Hu hu hu touching tak tajuk?
macam tajuk cerpen pulak
dah...ataupun tajuk drama
untuk slot Hari Raya kat TV la la la
Ahad lepas, hari terakhir untuk acara
mewangikan rumah
goreng gorengan maruku hingga satu
taman tak selesa hidung
walaupun hingga semalam
tempahan nak kan maruku tetap masuk
namun, terpaksa ditolak
maruku dibuat berdasarkan permintaan
(order)
lebihnya hanya 1kg sahaja (2 pack)
untuk kami bawa balik kampung halaman
Mek pun nak juga rasa maruku hasil
air tangan anakanda terchenta
tak gitu?
Jadinya, maaflah...permintaan tak
mampu dipenuhi
kuali dah basuh dah kilat-kilat
gantung kat dinding
tak boleh bersilat buat maruku lagi
Tapi, kalau nak juga kerepek
masih boleh dipertimbangkan mengikut
stok
hingga entri ini ditulis, dah tak
banyak lagi stok yang tinggal
itupun kami gatal tangan juga ambil
stok lebih
untuk permintaan “terjun tergempar”
kalau-kalau ada
dan memang adapun permintaan
sebegitu.
Adik sendiri, sms pagi-pagi benar hari Rabu lepas
buat pesanan untuk kakak iparnya.
asalnya, mereka nak beli sendiri di kilang
murah sikit kan, kos pengangkutan
tanggung sendiri
kemudian pakat ramai-ramai beli
bundel untuk dikongsi
namun, tak terjangka pula
bila jelajah beberapa buah kilang
kerepek
yang ada hanya rak kosong
dengan kerepek tempahan sahaja
Nak beraya dengan apa? Sekerat
kerepek pun tak ada
nasib baik biras dia ni jual kerepek
dan meruku
nasib baik juga kami gatai tangan
beli stok lebih
kalau tak, jenuh kena jelajah Chow
Kit cari kerepek
memanglah banyak, namun harganyapun
tinggi juga
kalau beli dengan biras dia ni
tak ada diskaun juta-juta pun masih
lagi ada hadiah kerepek lain sebungkus dua
penghantaran pula hingga ke rumah
di kampung halaman: jauhhhhhhhh
tu...hampir 500km
haaaaaaa sape sanggup buat?
Rakan pejabatpun ada yang buat permintaan
minit-minit terakhir juga
sambil ketawa katanya “Lupa lah
minggu depan dah raya...
Ingatkan dua minggu lagi”
nasib baik comel je dia ketawa
nasib baik juga masih ada stok untuk
tempahannya waktu tu
kalau tak, memang dapat serdak ajelah
Itupun boleh ambil hari Jumaat
kena tunggu Cik Bintang mendarat di Bangi
dari kayangan
Tahun ni, Mek dapat merasa maruku
anakanda dia buat
dah tau dah apa yang akan dia komen:
Tak manih (manis) la la la
maruku mana ada yang manis, Mek!
PsssT: Patutnya ada gambar meruku
tu...tapi,
dah penat goyang meruku hingga tergoyang satu badan,
lupa pulak nak
snap barang sekeping dua hu hu hu
PsssT: hari ni berbuka di Semenyih. Esok pagi-pagi bertolak dari sana
Ohhhh Kelate negeriku tercinta
daku kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Opsssss! belum lagilah. Esok!
Esok tau! Esok...
Kenapalah jam ni lambat sangat gerak jarumnya
bateri dah nak habis ek?