Dalam Program Cinta Ilmu.
Antara intipati;
• Perelokkan/baguskan kain kapan.
• Kata-kata kubur kepada mayat
• Himpitan kubur; saat bin Muas hanya mendapat sekali himpitan kubur.
Selasa, 28 November 2017
Jumaat, 24 November 2017
Kisah Mat Dan Memeluk Agama Islam
Kisah Mat Dan aku mula ambik pot bila viral kisah seorang mat saleh di pulau kapas dok cakak Ganu. Masa tu dia selebek jer, rambut panjang baju pong dok paka huhuhuhu.
IKAN SINGGANG OST MAT DAN KAKI JALAN
Lagu “Ikan Singgang” dan “Mok oh Mok” nyanyian dan lirik Naquib menjadi lagu tema Ost bagi rancangan Mat Dan Kaki Jalan. Sebelum ni ambo tak pernah tahu pun wujudnya lagu sedak nih, bila wujud rancangan Mat Dan Kaki Jalan, barulah ambo dok cari lagu gerbendanya hok sedak sangat tuh huhuhuhuhu ingatkan Mat Dan sendiri yang nyanyi. Rupanya lagu ni dah lama wujud.
Bila Mat Dan dah hensem, peluk Islam dan jadi host dalam rancangan Mat Dan Kaki Jalan, aku mula ikut perkembangan dia semula. Maklonglah dah hensem kan huhuhuhu adoi laaaa macam jujur benar pulak aku tulis.
Aku dah ikuti perkongsian pengalamannya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam dan kehidupannya dalam masyarakat Melayu. Bila Allah nak bagi hidayah, perancanganNya itu sangat menarik.
Kisah Mat Dan Memeluk Agama Islam Buat Ramai Terharu
Jom ikuti jugak cerita Mat Dan tentang puasa dan raya yang dijalaninya;
Pengalaman MAT DAN Berpuasa & Berhari Raya
Tetiba je Mat Dan dah jadi retis kan?
Rabu, 22 November 2017
Parodi Lagu Minyak Naik Lagi
Orang Malaysia ni kreatif. Berbakat. Berseni. Cumanya semua nilai itu muncul bila terdesak je selain pembuatan mortar dan bom pada musim perayaan. Huhuhu jangan kecam ambo
Jom kita dengar beberapa lagu merdu fasal kenaikan harga minyak huhuhuhu
Aiman Tino Versi Petrol Naik
Yang ni tangkap leleh zaman ambo dok berjiwang masa naik bas nak pergi sekolah dulu-dulu huhuhuhu
Sekelip Mata Kau Naikkan Harga Barang (PARODI)
Banyak lagi lagu-lagu sebegini. Banyak jugak lagu Tak Tun Tuang punnnn hu huhuhu
TAK TUN TUANG
Merdu tak? Kannnnnnnwalaupun lagunya pasal tak mandi ha ha ha
Lagu tak tun tuang ni paling banyak fasal harga minyak naik huhuhuhu macam sedap pulak di dengar huhuhuhuhu
Selasa, 21 November 2017
Video Pertunangan Shila Amzah & Haris Elias
Shila Amzah dah bertunang. Berikut video majlis pertunangan Shila Amzah;
Hebat kan?
Dia memang kerja keras dan ambil masa yang lama untuk berada pada tahap ni. Semoga jadi bintang dunia, Shila Amzah.
Manisnyaaaaaa, bersemut!
Jangan kena diabetes sudah laaaaa!
Orang tengah bahagia, lagu pun bestlah kan. Tapi, masa tengah kechiwa pun lagu dia best jugakkk huhuhuhuhu adoi laaa entah apa-apalah aku tulis ni? Jom dengar lagu terkini Shila Amzah, Falling In Love With You.
FALLING IN LOVE WITH YOU – Shila Amzah
Hebat kan?
Dia memang kerja keras dan ambil masa yang lama untuk berada pada tahap ni. Semoga jadi bintang dunia, Shila Amzah.
Jumaat, 17 November 2017
Dia Aje Betulnyaaaaa
17.11.17
Kita ni (ambo ler tuh!), kerap sangat menuntut orang berbuat sesuatu mengikut ingin kita sendiri.
Apa yang kita buat, boleh aje…tak apa aje. Bila orang lain buat kita merungut menyampah. Orang tampal makanan sedap di FB kita kata dia menunjuk, tiba masanya kita pula letak, alasannya... perkongsian maklumat. Orang tak bagi signal di jalanraya, kita menyumpah. Masa kita tak bagi signal, bermacam alasan ada untuk halalkan tindakan sendiri.
Pendek kata…salah orang sahaja kita nampak. Kurang orang sahaja kita tilik. Hal orang aje kita kecam.
Bila orang TIDAK berbuat seperti apa kita nak, maka kita kecam. Kita kata. Kita kritik. Padahal, pernahkah bertanya pada diri sendiri apa yang kita buat tu menyenangkan orang ke tak?
Pernah fikir tak masa kita letak gambar merenyeh moncong-moncong itik di wall, mata orang lain tahan tengok tak? Sopan tak gitu? Bila orang swafoto nampak tersengih-sengih terus kita komen dia menggedik menggatal. Terus kita melazer bermulut puaka ketaksopanan orang. Serba serbi salah. Serba serbi tak kena. Mulalah keluar tazkirah fasal adab adat budaya bagai.
Selingan: Lagu rakyat negeri Ganu... Ayun Buai Kokek
Pernah tak muhasabah diri sekejab dan bertanya mengapa perangai tak semenggah kita orang diamkan aje. Dia tak nak kecam ke? Dia tak nak tegur ke? Atau sebenarnya dia sedang jaga air muka kita yang mudah sentap?
Yang aku sentap pada tarikh yang cantik ni apahal pulak? Adoi laaaaa....dah alang-alang TERpanjang buat status di FB, terus masuk blog ajelah kasi halau segala hantu jin puaka menetap tang sini hu huhuhu
#TakzirahPadaTarikhCantik
Langgan:
Catatan (Atom)