Sabtu, 23 Mei 2015

Kelebihan The Red Warriors

Akhir Piala FA 2015 antara TRW The Red Warriors dan Lions XII

Tahun ni TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim sekali lagi layak ke perlawanan akhir @ final Piala FA 2015. Alhamdulillah. Kalau ikutkan persembahan awal permainan pasukan Kelantan dahulu, harapan memang macam tak ada. Akhirnya, alhamdulillah, ke pentas final juga. Kali ini bertemu dengan Singa Selatan, Singapura @ Lions XII berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa yang berbeza antara TRW The Red Warriors berbanding pasukan lain adalah...mmm penyokong pasukan ni memang gila. Termasuk akulah tu. Tapi kegilaan aku pada aras paling rendah, hanya beli mafla TRW sahaja (cari bendera Kelantan payah nak jumpa huh uhuhu). Itu pun sebab nak bergambar kalau daki mana-mana bukit huhuhuhu macam kat Korea tu!

Comey pulak aku nengok dubsmash ni;



Penyokong pasukan Kelantan TRW sanggup sahaja berarak sepanjang negeri kami yang miskin itu datang ke Bukit Jalil meredah hutan belantara semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Itu belum campur lagi dengan anak jatinya yang berdagang di Selangor. Malah, ada antara penyokongnya sanggup turun dari utara pun. Matlamat hanyalah satu: sokongan kepada pasukan Kijang ini.

macam jem musim nak balik raya hu hu huhu

Piya memang bertuah. Ada tak Kapten pasukan negeri lain yang ada lagu khas dinyanyikan untuk nya? Piya sorang aje kot huhuhuhu ...Sebuah lagu Dikir Moden telah dicipta khas buat peminat setia TRW dan dinyayikan oleh artis tempatan yg sedang meningkat naik, QUA ANWARY. Lagu ini ditujukan khusus buat PIYA @ BADRI RADZI Kapten THE RED WARRIORS. Hebat tak dia?



Bila pasukan TRW Kelantan menang, esoknya kalian akan lihat perarakan tanpa penganjur sepanjang laluan antara Bukit Jalil ke Kota Baharu. Aku pernah menggambarkan tentang kemeriahan jalan raya sepanjang laluan Ketereh hingga Karak dalam entri: Belajar Kecek Kelate. Tak faham? Terjemahannya ada di entri Merai Kemenangan.
musim bola, satu negeri pakai jersey sebegini bukanlah aneh sangat pun...ambo teringin jersi keluaran terbaru, belum berpelung beli lagi ni huhuhu

hias kereta sebegini juga perkara biasa...malah bendera besarpun mereka kibarkan

Tak boleh gambarkan bagaimana situasinya? Cuba lihat rakaman video berikut, beginilah sedikit sebanyaknya;

Tentera TRW



Tak kesahlah orang nak kata kami miskin, namun aku sangat seronok melihat perpaduan, semangat menyokong pasukan yang tinggi ini tanpa mengira bendera apa mereka naugi. Ada BN, PAS, UMNO malah, mereka boleh saling membantu jika berlaku apa-apa masalah sepanjang perjalanan di tengah hutan rimba sana. Syabas penyokong TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim.

Kelbihan ni payah nak jumpa kat tempat lain;
 

Salah lagu the red warriors nyanyian Zaidi Buluh Perindu Feat Mat Glamour



Sekalipun begitu, jenis yang memalitkan lumpur itu tetap juga ada. Namun, jika seorang dua sahaja yang terlebih emo berbanding puluhan ribu lain yang hebat, dah tentulah jadi kes terpinggir.

Kepada penyokong pasukan TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim yang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2015, silalah profesional. Dah habis main, jangan kotorkan stadium, jangan dok provokasi lebih-lebih...sila hormat tetamu. Lions XII juga pernah membantu mangsa banjir Manik Urai. Sila kenang kebaikan mereka ya.

Gomo Kelate Gomo. Silalah menang ya!

Mmmmmm tak sabar nak tunggu keputusan akhir Piala FA 2015 ni, siapa bakal dinobatkan sebagai juara Piala FA 2015 agaknya.

Khamis, 14 Mei 2015

Cara GST Bangunkan Rakyat




Pak menteri kata gst diperkenalkan untuk kebaikan rakyat. Maka aku pun percaya walaupun selepas berbulan diperkenalkan, aku tak jumpa pun tang mana murahnya barangan keperluan harian. Tak apalah, dah pak menteri kata, kita rakyat marhaen ni wajiblah percaya, ya dak? Kang dikira durhaka pulak. Tak pepasal kena sula!

Kata pak menteri, bila dilaksanakan gst, nanti akan lebih banyak kemudahan diperolehi rakyat jelata yang marhaen setaraf dengan aku ni. Kenalah percaya. Itukan kata pak menteri. Ya lah, betullah tu…bila kutipan harian hasil gst pun dah cecah hingga 42 juta, bayangkanlah bila dikumpulkan setahun. Fuyoooooooooooooooooooooooo banyak gilerrrr!!!! Dah tu, dah tentulah pak menteri akan bangunkan Negara Malaysia yang terchenta ni ya dak?

taHUn depan, terpacak kat Bangi sebiji hospital canggih. Berdesup aku boleh lalu jalan yang bertar licin tadak lobang sebesar hama pun kalau nak banding yang sekarang ni, gajah pun boleh tenggelam kat lopak air di tengah-tengah jalan raya. 
 
Isnin lepas, macam biasa kena tawaf 3 pusingan untuk ambik nombor, tahun depan kita ada hospital baru yang besar kan? Tak payah tawaf gini dahhhhhhhh itulah kebaikan gst!!
Dah tuai hasil gst nanti,  bukan setakat hospital dan jalan raya ada di Bangi, sekolah pun dah canggih. Tak perlu lagi cikgu panjat tangga tertonggek-tonggek dengan kasut tumit tinggi sejengkal tu, ada lif bagai dah. Bilik darjah pun dah ada econ, selesa budak-budak belajar. Bilik computer penuh dengan apple, bukannya computer buruk bermonitor besar tong tu lagi.

Haaaaaaa itu baru sekolah. Baru jalan raya. Baru hospital. Belum sebut benda lain lagi…malas aku nak sebut kang panjang entri ni komer jugak malas baca.  Pendek kata, tak perlu nak susah payah lagi dahhhh…dalam masa 2 tahun je ada rel MRT depan rumah aku. Tak percaya? Tunggu je 2 tahun lagi.

Semua itu kelebihan gst. Jadinya, silalah redha untuk bayar gst ya. Sila sedekah banyak-banyak kat gst demi pembangunan rakyat. Errrrr demi rel MRT depan rumah aku juga. Lepas ni aku tak payah dah bawak kereta, guna aje MRT, terus berhenti depan rumah. Keluar pintu stesyen MRT, terus masuk pintu pagar rumah aku. Bahagia hidup!!




Rabu, 13 Mei 2015

TOPUP RM10 dapat RM10



Kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Komunikasi dan Mutimedia supaya kad tambah tambah nilai prabayar telefon bimbit yang dijual pada RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan. Kata menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan memberikan tempoh enam bulan lagi kepada semua syarikat telekomunikasi (Telco) untuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Bermakna, beli RM10 dapat RM10 akan dilaksanakan pada Disember ini. Semua Telco telah dimaklumkan mengenai perkara ini tadi dan mereka bersetuju dengan tempoh tersebut. Cadangan itu bermakna cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan. Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana GST tidak akan dikenakan sebelum perkhidmatan digunakan," katanya 

Maknanya apa? Maaflah, aku ni kurang sikit ilmu matematik. Maklumlah masa SPM dulu gagal Matematik Tambahan. Ilmu mengira tak reti.

Persoalan aku, adakah hanya untuk jumlah RM10 sahaja je seluruh nilai tambah nilai yang lain?
Adakah GST akan ditarik dari jumlah topup bila nak guna, bersandarkan ayat “tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan”. Caj perkhidmatannya kat mana? Bila kena bayar?

Aku guna topup RM30 untuk sebulan. Kalau guna RM10 tahan seminggu sahaja. Kalau nak topup setiap minggu, bermakna penggunaan untuk sebulan dah RM40 (4 minggu), sebab itulah aku guna terus yang RM30. Konon-kononnya untunglah RM10.

Tolonglah jawab untuk aku ni…sila jawab. Sila jawab. Jawab dalam ayat paling mudah ya...bagi mudah otak berjerebu aku ni faham.

Mmmmm yang pasca bayar pun mengsiput khinzir nak kemaskini blog...apalagi takat topup gitu. Alahaiiii negaraku yang maju, telco jugak memaslankan diri  huhuhu hu 


Khamis, 7 Mei 2015

Bulan Mei

Dahhhhhh Mei...bulan depan dah pertengahan tahun
Puasa pun dah dekat
lajunya bumi berputar
cepatnya masa berlalu
aku belum habis lelah lagi apa dibuat tahun lepas
aduhaiiii



Rabu, 29 April 2015

Sup Kepala Ikan Pok Mat

Kerana sup kepala ikan berharga RM130 hingga RM150 semangkuk yang dianggap mahal, makanya berlumba-lumbalah KPDNKK serbu kedai Pok Mat. Itu memang kerja KPDNKK untuk serbu premis perniagaan bila dapat laporan.

Makanya, berduyun-duyunlah yang memberi komen serata alam maya mencaci kutuk Pok Mat atau nama sebenarnya Nik Mohd Noor Muhamad sebagai pemilik restoren Sup Kepala ikan Pulau Pisang, terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan. Tak pepasal Pok Mat jadi kaya raya dok kutip pahala korang!!!
seketul ikan tu makan 3 orang tak habis hu huhuhu depa guna senduk dalam tu, bukan sudu yaaa

Tak apa Pok Mat, sup kepala ikan pok mat makin terkenal dah lepas ni. Insha allah rezeki akan bertambah-tambah selepas ini. Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan. Dah rasa sekali, haaaaaaa tau lah nak kata mahal ke murah huh u huhu

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
besar dan tebal isi ikan tu selain segar...kuah supnya mabeles hirup hingga habis

Cubalah google pengalaman ramai orang yang ditulis di blog, cerita pengalaman makan dengan meriah di kedai makan Pok Mat ni. Tanyalah sesiapapun yang pergi sini, belum ada yang komen kata tak sedap dan tak puas hati.

Mahal ke harga kepala ikan yang penuh mangkuk besar tu? Tahu tak sekeping ikan tu berapa harga? Tahu tak seketul kepala ikan mentah berapa harga di jual di pasar?

Bagi aku, bila Pok Mat dah pamerkan harga jualannya, jika tak mampu tak payahlah makan kat situ bak kata Pak Menteri kita. Pak Menteri kata masak sendiri lebh jimat huh u hu huh u Kalau di Bangi ni, mmmmm mehun goreng budus tu je pun dah RM6.90 huhuhuhu kalau macam sup kepala ikan Pok Mat tu, sah-sah lah reganya akan naik dua kali ganda. Ada berani nak makan? huhuh uhuhu
model teh madu ...rasa sekali terkenang-kenang bertahun lamanya...waaaaa rindunya!!!!

Ataukah kita sebenarnya sanggup je bayar mahal-mahal di restoren ada kelas walaupun kita sendiri tak pasti tahap kebersihan dan kesedapannya. Walaupun kita sendiri Nampak pekerja asing yang sediakan hidangan sambil lap peluh, namum bila kedai makan anak bangsa sendiri…macam menafikan hak kedai anak bangsa sendiri walaupun kesedapannya hingga menjilat jari kaki. Aku yang marhaen ini masih lagi tak faham tentang ni...

Terima kasih kepada KakLong Kawasan yang tahu aje kat mana tempat sedap untuk isi tekak.

Mahal sangat ke sup kepala ikan di kedai Pok Mat ni? Bagi aku makan di INSAF lebih menginsaf kan diri dari segi harganya. Aku tak sanggup dah nak masuk situ. Tapi...sangat terkenang-kenang untuk hirup teh madu Pok Mat ni, untuk hirup kuah sup ikan pok mat. 

Mmmmmm entri ini bukan iklan berbayar, aku hanya cerita apa yang aku nikmati. Sangat nikmat di anak tekak terutama bila kita makan beramai-ramai dan orang lain yang bayar. kan kan kan?