Anda Juga Mungkin Berkenan

Jumaat, 26 Ogos 2011

Meruku Raya Untuk Mek




Hu hu hu touching tak tajuk?
macam tajuk cerpen pulak dah...ataupun tajuk drama
untuk slot Hari Raya kat TV la la la

Ahad lepas, hari terakhir untuk acara mewangikan rumah
goreng gorengan maruku hingga satu taman tak selesa hidung
walaupun hingga semalam
tempahan nak kan maruku tetap masuk
namun, terpaksa ditolak
maruku dibuat berdasarkan permintaan (order)
lebihnya hanya 1kg sahaja (2 pack)
untuk kami bawa balik kampung halaman
Mek pun nak juga rasa maruku hasil air tangan anakanda terchenta
tak gitu?

Jadinya, maaflah...permintaan tak mampu dipenuhi
kuali dah basuh dah kilat-kilat gantung kat dinding
tak boleh bersilat buat maruku lagi
Tapi, kalau nak juga kerepek
masih boleh dipertimbangkan mengikut stok
hingga entri ini ditulis, dah tak banyak lagi stok yang tinggal
itupun kami gatal tangan juga ambil stok lebih
untuk permintaan “terjun tergempar” kalau-kalau ada
dan memang adapun permintaan sebegitu.

Adik sendiri, sms pagi-pagi benar hari Rabu lepas
buat pesanan untuk kakak iparnya.
asalnya, mereka nak beli sendiri di kilang
murah sikit kan, kos pengangkutan tanggung sendiri
kemudian pakat ramai-ramai beli bundel untuk dikongsi
namun, tak terjangka pula
bila jelajah beberapa buah kilang kerepek
yang ada hanya rak kosong
dengan kerepek tempahan sahaja

Nak beraya dengan apa? Sekerat kerepek pun tak ada
nasib baik biras dia ni jual kerepek dan meruku
nasib baik juga kami gatai tangan beli stok lebih
kalau tak, jenuh kena jelajah Chow Kit cari kerepek
memanglah banyak, namun harganyapun tinggi juga
kalau beli dengan biras dia ni
tak ada diskaun juta-juta pun masih lagi ada hadiah kerepek lain sebungkus dua
penghantaran pula hingga ke rumah
di kampung halaman: jauhhhhhhhh tu...hampir 500km
haaaaaaa sape sanggup buat?

Rakan pejabatpun ada yang buat permintaan minit-minit terakhir juga
sambil ketawa katanya “Lupa lah minggu depan dah raya...
Ingatkan dua minggu lagi”
nasib baik comel je dia ketawa
nasib baik juga masih ada stok untuk tempahannya waktu tu
kalau tak, memang dapat serdak ajelah
Itupun boleh ambil hari Jumaat
kena tunggu Cik Bintang mendarat di Bangi
dari kayangan

Tahun ni, Mek dapat merasa maruku anakanda dia buat
dah tau dah apa yang akan dia komen:
Tak manih (manis) la la la
maruku mana ada yang manis, Mek!



PsssT: Patutnya ada gambar meruku tu...tapi, 
dah penat goyang meruku hingga tergoyang satu badan, 
lupa pulak nak snap barang sekeping dua hu hu hu 

PsssT: hari ni berbuka di Semenyih. Esok pagi-pagi bertolak dari sana
Ohhhh Kelate negeriku tercinta
daku kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Opsssss! belum lagilah. Esok!
Esok tau! Esok...
Kenapalah jam ni lambat sangat gerak jarumnya
bateri dah nak habis ek?

2 ulasan:

eelobor berkata...

buat video pendek la....mesti taccim, ghama hok soksek soksek


saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut lebaran, ampun dan maaf jika sekiranya ada komen saya sebelum ini yang boleh mengguriskan hati anyss.

anyss berkata...

Eelobor: mek tak reti nak tengok webcam segala, dulu dia skolah Rakyat je hu hu huhu

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin hak mano dok bekok sloro slama kenin