Khamis, 27 Oktober 2011

Deepavali di Ekspo Buku Islami Bersama Pak Latip

bila Cik Bintang merengek-rengek manja
hentak kaki dan gulingkan diri di lantai
menggoda merayu memujuk untuk ikuti Bedah Buku Pak Latip
di KL Sentral pada tengahari Deepavali semalam,
aku memang tak tahan telinga mendengar
Choppppp! semua tu hanyalah palsu!
rekaan aku semata-mata, yang betulnya
Cik bintang ajak ke Bedah Buku tersebut
tak banyak songeh, aku terus sahaja setuju
yang sebenarnya akupun teruja sama hu hu hu 

kagum tak? hari pertama lagi kami dah serbu
beli belah sakan walaupun kemarau panjang melanda poket
buku punya pasal, lupakan dulu ayam KFC yang garing itu
Ekspo ini bermula 26 Oktober 2011 hingga 1 November 2011
bertempat: Aras 2 KL Sentral (ruang legar)

Acara Bedah Karya

Abdul Latip Talib dan Ustaz Zahiruddin Zabidi

setiap buku yang dibeli dapat diskaun 10 peratus
beberapa judul buku dan novel juga dilelong
dengan harga diskaun 50 peratus
bicara buku @ bedah buku hari ini pula bersama Pak Latip
@ Abdul Latip Talib yang popular dengan menulis buku-buku berbentuk sejarah
sangat prolifik menulis,
tahun lepas hasilkan 12 buah buku setahun
Fuyooooooooooooo sebuah buku ditulis untuk sebulan
biarrrr betul! dan pendapatan tahunannya ratusan ribu
siapa kata menulis tak boleh jadi kaya?


Pak Latip @ Abdul Latip Talib: Aku kagumi semangat wajanya! Gambar oleh Cik Bintang

Acara Bedah Buku mendapat sambutan

Sebahagian pengunjung

Pembaca cilik ; sebahagian besar buku Pak Latip dibaca anak berusia 11 tahun ini.
Kepada penggemar buku, 
pembaca novel, pencinta ilmu 
bolehlah bertandang ke Ekspo Buku Islami berkenaan di KL Sentral 
takat bawa duit barang seguni dua tu 
semuanya boleh lebuh dengan cepat di sini 
huh! kan senang kalau aku kaya 
sekali dengan kilang buku aku beli la la la

2 ulasan:

terokai seni berkata...

alahai kalo dekat nak gak g

bajet buku pon dah abih sebab borong kat dbp itu ari...

anyss berkata...

cemomoi: gagahkan juga diri pergi walaupun bajet mmg tak ada, lastly sebat jugak 2 biji hu hu hu itulah masalahnya. Dah keringpun lagi mau beli, nasib baik suka soping buku...kalau suka soping benda lain, lagi parah