Khamis, 5 November 2009

Tak Sengaja...Sowi!

Itu yang aku nak katakan, namun...lidah terkelu. Bukan mudah untuk minta maaf, apalagi untuk orang yang sedang seronok mengumpat kita ;)
Semalam, secara tak sengaja aku dah buatkan mak cik tukang sihir dan konco-konconya terpucat muka beberapa saat sebab terjahanku yang tak ada tokmakninah. Biasanya aku gunakan tangga lain, tapi semalam entah kenapa aku pusing guna tangga lain menyebabkan terserempak dengan mereka tengah menyanyam ketupat dengan rianya. Dan aku pula, dengan riang gumbira menyapa mereka. Sedar-sedar bila semua muka yang ada kat situ pucat tak berdarah, terkapa-kapa tak terkata dan menggelabah tahap biawak. Sinar mata mereka memberi aku jawapannya.
Kesiankan...tengah seronok anyam ketupat, orang yang anda umpat itu tetiba terjengul depan mata!

9 ulasan:

Dewi Tantri berkata...

nice..saya suka..

iza~de~bintang berkata...

Sian kat depa tu yer huhu.
Tapi maafkan jer lah depa tu.
Takkan hilang bisa ular yang menyusur akar ;)

dina berkata...

habis tu kau tak tarbiah sket tkang sihir tu nyss? kalau aku dah makan selipar saiz 8 dah makcik tu... wahahaha... kau ni baik sgt sampai bila nyss? kau nak biarkan makcik tukang sihir tu buat kau gitu? kau nak aku tlg sihirkan dia? hehehehee

anyss berkata...

Dewi Tantri: Terima kasih. Blog anda juga indah sekali ;) Sila berkung lagi lain waktu

Iza si bintang manis: Tu la pasal...kesian betul. Benda kecik je tu, x sampai meracun hati...hanya buatkan diri terfikirkan sesuatu. Memang kasihan! Lagi kasihan bila depa tak boleh bertentangan mata dalam bilik mesyuarat pagi ini...mmmm

Dina: Aku tau ko memang brutal, tapi kalau benda-bena kecil mcm tu, aku biarkan saja. Hanya menikmati berapa byk pahala yang aku dapat bila kena umpat hu hu hu.
Benda ni belum capai tahap untuk aku menyihir mereka semula atau doakan keburukan berlaku dalam hidup mereka.

Sepanjang hidup aku yang muda belia ni (baru 18 tahun 1 hari), aku pernah doakan keburukan kepada sorang je...itupun aku menyesal doakannya sebegitu walaupun aku memang maksudkannya begitu. Nak buat macam mana, aku bukan si malaikat hu hu hu.

Faarihin berkata...

Salam..

akhirnya.. org yang suka mengumpat tu mati kutu di situ.. tak suka dgn situasi ini.. sy pun pnah mengalami perkara cam ni gak.. kadang2 tak paham btul dgn org2 mcm ni.. kalau dia nmpk salah pada kita, nape dia tak tegur dpn2 aje.. kenapa mesti nak ckp blakang2.. hmm.. manusia2..

bnyk2anlah bersabar ye anyss

Cetusan berkata...

marah sangat kan>>kena HIdung

anyss berkata...

Faarihin: Itu jalan yang mereka pilih, kita memang tak dapat nak buat apa-apa. Moga2 cepatlah sedar kan...lagipun 2 antara mereka tu dah banyak kali pegi umrah, wat haji jugak. Sendrey mau ingatlaaaa (taruk iklan nabil skit)

ZZ: aikk...saya ada marah ke? Tak marahlahhhh jatuh chenta je hu hu hu

Cetusan berkata...

mahal pergi haji, tapi wajar pergi haji sebagai border tak nak nakal...

dan tak boleh tak terbuat nakal...dah pergi haji tak diterima sama macam melancong oleh itu jika pergi masih sama berbanding sebelum pergi anggap jer belum pergi..pergi tak pergi tak pergi

anyss berkata...

ZZ: nilai "mahal" haji itu berbeza bagi tiap orang...