Jumaat, 31 Julai 2009

Kota Kinabalu Lagi 1

Jumaat, 24 Julai 2009.

Bangun dengan malas. Kalau boleh nak tarik selimut lagi. Walaupun acara bermula 7.30 pagi di UMS, jam 8.00 pagi baru aku siap mandi dengan terhegeh-hegeh dan seterika baju. Dah lama tak pakai baju kebangsaan hu hu hu...nasib baik muat lagi!

Jam 8.30 pagi bermalas-malas sabaran pagi dan ke UMS. Masa sampai, orang lain dah lama masuk dewan kerana ucaputama Pal dekan sedang berlangsung. Duduk 5 minit, namaku disebut-sebut Pak Dekan. Nasib baik tak ada orang kenal (agak akulah. Aku ni pun bukannya glamer macam Mawi atau Mawas hu hu hu).


Hari ni dapat kawan baru, Ros Aniza berasal dari Kuala Lipis. Dah dua tahun dia kerja di UMS, 4 tahun kerja di Sabah. Suaminya juga. Peramah orangnya. Walaupun baru kenal tiga empat saat lepas, rasa macam kenal dah bertahun.

Tengahari, melencong ke Pasar Filipina walaupun orang lain masih tercongok dengar pembentangan (Jahat tak aku? Pergi melencong..nak kata melancong pun tak jugak kan?). Bbeli kuih cincin, rantai tangan untuk Dina (tetiba terjumpa FM yang cantik-cantik....terus je beli walaupun call Dina tak dapat untuk tanya dia nak ke tidaknya benda alah ni. Kalau ko tak nak, Dina...rasanya aku dah mula boleh kumpul benda ni kot! Mana-mana aku pergi boleh jumpa sedangkan sebelum ni aku tak tau pun benda ni banyak dibuat dalam dunia yang luas terbentang ni...hu hu hu) dan Broach untuk Jieda.

Sebelum ni tak pernah tanya pun harga mutiara atau apa-apa yang dijual kat situ kecuali ikan dan udang masin. Sebabnya...memang tak minat nak beli (perempuan jenis apa ntah aku ni, tak suka sangat benda-benda macam tu). Namun, bila Dina dan Jieda dah kirim, barulah tahu memang susah nak tawar harga hingga separuh walaupun kita tahu formulanya begitu (terutama bila barang yang kita nak beli tu jenis yang murah. Dapat tawar harga seringgit pun dah patut syukor. Kalau yang harga mahal tu, masih boleh turun harga walaupun bagi aku masih agak mahal. Rantai tangan mutiara untuk Dina aku hanya mampu tawar RM5 je (Penat pujuk, bah! Dah banyak kali sebut bah! Bah! Bah! Pun masih lagi tak dapat turun banyak, bah!) nasib baik tak banjir je. Harapnya Dina puas hati.

Jieda kirim broach. Kalau yang biasa tu (kristal) ada jugak yang kurang dari RM20, namun bila sebut nak yang ada mutiara...(bila tengok, memang cantik-cantik ...tapi harganya pun turut cantik, bah! Berapa banyak bah daaaaa....). paling murah aku boleh dapat RM30 (masa cakap dengan Jieda Isnin ari tu, aku lupa lak, bagi tau dia harganya RM25 pulak. RM25 tu tempat simpan sudu yang adik aku kirim. Mmmm tu la...lain kali terima lagi bebanyak kiriman!) Ampun, Jieda! Pusing satu pasar cari yang harganya kurang dari tu, tapi memang tak dapat. Kristal dapatlah. Kalau ko tak nak pun tak apa, nanti aku buka meja kat opis (macamlah banyak bebenornya aku beli, empat je pun. Kalau ko tak jadi ambik pun tak apa, mesti orang kat opis aku jerit-jerit marah sebab beli 4 je. Ramai yang akan sambar untuk pakai raya nanti (aku pun tetiba rasa berkenan pulak nak pakai untuk raya. Entah macam mana aku lupa yang raya tak lama lagi. Kalau aku pakai sorang je, mesti anak beranak, adik beradik, mak dan kakak ipar aku kutuk tahap dewa punya sebab tak beli untuk dia orang. Nak selamat, tak payah ler aku ambik!). Jangan paksa diri untuk ambik ya, Jieda. Hanya...Jieda diberi keutamaan untuk pilih sebab dia yang kirim. Nanti aku akan send gambar 4 benda alah tu melalui emel. Dah Jieda buat keputusan, baru boleh lelong untuk orang lain hu hu hu...ada gaya macam orang buat bisnes tak?

Hari tu aku jumpa satu benda menarik kat pasar pilipin tu. Ada satu beg gantung katak. Aku ni kan peminat katak hijau....so, tangan ni gatal je pergi belek. Ros kata tu katak betul. Aku memang tak percaya. Manalah tahu dia saja je nak usik kan? Tapi bila adik yang jual tu kata memang katal betul...mak aiiiiii nasib baik aku tak termuntah kat situ. Dia orang hanya tambah tali sangkutnya dan juga zip. Selebihnya adalah badan katak itu sendiri.

Malamnya hadiri makan malam di Shangri-La Tanjung Aru resort & Spa (STAR). Betul-betul tepi pantai tapi, dah malam buta, manalah nak nampak. Hidangan malam ni stail Cina. Oklah tu kan.....aku kan memang gila masakan cina. Duduk pula semeja dengan pasangan cina dari UPM. Meja tu dikhaskan untuk UKM dan UPM sebenarnya (dari UKM aku sorang je perempuan), namun yang datang tu hanya aku dan pasangan dari UPM itu aje. Ros temankan aku kat meja tu. Pasangan UPM itu pula tarik anak-anak buahnya dari UPM. Jadinya, hanya aku dan Ros saja Melayu.


Nak meriahkan meja tu, aku buat2 je lah belajar makan dengan chopstik. Beria-rialah dia orang tu mengajar aku makan. Ros memang awal-awal lagi dah tarik bendera putih. Aku pula memanglah tak hebat sangat guna buluh tu, tapi takat nak berlakun tu kira masih boleh lagi. Itupun kalau terdesak sangat. Tak lah memalukan sangat kalau satu hari aku terpaksa berkampung di Yunan (tempat impian aku nak pergi sebelum mati selepas pegi Mekah dan Swiz) yang tak ada sudu dan garpu tu...bolehlah lagikan.

Masa aku sampai dan masuk dewan makan tu, acara makan dah mula hidangan pertama. Duduk je terus makan hu hu hu... Lebih kurang jam 9.30 malam baru Menteri Pelancongan Sabah sampai dan ucapan dimulakan. Aku memang tabik spring dengan pihak pengurusan dan Pak Menteri yang sporting sebegitu. Selalunya, kalau Pak Menteri belum sampai, acara makan tak akan dimulakan. Kali ni, makan dah nak habis baru menteri sampai. Kira oklah jugak macam tu. Pak menteri pun kenalah faham yang orang tunggu dia ni pun kebuloq juga kan. Dah dia yang lambat, janganlah pula dok dera orang lain untuk tunggu dia.


Aku pernah hadiri satu majlis makan malam amal kat Hotel Sunway awal tahun 2002 dulu. Dahlah kita orang kena bertolak jam 6 petang sebab nak elak jem, terlari-lari untuk solat maghrib, kenalah pulak tunggu Perdana Menteri pulak datang. Perdana Menteri pulak datang dengan lemah gemalainya pada jam 9.30 malam, ucapan pulak panjang-panjang padahal tak ada siapa pun nak dengar sebab semuanya dah kebuloq dan makan dimulakan pada jam 10 malam. Makan malam ke makan tengah malam tu? Aku dah nak pengsan dengan pedih perut. Nasib baikbawak bekal biskut dalam handbeg (sebab tu lah handbeg perempuan kena besar, boleh sumbat biskut, roti dan botol air mineral hu hu hu).

Di sebabkan meja aku kat belakang sekali, jadi acara di pentas taklah nampak sangat. Kena benarlah dengan acara belajar makan guna chopstik dan menghayati hidangan sepenuhnya. Di pentas kami dihidangkan dengan bacaan puisi yang menari, nyanyian lagu-lagu oleh pelajar UMS seperti lagu “Yang Sebenarnya”, lagu-lagu 60-an, lagu dangdut dan lagu rakyat serta tarian kadazan-dusun. Kami juga dihiburkan dengan tiupan saksofon, gesekan celo (macam pergi korea pulak aku!) dan tiupan sampolin. Tak ketinggalan juga nyanyian lagu klasik yang diperdengarkan oleh Pak dekan yang bersuara saprano. Ala-ala Broery Marantika gitu! Baliknya, terus online. Gian bah! Malangnya lupa nak bawa kabel telefon. Kalau tak dah boleh upload gambar.

4 ulasan:

dina berkata...

lor, sori nyss, kau kol aku tak dpt ek... hp aku memang buat perangai gile..huhuhu... kau beli ye gelang mutiara tu, kalau ada lebih bg jek kat aku... hehehe... kuih cincin ada ek? bila aku leh amek ni?

pengalaman kau kat sana memang betul2 menterujakan... apesal kau punya impian sama dgn aku -nak pegi Yunan-? aku memang teringin nak pegi sana start aku tengok VCD memancing laki aku. Diorang mancing kat satu tempat di Yunan, pemandangan di sana sangat cantik... huhuhu

Unknown berkata...

Ingat nak ke KK cuti pjg sekolah bulan 12 nanti (lepas SPM anak). Berbaloi tak ke KK? Apa yg best?

anyss berkata...

Dina: Gelang mutiara tu memang untuk ko. Lengan aku sesuai pakai emas 916 je hu hu hu

Kuih cincin ada, FM jugak ada. Ko boleh landing bila-bila masa je tapi sms dulu, kot2 aku tetiba terdating dengan sesape lak masa tu. Wat penat je ko bazir tenaga dan masa lak...

Aku nak pegi Yunan sebab: buminya belum tercemar dan penduduknya bermata sepet hu hu hu. Aku kan suka chinese look, so, kat sana kira macam dikelilingi jejaka ensem la tu hu hu hu

anyss berkata...

Pencinta Pantai bersih: Berbaloi-baloi pergi KK bagi yang mencintai alam. Boleh pergi pulau2nya yang indah, nyelam tengok dugong (opssss! salah!), ikan-ikan, batu karang, mancing. Boleh panjat gunung kinabalu (impian yang blm tercapai lagi ni...), boleh pergi taman negara dll. Banyak sangat tempat2 menarik di Sabah, kalau ada masa seminggu tu, belum tentu sempat jelajah semua. Pergi ramai-ramai memang best.

kalau nak pergi dengan kos yang lebih murah, berhubung terus dengan sabah tourism, dia orang boleh bantu dapatkan chalet, sewa kereta dan maklumat lain.

Nak ikuttt jugakkkk!!!!