selesai acara di Porto Malai, kami berlabuh di Kuah mencari Laksa Penarak. Petang semalam aku pekena mi udang banjir dengan DJ yang makan Laksa penarak. Hari ini, rakan-rakan yang lain teringin sama, namun laksa di gerai tersebut dah habis. Kami pindah ke gerai lain namun rasanya tidak sehebat yang kami rasa semalam. Setelah hantar KM ke hotel (katanya penat, nak rehat), kami ke pekan Kuah. Ke kedai Haji Ismail yang terkenal itu. Aku hanya sempat beli minyak gamat (kiriman kakak dan KM). Rakan-rakan yang lain beli belah sakan walaupun taklah nampak teruja sangat.

Kami balik awal, jam 10 malam. Masing-masing perlu siapkan power point untuk tugasan siang esok. Semuanya kerja last minute sebab perasaan tidak sepenuhnya. Itulah jadi bila dipaksa. Sambil itu aku sempat juga online dengan Cik Bintang walaupun hanya 2 jam sahaja. Cukuplah. Dari jauhpun dia dah teman aku buat kerja. Kalau tak, bosan juga. Rakan sembang yang lain juga ada yang online, namun bukan selalu rasa nak borak. Ataupun, adakalanya rasa tak ada apa dah nak borak. Hanya tanya khabar, kalau diteruskan lagi pun, tiada apa yang nak dibualkan.

Malam pertama dah tidur lewat, hari ini mata agak berat sikit. Dahlah bangun awal, banyak guna tenaga, banyak jalan-jalan di Kuah, banyak juga juga minda. Penat semalam juga masih berlagu, jadinya kepenatan yang panjang itu mengundang kantuk lebihawal. Kalau tak, susah juga nak tidur bila pindah tempat. Letih juga ada penyakit macam ni.

Saat bersiap-siap nak menyorok dalam gebar, KM telefon. Nak ambil minyak gamat untuk urut kaki. Sebelum datang langkawi, dia ada bengkel di Port Dickson. Kakinya bengkak terjatuh di sana. Patutpun macam tak berminat saja pergi Kuah tadi.


Dia baru sahaja bangun untuk siapkan power pointnya. Nak urut kakinya sekali. Jari kakinya itu dah bengkak. Merah. Kalau dia beritahu awal-awal, pasti aku pinjamkan minyak urutku yang sentiasa ada dalam travel kit. Sentiasa sahaja aku bawa setiap kali travel ke mana-mana.
Berikut adalah gambar-gambar yang boleh dikongsi;



11 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

happy new year ... salam

p/s: org itu akan terima balasan...

iza~de~bintang berkata...

erm cantik pemandangan kat langkawi kan..guna henpon jer pun lawa, lepas ni lagi lawa lah gambar sedari huhuhu.. jeles nih.

tak sangka boleh terjumpa begitu kan. bukan semua org boleh cool jumpa org yang kucar-kacirkan hidup kita..salute lah kat sedari :)

azieazah berkata...

Mahal sungguh setiap detik perjalanan ANYSS... menilai diri sendiri, melihat ke dalam diri orang lain juga...

menghargai ciptaan ILAHI... mengabadikan di mata dan di hati..

betapa bersyukur menikmati peluang yang mungkin hanya tiba sekali...

*Benar, utk berceloteh saling mendengar, bukan semua orang mampu... Bukan semua sanggup menjadi rakan regu.. Tiada istilah buruk sangka, tetapi jika memiliki wpun hanya seorang teman yang sedia.. mendengar dan memahami... alangkah beruntungnya diri... kan?

anyss berkata...

Frodo: Wsalam. selamat tahun baru juga...moga tahun 2010 lebih berikan sinar dan perubahan positif dalam hidup. Moga 2010 akan menjadi lebih baik dari 2009 yang kian hampir ditinggalkan.

Balasan tetap akan diterima, hanya cepat atau lambat. Kalaupun saya tak mampu nak maafkan dia, saya sangat berharap moga dia cepat insaf dan berhenti lakukan perkara yang sama kepada orang lain. biarlah saya orang terakhir yang terima padah dari lalainya itu.

anyss berkata...

Cik Bintang: Kalau guna dslr lagi comel. Masih lagi simpan harapan untuk menikmati sepetang di Jeti rakamkan tiap detik senja yang labuhkan tirai itu. Jomm!!

Cool ke cold? Hu hu hu...tak cool pun sebenarnya, tapi bila semua dah berlalu, masa dah berganti...dah tak kuasa untuk kenangkan semua itu. Hanya rasa nak tengok saja sejauhmana dia sanggup tebalkan kulit mukanya itu. Itupun salah satu cara sarjan setan nak pesongkan hati manusia. Maknanya, masih belum berjaya sepenuhnya hadapi semua itu

anyss berkata...

Azieazah: Bila lama sikit hidup, banyak pengalaman yang kita kutip. pengalaman kak Azie kita ni lagi banyak berbanding saya kan? Dan, semua itu membentuk diri kita, mematangkan pemikiran. Harapnya, buatkan kita lebih bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah.

Yup...bukan mudah untuk jumpa orang yang benar-benar sudi menjadi teman. Kiranya ketemu, hargailah dia sebelum kehilangannya. Untuk itu...terima kasih Cik Bintang, sudi mewarnai malamku dengan kerlip sinar mu ;)

I'm Seri berkata...

Salams.

Indahnya view ni.

Banyak info dapat.

:)

Cetusan berkata...

lawa..ooo

anyss berkata...

ZZ: Ohhhhh kanda, Dinda ini memang lawa sejak azadiiiii (saje je nak pra-san lebih2 skit dengan ZZ hu hu hu)
Ni kira lawak ujung tahun lah ye ;)

Catwoman berkata...

Salam Anyss.....

Happy New Year 2010.
All the best....

;)

anyss berkata...

Zyma: Wsalam. Selamat Tahun Baru 2010 juga...moga2 tahun ini lebih baik dari tahun 2009. Selamat berjuang untuk dapatkan target ;)