Aku ni bukan jenis manusia yang boleh berkawan dengan orang
tak tentu hala macam gitu aje. Aku memang pilih dengan siapa nak kawan.
Dulu, ada jugak terima sesiapa tak kenal yang add di FB.
Sekarang ni aku hanya terima orang yang kenal sahaja walaupun tak semestinya
pernah jumpa. Tak kesahlah nak kata aku ni sombong pun sebab aku memang
tergolong dalam golongan orang-orang yang sombong pun huhuhuhu
Kalau yang dah kenal, pernah jumpa tapi aku tak berapa
berkenan dengan status FB dia yang melebih-lebih tu, atau aku ada kesan jenis
makan kuih talam, aku unfollow je walaupun ada jugak seorang tu aku block terus
sampai sekarang belum terbuka hati lagi nak unblock semula. Sakitnya tuh di sini!!
Sama ada bergurau, letak komen, jawab komen di FB…semuanya
ada etika tersendiri. Nak post komen lagilah ada etikanya…ya dak?
Setiap orang ada limit tertentu bergaul di dunia maya. Memang
ramai yang tak Nampak muka atau mungkin tak bertemu, namun bila berlaku
interaksi, setiap orang ada prinsip gaya hidup yang berbeza. Aku bukanlah jenis
sebarkan muka merata ceruk alam, walaupun aku sentap orang tak tahu, hakikatnya
aku masih mengharapkan pengertian sekalipun dah tentulah tak ada siapa pun nak
faham. Aku bukanlah sesiapa.
Orang kata, kita tak boleh ubah orang lain, tapi…kita boleh
ubah diri sendiri mengikut apa yang kita inginkan. Jadinya, bila daku tidak
muncul di khalayak ramai umpama artis diva, usahlah rasa hati. Tak ada niat tak
mahu bersilaturrahim, sekadar hindari penyakit sentap yang bakal muncul selepas
itu. Sekali pun sentap itu hanya aku seorang sahaja yang tahu.
Akhir Piala FA 2015 antara TRW The Red Warriors dan Lions XII
Tahun ni TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim sekali lagi layak ke perlawanan akhir @ final Piala FA 2015. Alhamdulillah. Kalau ikutkan persembahan awal permainan pasukan Kelantan dahulu, harapan memang macam tak ada. Akhirnya, alhamdulillah, ke pentas final juga. Kali ini bertemu dengan Singa Selatan, Singapura @ Lions XII berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apa yang berbeza antara TRW The Red Warriors berbanding pasukan lain adalah...mmm penyokong pasukan ni memang gila. Termasuk akulah tu. Tapi kegilaan aku pada aras paling rendah, hanya beli mafla TRW sahaja (cari bendera Kelantan payah nak jumpa huh uhuhu). Itu pun sebab nak bergambar kalau daki mana-mana bukit huhuhuhu macam kat Korea tu!
Comey pulak aku nengok dubsmash ni;
Penyokong pasukan Kelantan TRW sanggup sahaja berarak sepanjang negeri kami yang miskin itu datang ke Bukit Jalil meredah hutan belantara semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Itu belum campur lagi dengan anak jatinya yang berdagang di Selangor. Malah, ada antara penyokongnya sanggup turun dari utara pun. Matlamat hanyalah satu: sokongan kepada pasukan Kijang ini.
macam jem musim nak balik raya hu hu huhu
Piya memang bertuah. Ada tak Kapten pasukan negeri lain yang ada lagu khas dinyanyikan untuk nya? Piya sorang aje kot huhuhuhu ...Sebuah lagu Dikir Moden telah dicipta khas buat peminat setia TRW dan dinyayikan oleh artis tempatan yg sedang meningkat naik, QUA ANWARY. Lagu ini ditujukan khusus buat PIYA @ BADRI RADZI Kapten THE RED WARRIORS. Hebat tak dia?
Bila pasukan TRW Kelantan menang, esoknya kalian akan lihat perarakan tanpa penganjur sepanjang laluan antara Bukit Jalil ke Kota Baharu. Aku pernah menggambarkan tentang kemeriahan jalan raya sepanjang laluan Ketereh hingga Karak dalam entri: Belajar Kecek Kelate. Tak faham? Terjemahannya ada di entri Merai Kemenangan.
musim bola, satu negeri pakai jersey sebegini bukanlah aneh sangat pun...ambo teringin jersi keluaran terbaru, belum berpelung beli lagi ni huhuhu
hias kereta sebegini juga perkara biasa...malah bendera besarpun mereka kibarkan
Tak boleh gambarkan bagaimana situasinya? Cuba lihat rakaman video berikut, beginilah sedikit sebanyaknya;
Tentera TRW
Tak kesahlah orang nak kata kami miskin, namun aku sangat seronok melihat perpaduan, semangat menyokong pasukan yang tinggi ini tanpa mengira bendera apa mereka naugi. Ada BN, PAS, UMNO malah, mereka boleh saling membantu jika berlaku apa-apa masalah sepanjang perjalanan di tengah hutan rimba sana. Syabas penyokong TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim.
Kelbihan ni payah nak jumpa kat tempat lain;
Salah lagu the red warriors nyanyian Zaidi Buluh Perindu Feat Mat Glamour
Sekalipun begitu, jenis yang memalitkan lumpur itu tetap juga ada. Namun, jika seorang dua sahaja yang terlebih emo berbanding puluhan ribu lain yang hebat, dah tentulah jadi kes terpinggir.
Kepada penyokong pasukan TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim yang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2015, silalah profesional. Dah habis main, jangan kotorkan stadium, jangan dok provokasi lebih-lebih...sila hormat tetamu. Lions XII juga pernah membantu mangsa banjir Manik Urai. Sila kenang kebaikan mereka ya.
Gomo Kelate Gomo. Silalah menang ya!
Mmmmmm tak sabar nak tunggu keputusan akhir Piala FA 2015 ni, siapa bakal dinobatkan sebagai juara Piala FA 2015 agaknya.
Pak menteri kata gst diperkenalkan untuk kebaikan rakyat. Maka aku
pun percaya walaupun selepas berbulan diperkenalkan, aku tak jumpa pun tang
mana murahnya barangan keperluan harian. Tak apalah, dah pak menteri kata, kita
rakyat marhaen ni wajiblah percaya, ya dak? Kang dikira durhaka pulak. Tak pepasal
kena sula!
Kata pak
menteri, bila dilaksanakan gst, nanti akan lebih banyak kemudahan diperolehi
rakyat jelata yang marhaen setaraf dengan aku ni. Kenalah percaya. Itukan kata
pak menteri. Ya lah, betullah tu…bila kutipan harian hasil gst pun dah cecah
hingga 42 juta, bayangkanlah bila dikumpulkan setahun. Fuyoooooooooooooooooooooooo
banyak gilerrrr!!!! Dah tu, dah tentulah pak menteri akan bangunkan Negara Malaysia
yang terchenta ni ya dak?
taHUn
depan, terpacak kat Bangi sebiji hospital canggih. Berdesup aku boleh lalu
jalan yang bertar licin tadak lobang sebesar hama pun kalau nak banding yang
sekarang ni, gajah pun boleh tenggelam kat lopak air di tengah-tengah jalan
raya.
Isnin lepas, macam biasa kena tawaf 3 pusingan untuk ambik nombor, tahun depan kita ada hospital baru yang besar kan? Tak payah tawaf gini dahhhhhhhh itulah kebaikan gst!!
Dah tuai
hasil gst nanti, bukan setakat hospital
dan jalan raya ada di Bangi, sekolah pun dah canggih. Tak perlu lagi cikgu
panjat tangga tertonggek-tonggek dengan kasut tumit tinggi sejengkal tu, ada
lif bagai dah. Bilik darjah pun dah ada econ, selesa budak-budak belajar. Bilik
computer penuh dengan apple, bukannya computer buruk bermonitor besar tong tu
lagi.
Haaaaaaa itu
baru sekolah. Baru jalan raya. Baru hospital. Belum sebut benda lain lagi…malas
aku nak sebut kang panjang entri ni komer jugak malas baca.Pendek kata, tak perlu nak susah payah lagi
dahhhh…dalam masa 2 tahun je ada rel MRT depan rumah aku. Tak percaya? Tunggu je
2 tahun lagi.
Semua itu
kelebihan gst. Jadinya, silalah redha untuk bayar gst ya. Sila sedekah
banyak-banyak kat gst demi pembangunan rakyat. Errrrr demi rel MRT depan rumah
aku juga. Lepas ni aku tak payah dah bawak kereta, guna aje MRT, terus berhenti
depan rumah. Keluar pintu stesyen MRT, terus masuk pintu pagar rumah aku. Bahagia
hidup!!
Kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian
Komunikasi dan Mutimedia supaya kad tambah tambah nilai prabayar telefon bimbit
yang dijual pada RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan. Kata menterinya,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan memberikan tempoh enam bulan lagi
kepada semua syarikat telekomunikasi (Telco) untuk melaksanakan cadangan
tersebut.
"Bermakna, beli
RM10 dapat RM10 akan dilaksanakan pada Disember ini. Semua Telco telah
dimaklumkan mengenai perkara ini tadi dan mereka bersetuju dengan tempoh
tersebut. Cadangan itu bermakna cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk
tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan. Kerajaan berpandangan
cara ini adalah lebih wajar kerana GST tidak akan dikenakan sebelum
perkhidmatan digunakan," katanya
Maknanya
apa? Maaflah, aku ni kurang sikit ilmu matematik. Maklumlah masa SPM dulu gagal
Matematik Tambahan. Ilmu mengira tak reti.
Persoalan
aku, adakah hanya untuk jumlah RM10 sahaja je seluruh nilai tambah nilai yang
lain?
Adakah
GST akan ditarik dari jumlah topup bila nak guna, bersandarkan ayat “tambah
nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan”. Caj perkhidmatannya kat mana? Bila kena bayar?
Aku guna topup RM30
untuk sebulan. Kalau guna RM10 tahan seminggu sahaja. Kalau nak topup setiap
minggu, bermakna penggunaan untuk sebulan dah RM40 (4 minggu), sebab itulah aku
guna terus yang RM30. Konon-kononnya untunglah RM10.
Tolonglah jawab untuk
aku ni…sila jawab. Sila jawab. Jawab dalam ayat paling mudah ya...bagi mudah otak berjerebu aku ni faham.
Mmmmm yang pasca bayar pun mengsiput khinzir nak kemaskini blog...apalagi takat topup gitu. Alahaiiii negaraku yang maju, telco jugak memaslankan diri huhuhu hu
Dahhhhhh Mei...bulan depan dah pertengahan tahun
Puasa pun dah dekat
lajunya bumi berputar
cepatnya masa berlalu
aku belum habis lelah lagi apa dibuat tahun lepas
aduhaiiii
Kerana sup kepala ikan berharga RM130 hingga RM150 semangkuk yang dianggap mahal, makanya berlumba-lumbalah KPDNKK serbu kedai Pok Mat. Itu memang kerja KPDNKK untuk serbu premis perniagaan bila dapat laporan.
Makanya, berduyun-duyunlah yang memberi komen serata alam maya mencaci kutuk Pok Mat atau nama sebenarnya Nik Mohd Noor Muhamad sebagai pemilik restoren Sup Kepala ikan Pulau Pisang, terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan. Tak pepasal Pok Mat jadi kaya raya dok kutip pahala korang!!!
seketul ikan tu makan 3 orang tak habis hu huhuhu depa guna senduk dalam tu, bukan sudu yaaa
Tak apa Pok Mat, sup kepala ikan pok mat makin terkenal dah lepas ni. Insha allah rezeki akan bertambah-tambah selepas ini. Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan. Dah rasa sekali, haaaaaaa tau lah nak kata mahal ke murah huh u huhu
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
besar dan tebal isi ikan tu selain segar...kuah supnya mabeles hirup hingga habis
Cubalah google pengalaman ramai orang yang ditulis di blog, cerita pengalaman makan dengan meriah di kedai makan Pok Mat ni. Tanyalah sesiapapun yang pergi sini, belum ada yang komen kata tak sedap dan tak puas hati.
Mahal ke harga kepala ikan yang penuh mangkuk besar tu? Tahu tak sekeping ikan tu berapa harga? Tahu tak seketul kepala ikan mentah berapa harga di jual di pasar?
Bagi aku, bila Pok Mat dah pamerkan harga jualannya, jika tak mampu tak payahlah makan kat situ bak kata Pak Menteri kita. Pak Menteri kata masak sendiri lebh jimat huh u hu huh u Kalau di Bangi ni, mmmmm mehun goreng budus tu je pun dah RM6.90 huhuhuhu kalau macam sup kepala ikan Pok Mat tu, sah-sah lah reganya akan naik dua kali ganda. Ada berani nak makan? huhuh uhuhu
model teh madu ...rasa sekali terkenang-kenang bertahun lamanya...waaaaa rindunya!!!!
Ataukah kita sebenarnya sanggup je bayar mahal-mahal di restoren ada kelas walaupun kita sendiri tak pasti tahap kebersihan dan kesedapannya. Walaupun kita sendiri Nampak pekerja asing yang sediakan hidangan sambil lap peluh, namum bila kedai makan anak bangsa sendiri…macam menafikan hak kedai anak bangsa sendiri walaupun kesedapannya hingga menjilat jari kaki. Aku yang marhaen ini masih lagi tak faham tentang ni...
Terima kasih kepada KakLong Kawasan yang tahu aje kat mana tempat sedap untuk isi tekak.
Mahal sangat ke sup kepala ikan di kedai Pok Mat ni? Bagi aku makan di INSAF lebih menginsaf kan diri dari segi harganya. Aku tak sanggup dah nak masuk situ. Tapi...sangat terkenang-kenang untuk hirup teh madu Pok Mat ni, untuk hirup kuah sup ikan pok mat.
Mmmmmm entri ini bukan iklan berbayar, aku hanya cerita apa yang aku nikmati. Sangat nikmat di anak tekak terutama bila kita makan beramai-ramai dan orang lain yang bayar. kan kan kan?
Perasan tak google Malaysia dan yahoo Malaysia kena hacked hari ni?
Aku perasan pun masa daftar keluar email gmail, tetapi keluar benda ni;
Blur sekejap. Risaupun ada. Maklumlah akaun gmail aku tu pun pernah digunakan untuk daftar akaun Instagram palsu aku yang aku sendiripun tak tahu budak sekolah mana yang buat. Memanglah dah buat report kat IG, tapi rasa risau tetap ada. Kot lah ada orang akan salah guna lagi. Banyak benda tak tentu boleh berlaku. Mmmmmm boleh rasalah juga macam mana geramnya bila ada orang buka akaun guna nama kita, tapi bukan kita yang betul. Ishhhh! berbelit pulak ayat!
Aku kongsi cerita ni dengan Cik Bintang. Dia kata google dia ok aje pun. Tapi, dia bagi tahu yahoo yang kena hacked. Terus aku buka yahoo Malaysia. Mmmmm memang yahoo Malaysia kena hacked, tapi…depa yang hacked tu tak ubahpun tulisan kat skrin tu masih lagi guna google Malaysia, hanya alamat URL kat atas tu je Nampak beza.
Lagi aku rasa cuak bila lambang line internet kat PC ofis ni tunjuk taka da sambungan internet, tetapi radio klasik yang aku dengan online okey aje. Tak sangkut apapun.
Harapnya tak ada jangkitan malware dan viruslah kat computer ni. Esok baru teknisen ada, hari ni dia pergi kursus. Ishhhhhh! Risau betul keselamatan fail aku ni walaupun fail berkenaan hak milik kerajaan Malaysia. Bila Google dan yahoo malaysia kena hacked, aku pun tak tahu kenapa aku pulak yang terlebih risau.