Jumaat, 23 Oktober 2015

Intisari Bajet 2016

Petang ni PM bentang Bajet 2016. Mungkin ramai yang tak teruja manapun nak dengar, tetapi aku tetap juga nak hadap TV sambil kemas sepahan depan TV yang dah macam kandang kuda tu. Sebabnya hanya satu: sejauhmana Bajet 2016 memenuhi keperluan rakyat selepas pelaksanaan GST. Harapnya reaksi aku terhadap Bajet 2016 didengari orang kerajaan walaupun bukan penting sangat bagi mereka yang mendapat rawatan berinsuran di hospital swasta.

Tetiba aku terkagum bila nengok ni di telefon;


Sebenarnya lagi terbelik mata bila tengok di komputer, sebegini;


Syok sendiri kejab huhuhuhu

Apa yang aku catatkan di sini hanya apa yang ada kaitan dengan hidup aku sahaja. Ada juga yang tak catatpun bila dah TERmalas sikit. Berikut adalah intisari Bajet 2016 seperti yang dibentang oleh PM Najib Razak bermula jam 4 petang ini;

1. 5 buah hospital baru akan dibina, tetapi tidak dinyatakan kat mana. Ke aku terlepas dengar? Bangi lahhhhh!!! Bangi yaaaa! Hospital Kajang pula akan dinaik taraf. Sila naik taraf cepat, sesak bebenornya hospital Kajang tu. [di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan pasir Gudang].
2. Lebuh raya PAN Borneo tak ada tol. JELES okeh!!!
3. BR1M diteruskan dan jumlahnya dinaikkan dengan menambah kategori E-kaseh, RM1050 (pendapatan kurang RM40K setahun). Pendapatan isi rumah kurang RM3K mendapat RM seribu (sebelum ini RM950), Pendapatan isi rumah antara RM3001 hingga RM4K, dapat RM800 (sebelum ini RM750), individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2 ribu mendapat RM400 (sebelum ini RM350).
4. Untuk penjawat awam: faedah perpindahan gred gaji sebanyak satu kenaikan, tambahbaik 252 skim perkhidmatan, gaji permulaan terendah adalah RM1200 sebulan, kadar minimum pencen adalah RM950 sebulan dengan jangka masa perkhidmatan sekurang-kurangnya 25 tahun dan lantikan tetap pegawai kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun. Berkuatkuasa 1 Julai 2016.
5. Perberian khas kepada semua penjawat awam sebanyak RM500, manakala bagi pesara sebanyak RM250, dibayar pada Januari 2016. 
6. Anak-anak dapat pengecualian cukai menyara ibu bapa, masing-masing RM1500 (untuk setiap orang ibu dan bapa), dengan syarat pendapatan ibu bapa kurang RM1500 dan berumur 60 tahun ke atas. Alhamdulillah. Cuba mekanismanya macam mana?Yang ni aku sokong. Dah lama impikan benda ni. Kita bukannya anak buluh betung tadak mak bapak, ye dak?

7. Kerajaan akan membina: 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, 4 buah MRSM di Sik, Kedah, serta Ketereh & Tanah Merah, Kelantan, Bagan Datoh, Perak; dan 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah, Segamat dan Ledang di Johor dan Jerantut, Pahang. Boucer buku juga masih dikekalkan sebanyak RM250.



download Teks penuh ucapan Bajet 2016

Tak nak komen apa-apa. Sakit kepala bau asap. Dah habis bentang bajet, lagi sakit kepala. aduhhhh laaaa!!!


Terlebih Anggota Badan

Syukurilah Allah dah bagi kita dengan sempurna sifat walaupun selalunya kita ni selalu sahaja tak puas hati dengan diri sendiri. Yang kulit gelap, nak merasa jadi putih, yang rendah nak merasa jadi tinggi, yang badan besar dok mengidamkan nak kecilkan badan.

Cer kita tengok mereka ni, apalah perasaan mereka bila mempunyai lebihan anggota badan berbanding kita;



Insaf sekejab. Syukurlah dengan apa yang ada. Walaupun ambo ni tak putih melepak paling kurang manis juga dipandang. Walaupun ambo ni tak macam model, paling tidak tak adalah buruk sangat hingga terasa malu nak keluar rumah.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Berdepan dengan Ujian

Sekarang ni, aku tengah gila dengar ceramah-ceramah Ustaz Badli Shah. Ada banyak perkara yang buatkan kuliah santainya itu menarik. Kalau Ustaz Kazim Elias (DUKE) suka menyanyi, ustaz Badli Syah ni suka bagi cerita-cerita yang tinggi ilmu falsafahnya.

Aku mula cari ceramah Ustaz Badli Shah ni sejak Radio Klasik memuatkan ceramah Ustaz Badli Shah dalam ruangan ceramah Mudtaqqim pagi-pagi atau petang-petang sebelum maghrib.

Jom, dengar ceramah Ustaz Badli Shah bertajuk Yang Baik Tak Semestinya Baik



Dalam ceramah ni dihuraikan tentang apabila kita diuji. Antara pengisian ceramah ini adalah;

  • Allah tidak memberi ujian, takdir, musibah dan sebagainya tanpa ada sebabnya. Takdir setiap hambanya telah tertulis sejak 50 ribu tahun sebelum langit dan bumi diciptakan (hadis Muslim; 2653).
  • Allah sahaja yang tahu hikmah setiap apa yang berlaku.
  • Ujian Allah kepada hambaNya mengikut tahap iman kita. Agama/iman yang kuat/teguh, maka semakin tinggi/besar ujian yang kita akan depani.
  • Apabila ditimpakan masalah, ujian, bencana atau malapetaka, jangan jadikan masalah tersebut sebagai masalah, tetapi jadikan asalah itu sebagai suatu yang boleh melonjakkan kita kepada tempat yang lebih tinggi.
  • Setiap perkara yang dikurniakan baik atau buruk, ada hikmah yang tersendiri. Jika baik maka perlu lebih bersyukur. Banyakkan berdoa semasa kita senang dan gembira. Doanya akan lebih mudah dimakbulkan.
  •  Bila ada masalah, besarkan wadahnya, bukan berdasarkan masalahnya. Besarkan jiwa. Lapangkan diri.

Dengarlah ceramah ustaz Badli Shah ni. Sangat menarik. 

Khamis, 27 Ogos 2015

Hukum Upload Gambar Makanan di Facebook

Sebelum ni heboh tentang Hukum Post Gambar Makanan di facebook oleh Ustaz Fawwaz Mohd Jan. macam-macam pendapat oleh kita yang tak berapa nak tahu tentang hukum hakam ni bertebaran merata tempat. Bab komen cepat aje kita. Maklumlah…jari-jari suka menari di keyboard huhuhuhu hanya jari yang berbicara katanya.

Video inilah yang menyebabkan isu ini panas sehari dua di dunia maya;


Hukum Post Gambar Makanan oleh Ustaz Fawwaz Mohd Jan


Katanya, adab membeli makanan dan tak mahu bagi kat orang orang. Walau bagaimanapun, video tersebut sebenarnya hanya separuh sahaja. Huraian panjang lebar tentang apa yang Ustaz Fawwaz kuliahkan tu boleh tengok dalam video berikut;

Video Penerangan Hukum Post Gambar Makanan oleh Ustaz Fawwaz Mohd Jan


Hukum post gambar di facebook... Ustaz Fawwaz Mohd Jan
Huraian Ustaz Fawwaz tentang trend orang hari ni yang suka share gambar makanan di media sosial.. PENTING! dan WAJIB DENGAR!~
Posted by Zonkuliah on Wednesday, August 19, 2015

Lain kali jangan dok potong dengar sekerat je. Tak pepasal Ustaz Fawwaz kena kutuk kaw kaw semata-mata penerangannya tu orang guna pakai satu ayat sahaja. Yang ustaz ceritakan panjang lebar tu tak adalah pulak siapa nak cari dengar.

Sesiapa yang dah TERkutuk Ustaz Fawwaz secara tak sengaja, silalah minta maaf dengan ustaz. Tak ada kerja cari kerja namanya.

Berikut adalah penerangan dan pendapat Ustaz Hanif Haron pula, masih lagi tentang isu hukum muat naik @ upload gambar makanan di media sosial seperti facebook.

Hukum Upload Gambar Makanan Di Facebook oleh Ustaz Hanif Haron



Menjaga hati dan perasaan orang juga adalah perlu dalam kehidupan kita.

Aku pernah alami bagaimana rasa sengsaranya bila hanya mata yang menikmati bermacam gambar makanan yang menarik di wall bila rakan-rakan facebook upload gambar makanan. Walau pun hanya cekodok. Walaupun hanya lempeng. Sangat siksa rasa itu. Nanti ambo cerita dalam entri lain ya…dah panjang sangat dah entri ni…

Rabu, 26 Ogos 2015

Iklan Kereta Hyundai Veloster yang Seram

Fuhhhhh!

Bayangkan, iklan kereta sebegini seram. Niatnya memanglah nak bagi tahu ciri-ciri keselamatan yang ada pada sesebuah kereta keluaran terbaharu, tapi kalau begini rupanya iklan, macam tengok cerita seram pun ada. Nasib baik tengok iklan kereta keluaran terbaharu Kereta Hyundai Veloster ni pada siang hari. Bayangkan, kalau tengok iklan kereta Hyundai Veloster ni tengah malam buta, mahu kena serangan jantung.

Silalah tengok iklan Kereta Hyundai Veloster ini pada siang hari ya, aku tak mahu bertanggungjawab kalau kalian terkena sampuk memalam. Jom tengok

Iklan Seram Kereta Hyundai Veloster



Seram tak? Terkujat tak?

Dua tiga kali jugaklah ulang tengok iklan ni nak fahami apa sebenarnya nak disampaikan. Maklumlah, tengok kali pertama tu lebih kepada kawal perasaan seram aje huhuhuhu.