Jumaat, 17 November 2017

Dia Aje Betulnyaaaaa

17.11.17

Kita ni (ambo ler tuh!), kerap sangat menuntut orang berbuat sesuatu mengikut ingin kita sendiri. 

Apa yang kita buat, boleh aje…tak apa aje. Bila orang lain buat kita merungut menyampah. Orang tampal makanan sedap di FB kita kata dia menunjuk, tiba masanya kita pula letak, alasannya... perkongsian maklumat. Orang tak bagi signal di jalanraya, kita menyumpah. Masa kita tak bagi signal, bermacam alasan ada untuk halalkan tindakan sendiri.

Pendek kata…salah orang sahaja kita nampak. Kurang orang sahaja kita tilik. Hal orang aje kita kecam.

Bila orang TIDAK berbuat seperti apa kita nak, maka kita kecam. Kita kata. Kita kritik. Padahal, pernahkah bertanya pada diri sendiri apa yang kita buat tu menyenangkan orang ke tak? 

Pernah fikir tak masa kita letak gambar merenyeh moncong-moncong itik di wall, mata orang lain tahan tengok tak? Sopan tak gitu? Bila orang swafoto nampak tersengih-sengih terus kita komen dia menggedik menggatal. Terus kita melazer bermulut puaka ketaksopanan orang. Serba serbi salah. Serba serbi tak kena. Mulalah keluar tazkirah fasal adab adat budaya bagai. 

Selingan: Lagu rakyat negeri Ganu... Ayun Buai Kokek



Pernah tak muhasabah diri sekejab dan bertanya mengapa perangai tak semenggah kita orang diamkan aje. Dia tak nak kecam ke? Dia tak nak tegur ke? Atau sebenarnya dia sedang jaga air muka kita yang mudah sentap?

Yang aku sentap pada tarikh yang cantik ni apahal pulak? Adoi laaaaa....dah alang-alang TERpanjang buat status di FB, terus masuk blog ajelah kasi halau segala hantu jin puaka menetap tang sini hu huhuhu 

#TakzirahPadaTarikhCantik

1 ulasan: