Wahhhhh, terkejut Kanggaroo sekejab aku masa tengok
entri Mazidul
seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun (maklumat awal)
[malamnya dalam Buletin Utama di TV3 dikatakan 10 tahun]
dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dalam rumahnya sendiri
di lorong Raja Muda Musa 6, Kampung Baru Kuala Lumpur.
masa entri itu ditulis dalam jam 1.24 tengahari tu
dah dua jam drama mendebarkan tu berlaku
jadi sepanjang masa, aku asyik dok terjun masuk blog
dia
nak tengok perkembangan terkini tapi hampa
akhirnya blog Ondscene siarkan entri ringkas tentang
hal ni
itupun dah lewat petang sangat dengan berita ringkas
mengatakan
kanak-kanak berkenaan telah dibebaskan.
Alhamdulillah kanak-kanak perempuan itu selamat
setelah menjadi tebusan
selama lebih kurang 6 jam
lelaki yang menebus kanak-kanak ini ditembak dirusuk kiri
dan meninggal dunia di hospital
tak boleh bayangkan trauma yang
bakal anak itu depani nanti
untuk berita lanjut sama-samalah kita tengok Berita utama malam nanti
aku dapat gambar berikut dari Berita Harian
untuk dikongsikan bersama:
tak sabar nak tengok gambar-gambar dan cerita kat
Ondscene
6 ulasan:
alhamdullilah...
syukur...
macam2 jenayah kian berlaku, dalam rumah sendiri pun tak selamat..
k.ayu nantikan entry kamu ya annys..
Salam,
Bersyukur, selamat anak ini.
masa kat menara kl aku teropong nampak ambulan kat area situ, tak tahulak kes ni rupanya
Kak Ayu: Itulah. Nak tidur lena pun payah sekarang ni...rasanya kita cepat mati sebab risau kot ;)
LF: Alhamdulillah...memang cekap pihak berkuasa kita. Kalau ikutkan laporan ondscene, peluang untuk berjaya sangat tipis. 6 jam b ukan tempoh yang sekejab tu...ahli keluarga dah sah rasa macam nak pengsan je.
Tahniah kepada pihak berkuasa kita yang cekap bertindak.
caluk: hu hu hu bukan ko teropong ke Bangi ke? Macam mana boleh tersasar situ pulak? la la la
Kalau tau, mestilah ko dah teropong dekat2 sampai tembus masuk dlm bilik tempat budak tu kena tahan kan? ----> errrr teropong tu boleh tembus macam tu ke?
Catat Ulasan